Tuesday 10 May 2011

Satu Malam di Bukit Bintang

Selamat menulis kembali,

Baru hari ni aku berkesempatan nak menulis semula kat blog ni sebab minggu lepas memang sibuk sesangat. Petang jumaat hari tu aku bersiap2 pack kain baju family untuk berangkat ke kota Kuala Lumpur yang dah lama aku tak pegi. Sebenarnya ada majlis perkahwinan adik suami aku kat sana. Sebenarnya suami aku ni anak bungsu tapi masih ada ramai lagi adik beradik... kompiuskan... Keluarga suami aku ni unik sikit sebab dia ada 4 orang emak dan 2 orang abah (sorang abah dah meninggal). 4 orang emak masih ada (yang terbaru ni belum pernah jumpa lagi) meriah kan...? keluarga besar suami aku ni memang heppening. Kalau aku nak story pasal family suami aku ni aku rasa siap satu novel, macam2 cerita ada. Tapi aku tak nak cerita lagi aku nak cerita pasal lain.

Anak aku kemain seronok lagi bila kata nak pegi tido kat hotel maklumlah budak2 bila dapat jalan2 apa lagi dia punyalah suka (apa taknya asik kena kurung kat umah je). Bukit Bintang waktu malam punyala meriah naik pening aku dibuatnya ramai sangat warga bukan malaysia. Orang putih ada, hitam ada hidung mancung ada,macam2 kaler. Yang dok panggil urut kaki punyala besepah, tu belum lagi budak2 remaja yang tak tentu kehala fuhh... penat aku nak cerita.

Aku nak cerita pasal makan kat satu restoran makanan orang arab, makanannya tak memenihi selera tekak aku n family tapi harganya lagi la tak memenuhi selera poket, desebabkan orang belanja bedal aje la. Yang aku heran penuh pulak restoran tu dengan orang, agaknya tekak diorang ni cam ular sawa kot. Nanti aku akan cuba masak nasi mandhi yang dibangga2 sangat tu aku rasa aku masak lagi best kot, heee... puji diri sendiri la.


Ni muka orang tak puas hati ngan mandhi chiken, terus telan air banyak2 sampai kenyang. Aku cukup geram ngan anak2 aku ni orang lain sibuk makan di sibuk nak main, satu restoran dia ukur. kalau restoran tu je dia ukur aku tak kisah ni siap nak interview lagi aku buat tak tau je dalam hati malu giler aku. Tu sebab la aku malas nak bawak diorang ni makan kat luar sebab dia lebih interested nak main dari makan. Terima je la kalau anak dah ligat nak buat camane.

3 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

ramai saudara belah suami. bestnya sekali berjumpa.seumur hidup makcik belum pernah makan makanan orang arab.nanti kalau masak nasi tu uplah entry, boleh gak menerai.

gerhana luka said...

akak try buat nasi org arab tu kak, agak kalau kena gaya dgn lauk mesti sedap punya. nanti nak try buat gak bila buat makan2 ngan family... bleh menayang heeee...

ibh_sue said...

Aku ingat hiraki family hb aku je yg penin..rupanya hiraki laki ko lagi penin...tu betul bleh tulis novel tu kalo nak story..kikikiiiii