Tuesday 30 August 2011

Akhir Ramadan, 1 Shawal

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa ni. Hari ni 1 Shawal aku dan keluarga beraya di kampung suami di Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Semalam sempena ramadan yang terakhir untuk tahun ni kami beramai2 berkumpul di rumah bapa saudara suamiku merangkap rumah tok suami la juga. Acara wajib kalau berhari raya di terengganu kami berkumpul untuk membakar lemang sekaligus berbuka puasa beramai2 untuk hari terakhir ramadan di Kuala Berang. Dalam cuaca yang panas ketik kata orang terengganu kami membakar lemang sampai aku jadi sakit kepala. Sebenarnya bukan aku yang bakar aku tukang tengok jer heee... Apa yang bestnya kami berbuka di luar rumah dengan beralaskan tikar di atas tanah fuhh cam tak cukup makanan plak bila makan ramai2 ni tapi memang best la.



Tu Toh lemang tengah nak masak


Lemang dah siap masak tunggu masa nak potong, ada gak lemang jagung yang lemak berkrim



Berbuka cam berkelah kat luar rumah dalam cahaya samar2 so gambar pun gelap
 
 
 

Inilah famili ku, kesian baju anak bujang aku tukang jahit tak dapat siapkan,  dalam saat2 akhir terpaksa tukar plan cari baju melayu siap untuk anak bujang maka jadilah baju abah ngan anak dara sama warna baju mama ngan anak bujang warna lain sebab nak bagi sama adil. Musnah la angan2 nak warna sedondon heee...

Sorry la ya terpublish dua kali secara tak disengajakan, yang mula2 tadi tak siap tulis dah terpublish

Friday 26 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan2 blogger yang menjadi peneman setia di alam siber. Dikesempatan bulan yang mulia ini saya ingin mendoakan kesejahteraan rakan2 semua, semoga hari raya yang akan menjelang dalam beberapa hari lagi akan menjadi hari raya yang terhebat tahun ini. Kepada yang akan memulakan perjalanan balik ke kampung semoga perjalanan anda dilindungi Allah S.W.T dapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan sekiranya kampung rakan2 jauh di utara atau selatan mahupun timur atau barat.

Kepada mereka yang masih mempunyai ayah dan ibu di kampung pulanglah dihari raya ini bagi menceriakan orang tua anda. Buat yang sudah tidak mempunyai ayah dan ibu berayalah bersama keluarga mertua. Sekiranya kedua2 ayah dan ibu serta mertua juga tiada berayalah bersama keluarga anda. Semoga ceria di hari raya ini dengan saling kunjung mengunjung dan bermaaf maafan sesama kita.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN!
DARI
SURI HIDUP MAMA


Wednesday 24 August 2011

Mode Raya

Assalamualaikum,

Dah tinggal beberapa hari je lagi maka berakhirlah ramadan bagi tahun ini, sedih plak rasanya macam sekejap sangat puasa tahun ni. Mode raya tahun ni cam kureng je aku rasa, dari awal lagi rasa malas2 je nak menempah baju raya. Suami aku lagi la nak pakai baju raya tahun lepas je katanya. Awak tempahla baju awak ngan anak2 je katanya. Aku ni nak buat baju raya rasa cam kelakar plak dengan perut membesar nak pakai baju kurung heee.... Akhirnya aku berjaya menempah baju raya sedondon untuk suami dan anak2 kaler pink mendung, suami aku cam segan2 je ngan warna tu heee... nasib la kain pun dibeli oleh ibu mertuaku. Untuk aku baju kurung pahang bercorak konon2 boleh cover perut la kan. Sebenarnya aku tak berapa suka berbaju kurung sebab aku ni penggemar baju kebaya tapi kalau pregnant apa hal pulak nak pakai kebaya sakit mata memandang.



