Thursday 30 May 2013

Daging Masak Lada Hitam

Assalamualaikum,


Sesekali masak daging lada hitam memang layan, tapi kalau dah namanya daging memang jadi kesukaan seisi keluarga aku. Tak kisah la masak macam mana sekalipun daging anak-anak aku cukup suka. Kali ni aku buat masak lada hitam menggunakan sos lada hitam cukup senang takyah nak susah-susah menumbuk lada hitam bagai.


Guna sos black pepper keluaran Knorr pasti sedap dan memudahkan untuk memasak. Kalau guna sos ni dah tak payah bubuh garam atau perasa sebab semuanya dah cukup rasa.

Tuesday 28 May 2013

Salsa Kebaboomm!

Assalamualaikum,


Stok tomato ceri aku punya la banyak dalam esbox sampai dah tak tau nak buat apa, sudahnya terfikir jugak nak buat salsa. Salsa aku ni punya la kebabom, bila masuk mulut je meletup-letup rasanya... pedasss tapi ketagih bila dah rasa. Salsa ni buh dalam roti pita buat ala-ala totila pun ok gak mesti terangkat punya.

Salsa Tomato Ceri

1 cup tomato ceri dibelah dua
1/2 biji epal hijau potong dadu
1/2 biji capsicum didadu
1/2 biji bawang besar potong dadu
3 biji cili padi hiris halus
3 tangkai daun ketumbar diracik
1 sudu makan apple cider
secubit garam, gula dan lada hitam
sedikit minyak zaitun

gaul semua bahan dalam bekas kemudian simpan dalam esbox bila nak makan baru bawak keluar, pasti menyegarkan dengan aroma dan rasanya yang terangkat.

Friday 24 May 2013

Apple Crumble ala Celina

Assalamualaikum,

Jangan marah tajuk N3 aku ni ya, bukan resepi Celina pun saja nak up taffic keh.keh.keh. Masa cuti mengundi hari tu aku dah pun menerai apple crumble tapi menggunakan apple merah. Apple crumble menggunakan apple merah tak sesedap menggunakan apple hijau pada aku, mungkin sebab apple merah mempunyai rasa yang agak manis berbanding dengan apple hijau. Disebabkan tak puas hati dengan apple crumble tu kali ni aku buat plak menggunakan apple hijau, memang wallah sedapnya.


sebelum dibakar... nampak tamak je punya la banyak tabur crumble


panas tau baru keluar oven


makan dulu yang dalam bekas kecik ni.. anak aku yang besar suka makan crumblenya sebab sedap macam biskut nestum, si kecik aku plak suka applenya. macam2 reaksi diorang ni. Kalau letak ais krim mesti si abang plak yang suka makan ais krimnya.

Resepi apple crumble ni aku olah dari resepi Anna Olson yang femes kat Food Chanel tu.

Apple Crumble

untuk crumble
1/2 cup tepung
1/2 cup nestum
1/2 cup gula perang
1 sudu teh serbuk kayu manis (tak letak)
secubit garam
5 sudu besar unsalted butter
1/2 cup badam cincang

campur tepung, nestum, gula perang, garam dan butter. 
gaul-gaul guna hujung jari sampai jadi serbuk roti.
campurkan badam

intinya
4 biji apple hijau saiz besar
1/3 cup gula
parutan kulit dari sebiji limau sunkist beserta jusnya

buang kulit dan empulur apple pastu potong dadu.
masak apple bersama gula, parutan kulit limau dan jusnya. masak sampai agak2 lembut.
masukkan dalam loyang atau caserole pastu letak crumble atasnya. 
bakar dalam 30 minit dengan suhu 150 atau ikut oven masing2.

Tuesday 21 May 2013

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Bersama Pucuk Ubi

Assalamualaikum,


Dah lama tak makan siput sedut ni, agak-agak bertahun juga la. Tiap kali nak beli je mesti tak ada atau dah abis. Kebetulan singgah pasar segar ternampak siput sedut ni terus beli dua plastik. Bila time makan je semua orang komen wah siput sedut lama tak makan ni apalagi masing2 makan penuh selera. Kebetulan dua orang anak saudara aku datang makan tengahari kat rumah aku, meriah sikit bila makan ramai-ramai ni.

Teringat aku masa kecik-kecik dulu mana pandai nak makan siput sedut ni jenuh menyedut tak keluar-keluar isinya, sudahnya mak yang jadi tukang sedutkan baru boleh makan. Sekarang ni aku pulak yang jadi tukang sedut untuk anak aku. Sikecik comel aku pun bukan main suka lagi makan siput sedut, baru umur setahun tapi dah pandai nak makan makanan orang dewasa. Sikecik ni bila dapat sekor siput terus bawak masuk mulut macam pandai je nak sedut hee... dalam pedas-pedas masak lemak cili api ni boleh lagi dia makan mengalahkan orang besar.

Aku masih ingat satu kisah lucu tentang siput sedut ni, masa tu aku baru darjah lima kalau tak silap. Kakak aku dengan penuh konfiden masak siput sedut. Kami sekeluarga makan la ramai-ramai, tapi bila nak sedut je isi siput tak boleh keluar. Rupa-rupanya kakak aku tak potong hujung siput tu macam mana nak keluar isinya. Alih-alih kami makan sambil potong siput sedut, haru betul macam bersilat sambil makan hee... Pengajarannya lain kali bila mak masak anak-anak dara kena la ringankan tangan tolong supaya tau serba sikit asas memasak, macam nak siang ikan ke potong sayur ke kupas bawang ke takde la semua benda tak boleh buat.

Thursday 16 May 2013

Pavlova Ohsemm : Lepas Geram

Assalamualaikum,

Alkisahnya masa balik mengundi hari tu sempat aku menggodek pavlova, tapi tak begitu menjadi. Punya seksa nak makan pavlova disebabkan karenah oven yang tak panas. Cer bayangkan sepatutnya masa bakar merangue sejam je tapi dah jadi berjam-jam sabo jela. Disebabkan kecekalan anak buah aku yang nak makan pavlova tu dua kali aku membako pavlova tapi tak berapa menjadi sebab meranguenya tak keras dan merekah tapi masih boleh dimakan.


inilah pavlova kedua yang tak berapa menjadi tapi licin juga kena ngap..

Bila dah balik rumah sendiri aku pun mengetes adakah silap aku atau oven kat kampung dan ternyata memang oven tu yang bersalah sebab bila aku buat pavlova kat umah aku sendiri memang cantik je kejadiannya. Tak caya tanya aje tetamu yang datang yang sempat merasa keenakannya hee... sampai tetamu yang datang tu tanya aku beli ke pavlova tu. sory la kalau aku beli sebabnya aku ni kedekut nak membeli kalau udah reganya aje dah membuatkan aku urut poket yang kosong kiki.kik.kik dasar kedekut...


sebelum dihias bagai...


selepas dihias... baru la menggiurkan.


nah sepotong...


nah sesudu...

Kesimpulannya nak makan pavlova ni kena la bersabo ya anak-anak buahku sekelian... kalau ada rezeki nanti bila datang sini kita godek-godek pavlova lagi tak pun suh mama awak beli oven baru kik.kik.kik...