Thursday 7 February 2013

Stress!

Assalamualaikum,

Sapa tengah stress sekarang ni? mesti ramai yang stress kan. Mungkin ada yang stress dengan kerja yang tak siap2, stress dengan bos yang stress dan tak kurang stress dengan masalah yang tak sudah2. Aku pun stress memanjang, semua benda aku buat jadi stress.

Cuba tengok keadaan aku ni :-

Stress No 1
Aku stress tak tau kebenda, kengkonon nak hilangkan stress bukak la internet tapi internet plak lembab nak M****S terus bertambah stress aku. Maka aku cabut berokband campak kat dinding terus rosak bertambah stress aku. Dah berapa kali stress disitu? Nampak tak aku tak pandai nak tangani stress dan salah cara menangani stress sampai bertambah stress.

Stress No 2
Aku stress tak tau kebenda, kengkonon nak hilangkan stess aku pun pegi dapur buat cup kek. Tengah aku sibuk buat cup kek anak  aku pun datang kacau sampai abis bersepah semua bahan. Aku pun apa lagi terus jerit marah anak aku dan anak aku pun menangis bagai nak rak maka bertambah stress aku bila dia menagis. Tambah stress lagi bila kena kemas benda2 yang bersepah terus tak jadi cup kek aku. Arghhh stress...

Stress No 3
Aku stress tak tau kebenda, kengkonon nak hilangkan stress aku pun keluar pegi jalan2 tapi tiba2 je terperangkap dalam kesesakan lalu lintas pulak tu tetiba je aircond kereta buat hal. Mau aku tak stress dah la jem pulak tu panas maka dengan penuh geram aku pun tersondol kereta depan. Dah eksiden m****s kena ganti kereta orang, arghh!! tambah stress aku kena keluarkan duit.

Situasi stress diatas semuanya memudaratkan diri sebab tak ditangani dengan cara yang betul. Stress tak tau kebenda tu memang stress yang tak sepatutnya. Cara yang betul sepatutnya aku cuba kenal pasti kenapa aku stress kemudian cuba tangani dengan cara yang sepatutnya. Cara terbaik untuk tangani stress sebenarnya ada banyak cuma pandai2 la kawal diri.

Cara Terbaik Menangani Stress

INGAT ALLAH
TARIK NAFAS DALAM-DALAM
SENYUM DAN TENANGKAN HATI
BEREHAT
BERFIKIRAN POSITIF
DAPATKAN SOKONGAN AHLI KELUARGA

Kesimpulannya jangan stress2 sangat nanti cepat dapat penyakit.

N3 Pertama Untuk 2013

Assalamualaikum,

Fuh!! lama betul tak berkesempatan nak menjengah blog ni, hampir2 berkarat macam besi buruk gamaknya. Sejak Along dah masuk darjah satu ni makin bertambah kerja aku, mana taknya sekolah pagi petang. Rutin aku gelap2 pagi dah terjerit2 mengejutkan Along yang susah nak bangun pagi. Aduhai kemain liat anak sulung aku ni nak bangun pagi. Seingat aku masa aku sebaya dia takde la liat nak bangun pagi, menurun tabiat sapa agaknya ya ermmm... 

Bercerita bab bangun pagi ni teringat aku zaman aku kecik2 dulu, kalau lambat bangun je mesti air hujan kena simbah kat muka. Mak Pak aku dulu memang garang, bab bangun lambat ni jangan main2 mesti kena siram punya. Aku tak tergamak nak siram air kat anak aku sebab nanti jadi kerja plak aku nak jemur tilam ha.ha.ha.. 

Satu lagi tabiat anak aku yang sorang ni kalau nak bagi senang bangun kena umpan dia mandi air panas baru cepat bangunnya, maklumla rumah aku ni takde air hujan yang panas tu kena la aku masak air untuk mandi. Tu mengikut perangai abahnya la tu penakut mandi air sejuk, kalau aku takde maknanya nak mandi air panas bagai. Zaman aku kecik2 dulu mandi air kolam lagi ko sejuknya tahap gaban maklumla umah mak aku dulu kat ceruk hutan takde air paip ngan elektrik. Sampai la aku sekolah menengah baru merasa ada air paip ngan elektrik kat kampung aku. Walau masa tu takde  bekalan air ngan elektrik tapi orang kampung aku baik2 belaka takde pun nak meminta2 sampai masuk tibi tiga he.he.he.. tapi orang zaman ni air karat sikit pun dah kecoh sampai nak masuk tibi segala, entah la dunia...dunia... ehhh melalut pulak.

Hari ni Along tak pegi sekolah dapat MC dua hari demam pulak dia, tapi tu la aku plak yang rasa rugi bila tak sekolah ni. Dalam bab-bab sekolah ni aku memang cerewet sikit, aku tak suka ponteng2 sekolah. Kalau ikut aku dulu setakat demam sikit2 aku tetap pegi sekolah, pastu aruah bapak akan datang sekolah ambik aku bawak pegi klinik jadinya kedatangan aku tak pernah kosong. Ok la cukup la dulu melalut untuk hari ni bila ada masa nanti aku akan melalut kembali.