First time beli selendang kat pasar malam, murah je 10 ringgit sehelai. Beza selendang murah ni dengan yang mahal adalah batu2 nya yang tak berkilau. Hentam saja lah labu... mana yang sempat je aku sambar. Aku suka prinsip kakak aku beli tudung kat pasar malam lebih murah boleh beli banyak dan macam2 kaler, bila dah jemu bagi pada anak. Kalau beli tudung mahal dapat beli satu je pakai sampai jemu tak boleh tukar2. Aku plak jarang2 dapat pegi pasar malam sbb kat kawasan rumah aku ni tak de pasar malam tunggu balik kampung baru dapat pegi pasar malam kesian kan.



Ni budak pompuan ke lelaki? sibuk gak nak menerai selendang mamanya.

Tuesday 23 August 2011

Shopping & Jalan2 Bazar Ramadan Sungai Besar

Assalamualaikum,

Selamat bertemu kembali setelah beberapa hari tak berkesempatan berkunjung dialam maya, apa taknya keadaan kesihatan yang tak mengizinkan aku untuk besenang2 depan lap top. Deman dah kebah cuma yang tinggal batuk2 yang belum reda tapi syukurlah boleh juga nak berpuasa. Ni baru hegeh2 nak mengupdate story mori yg dah lepas.

Hari jumaat lepas walau badan tak sihat masih juga aku ni boleh pegi shopping baju raya anak2 dengan ditemani adik dan anak buah yang baru balik becuti. Tempat shopping cam biasa Jusco je la mana lagi nak pegi kat Klang ni, dah setel baju raya anak2 baru rasa senang hati.


Tempat permainan kuda pusing yang lembab ni juga yang menarik perhatian budak ni, duit syiling 5posen kena standbye banyak2. Untung ada insan yang berhati mulia sanggup masukkan syiling budak ni tumpang sekaki main kuda lembab heee...



Dah penat shopping berbuka kat McDonalds, penuh sesak mujur ada kerusi kosong lagi

Hari sabtu balik kampung mak fuhh baru dapat berbuka dengan mak, berbuka ala kadar je telur masak kicap tapi kenapa sedap sangat? sebab mak yang masak hee..

Hari ahad, lepas gian merayap kat bazar ramadan sungai besar yang sangat2 la ramai umatnya. Bazar terbesar kat daerah sabak bernam ni aku rasa. Orang2 sungai besar ni dah merungut2 sebab sesak ya amat sampai parking kereta punyalah seksa. Kalau malam lagi la sesak nak2 lagi orang dok sibuk shopping kuih raya nak berjalan pun sampai berlanggar bahu. Adik aku kata nak tunggu malam raya baru nak beli kuih raya maunya murah ada lelong2 lagi. Untuk orang yang tak suka kesesakan cam aku baik duk rumah je dari menambah sesak kat bazar tu.



Singgah gerai nasi ambeng, kalau kat klang tak jumpa nasi ambeng yang sedap cam kat sungai besar ni. Nasi ambeng terbaekk! tak leh lawan kat mana2. Kalau nasi ambeng kat rumah kenduri lagi terbaekk siap ada ayam golek.

Cik abang singgah kat gerai air beli air kedondong yang sinonim dengan orang mengandung, best betul air kedondong ni tanpa pengawet dan perasa tiruan. Kalau aku jumpa pokok kedondong nak je aku petik buahnya and ngap buahnya eermm terliur la plak.

Tahun ni sekali je dapat berbuka kat kampung dengan mak, tahun ni giliran beraya kat kampung suami errmm... sedih la plak. Raya tak dapat makan sambal tahun yang kak long masak dan rendang mak yang sedap huuu... nampak gayanya lepas raya kena mintak dorang masakkan utk aku la jugak.

Friday 19 August 2011

Bila Demam Di Bulan Puasa

Assalamualaikum,

Semalam mode rajin aku tetiba je datang, lagipun sejak bulan puasa ni belum masak nasi ayam pebret anak2. Sebenarnya aku ni demam, mula2 masa nak tido malam tu tetiba tekak jadi perit nak telan air liur pun sakit bila bangun pagi badan dah sakit kompem demam. Sayang nak tinggal puasa aku tahan je dari berbuka disiang hari. Nak masak nasi ayam dua tiga kali aku masuk dalam baring takut terpengsan maklum la tinggal lagi 2 jam nak berbuka sayang tu. Kemuncak tak larat aku bila lepas solat maghrib aku pun memengsankan diri memang dah tak larat sesangat. Pukul sepuluh baru pegi klinik nak masuk air memang tak sempat so makan ubat demam dos rendah je la.

Hari ni doktor tak bagi puasa haa...adui camne ni.
Walau aku pregnant tapi rasa2 aku larat lagi nak puasa cuma kalau dah demam camni tak taula larat ke tak, perut tak lapar tapi tulang belakang rasa sakit dan kepala pun sakit. Ni la orang kata demam urat kot, nak urut kat sini aku tak kenal sapa2 yang pandai mengurut nak kena tunggu balik kampung esok baru boleh pegi urut. Larat ke aku nak pegi shopping baju raya ni ya tapi kalau bab2 pegi shopping ni demam pun aku larat jer heee...

Wednesday 17 August 2011

Cucur Udang la Pulak!

Assalamualaikum,

Ni juadah berbuka aku semalam, senang sangat kan untuk orang yang dah malas nak masak makanan yang berat2 cam aku ni. Bukan apa aku ni dah rasa nak pitam dok kat dapur maklumlah ibu hamil memang ada sindrom letih yang amat bila berpuasa tapi kena gagahkan jugak badan sebab nak puasa full tahun ni tak susah nak mengganti puasa pulak.

Kali ni buat cucur udang pulak sekali dengan buat sos sendiri ambik resepi Cik Ina Do Do Cheng tapi sebab aku ni terlebih pandai aku pun pandai2 tukar resepi heee. Bab sos ni masih belum menjadi sebab puasa tak dapat nak rasa. Lepas berbuka ejas balik sos bagi balance rasa pedas, manis, masam dan masin sos kalau tak rasa tawar jer, sebab takut termasin sos tu yg tak berani nak letak garam. Dah ejas baru best sikit je rasa sos ni.


Cucur udang tak cantik benor rupanya janji sedap sudah, berbuka makan cucur udang je dah kenyang. Resipi asal cucur bawang Cik Ina Do Do Cheng aku tukar jadi cucur udang.

resipi:
tepung gandum agak2 la nak banyak mana
bawang besar bombay hiris nipis
garam secukup rasa
soda bikarbonat
telur sebiji
daun kucai
udang potong kecik2
udang sekor2
air suam2 kuku

campur semua bahan dalam bekas kecuali udang sekor2
bancuh dengan air suam2 kuku sampai adunan agak cair dan tak terlalu kental
biarkan adunan selama 30minit sebelum mula menggoreng
goreng cucur udang dan letak udang sekor2 atasnya.
kalau suka garing nipiskan adunan masa masuk dalam kuali
kalau suka yang banyak isi tebalkan adunan masa menggoreng.


Sos pencicah segan nak tepek resepi sebab tak berapa nak menjadi lagi heee...

Tuesday 16 August 2011

Mee Goreng Basah Jer!

Assalamualaikum,

Dah banyak hari puasa ni rasa dah tak tau nak masak apa untuk berbuka plak, berbuka asyik sendiri je cik abang balik lewat  nak berbuka pun rasa tak syok. Disebabkan berbuka sendiri yang meneman cuma anak2 yang dah kenyang makan disiang hari aku masak je yang mudah2. Semalam masak mee goreng basah guna setengah bungkus mee je, pukul 9 cik abang sampai rumah kata nak makan plak mujur ada lagi baki mee goreng seciput berebut la makan ngan anak2 yang tetiba pulak melapar sama.


Sedap pulak mee goreng basah ni, walau berbuka sorang2 banyak aku makan nasib tak habis semua sbb perut dah full.



Ada pemanis mulut, koktel buah berkastard baki bawak pegi rumah Kak Wanie hari ahad tu... nyum..nyum.. tambah kenyang perut aku.

Monday 15 August 2011

Home Made Chocolate!

Assalamualaikum,

Semalam aku berbuka puasa kat rumah kawan suami aku yang dulu kena serangan jantung. Alhamdulillah dia dah semakin pulih tapi masih bercuti kerana belum begitu sihat. Apa yang aku cukup rasa berbanggan ialah isterinya yang aku panggil kak Wanie sudah mula sikit2 berusaha mengambil alih untuk menyara kehidupan keluarga. Kak Wanie sekarang sedang mengusahakan home made chocolate sendiri. Sebenarnya kak Wani dah belajar membuat chocolate ni sejak 2 ke 3 tahun lepas di Koko Malaysia, dan sekarang dia berjaya mengaplikasikan kemahirannya untuk menjana pendapatan dari rumah. Aku berkesempatan merasa chocolate buatan tangan kak Wanie. Memang superb, chocolate buatan Kak Wani setanding dengan Chocolate Cadbury dan aku sambar 2 bekas untuk dijadikan hidangan raya. Rasanya tak sempat raya kot mesti chocolate ni habis masuk mulut.



Ni white chocolate yang aku beli, chocolate ni memang best tak terlalu manis macam kebanyakan white chocolate yang ada. White chocolate ni mempunyai campuran badam dan kelapa, dan itulah yang menjadi keistimewaannya.



Yang ini pula adalah pure chocolate kira2 macam dairy milk la. Chocolate ni tak mempunyai sebarang campuran dan rasanya masih mengekalkan chocolate kurang manis. Penggemar cholate mesti suka dengan kelazatan pure chocolate ni.

Ada dua lagi chocolate yang kak Wanie buat tapi tak sempat nak ambik gambar la pulak. Ada juga chocolate yang berinti sebiji badam dan chocolate yang berinti kismis yang dibentuk bulat2 macam chocolate cadbury tu tapi chocolate ni untuk pasaran raya dah out of stock sebab Kak Wani kata dia dah tak larat nak buat yang jenis ni. Satu lagi adalah chocolate jenis block juga macam white chocolate cuma sepenuhnya chocolate dan mempunyai bertih beras seperti chocolate crispy tu dan yang pastinya memang sedap giler. Sebagai penggemar chocolate aku memang suka chocolate hasil tangan Kak Wani ni sebab aku dah banyak rasa home made chocolate dan kebanyakannya aku tak boleh nak makan habis walau sebiji. Berbeza dengan home made chocolate Kak Wani jangan kata sebiji sebekas pun aku boleh habiskan hee.. Yang pastinya home made chocolate Kak Wani dibuat dari bahan2 yang berkualiti dan dah pastinya halal dan tak diragui.

Sapa2 yang berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur terutamanya kawasan berhampiran Sepang atau KLIA kalau nak merasa chocolate yang sedap ni boleh la berhubung dengan Kak Wanie melalui email - wanienaser@yahoo.com atau jadi rakan facebooknya Wanie Naser atau telefon je 019 3466262 untuk urusan mendapatkan chocolate yang sedap ni. Aku tolong promote sebab chocolate ni memang sedap.

Friday 12 August 2011

Cucur Bawang Resepi Cik Ina Do Do Cheng

Assalamualaikum,

Petang tadi tengah kusyuk baca kisah sedih kat blog Kehidupanku Sehari-Hari tak sedar air mata meleleh tak ditahan2 sampai anak daraku pun naik heran. Punyalah caring anak daraku itu dia pun nangis sama, sambil teresak-esak tanya kenapa mama nangis mama? mama pun jawab, mama sedih anak orang ni meninggal. Anak aku jawab oooo... Deq La ingat kenapa mama nangis, mama jangan la nangis nanti Deq La pun nangis! ish budak ni ada2 je. Ok cukup dah melalut meh tengok aku berbuka apa hari ni.

:
:
:
:
:

Tara


Cucur bawang ambik resepi Cik Ina Do Do Cheng, percaya tak ni first time aku buat cucur bawang yang gebu dan garing hasil kerajinan aku mengambil resepi dan tips membuat cucur bawang yang enak dari Cik Ina. Selalu kalau buat cucur mesti liat je nak mengunyah tapi kali ni tak lagi. Terima kasih Cik Ina atas resepi yang best ni kompem lepas ni kalau buat cucur akan guna resepi Cik Ina jer. Buka puasa makan cucur bawang je dah tak larat nak makan nasi, lewat sikit la makan nasi cik Abang pun tak balik2 lagi.



Tinggal 3 biji je cucur bawang yang sedap ni kejap lagi licin la. Sos tak sempat lagi nak buat ikut resepi Cik Ina sebab nak habiskan sos keropok import dari Tganu kita, lain kali boleh buat ya.



Lauk berbuka hari ni dah tak de idea nak masak apa so masak je la sambal telur ngan kentang. Aku boleh plak lupa nak rebus kentang dulu sebelum goreng cam yang di sarankan Cik Ina, hishh lembik sikit kentang tu jadinya adui time2 gini la dia buat lupa.

Thursday 11 August 2011

#Spontaneous Thursday : Senarai Kuih2 di Malaysia

Assalamualaikum,

Malam tadi waktu aku bukak FB terbaca post seorang rakan yang gigih menyenaraikan kuih2 yang ada kat Malaysia. Ni kira makanan pelik2 la cam lagu Jalil Hamid tu aku rasa ramai orang pun tau.

KUIH PALING GANGSTER : LOMPAT TIKAM
KUIH PALING SEKSI : PUTERI MANDI
KUIH PALING KEJI : TAIK ITIK
KUIH BAJET CUN : CEK MEK MOLEK
KUIH AWET MUDA : SERI MUKA
KUIH PALING ALIM : KUIH KETAYAP
KUIH PENYAKIT KRONIK : BATANG BURUK
KUIH KAKI PUKUL : KUIH LOMPANG
Aku pun tambah

KUIH PALING GANAS : KUIH PAU

#Hee... macam2 la nama kuih2 kita ni kan buat aku tersenyum sendiri hari ni, ada2 aje. Kira boleh la tu.

Wednesday 10 August 2011

Berbuka Nasi Berlauk Sotong

Assalamualaikum,

Fuhh! hari ni dah berbuka dengan nasi balik, penat nak pikir masak apa yang sedap. Dah puas pikir aku pun masak la sambal sotong campur petai, tak ingat dunia dua kali tambah nasi ambik ko. Apa tak kalau masak sambal yang ada petai memang pebret aku tak kira la sambal udang ke sambal sotong ke kalau dah masuk petai memang aku belasah la makan.


Sambal sotong petai



Goreng sayur campur

Ringkas je lauk berbuka aku satu jenis lauk je, kalau masak lauk banyak2 pun tak reti nak makan mana satu, sudahnya membazir. Untuk anak2 aku buatkan nasi goreng pebret dorang. Esok kena pikir nak masak apa pulak hee.. itulah keja aku.

Tuesday 9 August 2011

Icip-Icip - Boleh ke?

Assalamualaikum,

Hari ni menu berbuka aku senang je tak de nasik dan lauk2 bagai cuma goreng bihun jer. Goreng bihun lada hitam atau orang panggil bihun singapore walaupun goreng kat Malaysia. Resepi belajar dari kakak aku kat kampung. Ni first time menggoreng bihun cenggini biasa goreng bihun guna cili kering yang kadang2 sedap kadang2 hanyut kelaut rasanya heee.. tapi bihun goreng lada hitam ni memang sedap la aku nak bagi tau, jangan maree.



resepi:
bihun direndam awal2 supaya tak keras
bawang putih banyak2
bawang besar sebiji
cili api sikit
udang kering
belacan sikit
lada hitam ikut suka la nak banyak ke sikit
kisar semua sekali untuk ditumis kecuali bihun jangan dikisar plak hee...

bahan lain untuk penyedap:
daging
udang
fishball
fish cake
carrot
kobis
kiub ayam
sos tiram
garam
daun bawang dan daun sup untuk hiasan

cara2 masak
tumis bahan kisar sampai garing
masukkan daging dan masak sampai agak2 daging lembut
kalau ada stok udang masukkan la kalau tak masuk air je sikit
masukkan udang, fishball dan fish cake
masukkan sos tiram dan kiub ayam serta garam secukupnya
masukkan sayur
masukkan bihun dan godek2 sampai masak
angkat lepas tutup api
tabur la daun bawang dan daun sup
sedia dimakan

Senang je kan nak masak bak kata Anis Nabilah dalam icip-icip masak itu mudah dan menyeronokkan bukan?



Keropok goreng untuk makan dengan bihun goreng, ini cara orang Terengganu makan bihun ya mesti nak makan dengan keropok goreng, ikut je la dah suami orang sana. Stok keropok keping mesti sentiasa ada kat rumah datang jauh dari Terengganu ni hee... statement tak boleh tahan.



Tak lupa pencuci mulut buah naga ikut cara Cik Ina Do Do Cheng makan dengan yoget sedap tu Cik Ina!

Monday 8 August 2011

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Berapi!

Assalamualaikum,

Hari ni aku berbuka dengan masakan yang aku rasa paling best hee... aku je yang kata. Aku masak daging salai masak lemak cili api yang dah tentu berapi. Resepi google kat MyR, Blog-Model 80an dan Blog Jom Masak Masak untuk rujukan sebab resepi asal yang aku ambik dari sepupu dah kena serang virus apa taknya main ingat je kat kepala sbb malas nak tulis konon2 boleh save la cam komputer tapi hampeh ingat2 lupa. Nasib baik zaman dah maju boleh la google.



Sedap daging salai masak lemak cili api ni, tapi kesian plak kat anak aku dia kata pedas.

resepi:
daging dibersihkan dan dipanggang kemudian hiris nipis supaya senang nak makan
cili api, kunyit hidup, bawang merah dikisar dan masak dulu dengan daging yang dihiris sebelum masukkan santan.
serai diketuk dan
daun kunyit dicarik
masuk dalam kuah dan teruskan masak sampai kuah masak.
buh garam.
dah masak tutup api
*kuantiti bahan2 pandai2 ejas sesuai dengan banyak mana dagingnya. Nak resepi yang lengkap rajin2 la google kat blog masakan yang glamer.



Milk shake dah separuh pun gedik nak ambik gambo hee..

Ubi Rebus Teringin

Assalamualaikum,

Tetiba rasa teringin nak makan ubu kayu rebus nak cicah ngan kelapa parut gaul gula. Nasib baik kat kedai ada jual ubi kayu tapi bila direbus tak sesedap ubi kayu yang mak tanam kat kampung. Ubi kayu beli ni keras sikit kalau yang mak tanam tu elok je gebunya tapi dah tak ada makan aje la. Ubi kayu rebus ni jadi kuih untuk bebuka semalam, malas nak beli kuih kat PARAM tapi tetiba je dah nak pukul 7 suami plak nak makan tepung pelita nak tak nak beli jugak kat PARAM.



Ubi kayu rebus cicah kelapa gaul gula. Ada lagi baki ubi kayu yang belum rebus hari ni nak rebus lagi nak cicah ngan sambal tumis bilis plak. Kalau ada mood rajin nak buat kuih isabella bagi habis ubi kayu tu.

Sunday 7 August 2011

Sup Cendawan Singgah Sahur

Assalamualaikum,

Selamat berhari minggu dan selamat bershopping di hari minggu, maklum ajelah hari ni kan cuti mesti ada yang nak pegi shopping baju raya untuk anak2 dan keluarga. Niat di hati ni nak gak jenjalan kat Jusco ke petang kang boleh la bebuka kat luar sekali tapi tengok la bos rajin ke tak.

Meh tengok singgah sahur aku subuh tadi, ni boleh up trapik ke? ceh tak mo ngalah gak ngan cik ina ngan wok with yan dan cik betty ngan ketuk2 ramadannya heee...



Sup cendawan bersama fishball siram atas nasi sampai banjir tak sedar nasi boleh habis sepinggan.



Telur dadar, along pesan malam tadi nak sahur nasik ngan telur + kicap bila time sahur puas kejut tak nak bangun sahur camne kompem tak pose jawabnya anakku itu.



Cili kicap nak bagi pedas baru rasa selera lebih sikit time sahur.
Dah habis rancangan singgah sahur...

Friday 5 August 2011

Sirap Bandung Laici

Assalamualaikum,

Hari ni tayang air waktu berbuka yang menggoda


Disebabkan tergoda dengan sirap bandung koktel Che Mat Gebu aku pun membuat sirap bandung yang tak kalah nyamannya diminum waktu berbuka. Apa taknya sirap bandung ni kaya dengan laici dan ais krim soda. Anak2 aku ni tak menyempat nak minum sebelum berbuka dah habis segelas diminum mengalahkan orang puasa hausnya.

Baki sirap bandung yang tak habis aku simpan dalam peti ais buat ais krim kang ada la rakyat yang nak makan ais krim, maklumlah bulan puasa takde motor jual ais krim lalu lalang depan rumah.

Thursday 4 August 2011

Popia Horlicks : jom buat sendiri

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dah masuk hari ke4 berpuasa tahun ni, insyaAllah tahun ni dapat berpuasa penuh rasanya kalau tak de apa2 masalah hee.. bestnya. Orang bisnes kuih raya dah start sibuk dengan tempahan rasanya kan tempahan biskut raya dah ambil awal2 sebelum puasa, sample biskut pun dah takde. Orang yang ambik tempahan baju raya pun dah nak muntah mula menjahit baju raya oppss jangan muntah kang batal puasa pulak ya kak. Jangan tak siap jahit sudah kang menangis pelanggan baju tak siap jahit tak de baju raya nak pakai. Baju aku pun takde tukang jahit yang sudi nak tolong jahit terpaksa la aku minta belas kakak kat kampung tolong jahitkan. Nak buat camane dah aku gatal tak hantar awal2 terima aje la.

Opps sebenarnya nak tunjuk cara2 membuat popia horlicks untuk adik aku yang takde kerja dibulan puasa ni sila buat ya senang je nanti raya boleh makan. Jangan curi2 makan sudah cam anak aku tu nak rasa je serbuk horlicks tu katanya heee...



Dapatkan kulit popia di pasaran sebelum kehabisan stok. Bukak sehelai-sehelai kulit popia sebelum memulakan kerja2 menggulung.



Sediakan bancuhan tepung gandum untuk melekatkan kulit popia yang berfungsi seperti gam.



Sapukan gam tepung gandum keliling kulit popia
ambil lidi satay dan gulung kulit popia dari bucu ke bucu
buat sampai habis kulit popia



Gulung banyak2 camni ha, tutup ngan towel dapur yang bersih untuk mengelakkan gulungan popia kering sebelum dipotong.



Potong serong gulungan popia tadi sepanjang 1cm untuk mendapatkan popia yang rangup. Kalau takut tak sama ukur ngan pembaris heee... aku tak ukur tu yang ada yang panjang dan pendek tu. Kemudian goreng sampai garing atau sampai warna perang. (hujung gulungan sila asingkan sbb nipis dan goreng asing juga)



Sejukkan popia yang dah siap digoreng, letak atas tisu dapur supaya minyak dapat diserap.



Blend kering 5 sudu gula, 5 sudu atau lebih horlicks dan 3 sudu nestum original menjadi serbuk untuk digaul dengan popia. Serbuk ni cukup untuk sepeket kulit popia sebanyak 40 helai. Kalau nak blend lebih pun tak pe takde hal punya boleh simpan dalam tupperware senang anak nak rasa heee...



Popia horlick dah siap dapat sebalang penuh lebihan ni untuk anak yang tak puasa.

p/s: Yani ko buat popia ni tau jual kat org kampung aku boleh dapat royalti resepi heee... boleh ke?

Wednesday 3 August 2011

Puding Gula Hangus : manisan yang sedap untuk berbuka puasa!


Manisan kegemaran seisi keluarga
kalau beli kat pasar ramadan sepotong berapa harganya ya?

Resepinya:

10 biji telur
1 tin susu sejat
1 tin susu air
1 gelas gula
1 sudu kecik asen vanilla
satukan semua bahan dan pukul manja guna pemukul tangan

1/2 gelas gula digoreng sampai hangus bukan hangit kang pahit plak, buh suku gelas air bila gula dah hangus biar dia bebuih2 pastu tuang dalam loyang. Kemudian tuang bahan yang dipukul tadi dalam loyang gula hangus dan kukus sampai masak. Sejukkan kat luar, terbalikkan dalam pinggan dan sejukan plak dalam peti ais. Makan masa berbuka sedapnya!

Melatih Anak Berpuasa

Assalamualaikum,

Sebagai seorang ibu aku cuba nak melatih anak pompuan aku yang berumur 5 tahun ni berpuasa, tapi rasa kesian plak aku tengok dia sampai kering bibir menahan puasa. Setakat ni dah 3 hari berpuasa belum sempurna lagi puasanya. Hari pertama puasa sedar2 habis baki nasi goreng sahur dibedalnya nak buat camana biar je la.

Hari kedua puasa dah pukul 4 petang tak menahan nak mintak susu, aku kesian tengok dia cam dah lembik satu badan terpaksa buatkan susu. Tak cukup susu air masak becawan-cawan dia minum hee... haus sangat la tu. Yang kelakar tu boleh dia kata nak sambung puasa lepas minum hee...

Hari ni hari ketiga puasa balik2 sekolah je terus cakap mama lapar la nak nasi, aku kata kat dia puasa tak boleh makan nasi sayang minum pun tak boleh tau. Aku suruh je anak aku buat homework dia sambil tengok 611 saluran kesukaan dia tu. Kalau rasa lapar along pegi la tido nanti petang kita pegi pasar beli kuih yang along suka ya, dia jawab ok. Dalam aku dok ingat2 kan dia puasa tak boleh makan dan minum dia boleh ambik serbuk popia horliks yang aku simpan. Katanya nak rasa je... heee geram betul aku dibuatnya, sabar je la.

Sekarang baru aku tau camane rasa susahnya nak melatih anak kecik berpuasa. Memang banyak betul dugaan nak melatih anak berpuasa, kalau dipaksa anak2 kecik ni berpuasa takut nanti dia curi2 makan pulak sama je cam tak puasa. Kalau dah tau dia curi2 makan tak kan nak senyap je takut nanti dia akan rasa perbuatannya betul dan jadi amalan pulak. Kita sebagai ibu2 ni kena la terangkan pada anak kecik ni tak baik curi2 makan time bulan puasa ni bedosa. Aku cakap kat anak aku kalau dah tak tahan sangat bagi tau mama, kalau boleh tahan puasa je... tak lama pun sekejap lagi nak berbuka dah. Penat gak nak melayan kerenah budak kecik belajar puasa ni asyik nak mintak air jer, sabar la jadi mama ni kan.

Monday 1 August 2011

Selamat Berpuasa! : masih belum terlambat kan!

Assalamualaikum,

Dah berhari2 tak sempat nak berblog sebab aku balik ke kampung suami di Kuala Terengganu kerana melawat datuk saudara suami yang koma di HSNZ Kuala Terengganu akibat kegagalan jantung. Perjalanan yang jauh membuatkan badan terasa letih ditambah lagi terpaksa berhimpit2 dua keluarga dalam kenderaan. Malam tadi sampai semula kat rumah sendiri jam dah satu pagi memang letih cuma sempat sahur nasi goreng je la.

Pagi tadi dapat panggilan dari Terengganu datuk saudara suami yang kami panggil walid telah pun kembali ke rahmatullah. Hanya doa yang dapat kami utuskan dari jauh kerana untuk balik semula ke Terengganu memang tidak dapat kami lakukan. Semoga keluarga walid tabah menghadapi dugaan di awal ramadan ini.

Untuk semua selamat berpuasa dan selamat menyediaka juadah berbuka untuk para suri rumah tangga semua. Sediakan juadah berbuka dengan penuh kasih sayang dan besederhana semasa membeli belah di pasar ramadan, semoga puasa semua diberkati amin!