Tuesday 23 August 2011

Shopping & Jalan2 Bazar Ramadan Sungai Besar

Assalamualaikum,

Selamat bertemu kembali setelah beberapa hari tak berkesempatan berkunjung dialam maya, apa taknya keadaan kesihatan yang tak mengizinkan aku untuk besenang2 depan lap top. Deman dah kebah cuma yang tinggal batuk2 yang belum reda tapi syukurlah boleh juga nak berpuasa. Ni baru hegeh2 nak mengupdate story mori yg dah lepas.

Hari jumaat lepas walau badan tak sihat masih juga aku ni boleh pegi shopping baju raya anak2 dengan ditemani adik dan anak buah yang baru balik becuti. Tempat shopping cam biasa Jusco je la mana lagi nak pegi kat Klang ni, dah setel baju raya anak2 baru rasa senang hati.


Tempat permainan kuda pusing yang lembab ni juga yang menarik perhatian budak ni, duit syiling 5posen kena standbye banyak2. Untung ada insan yang berhati mulia sanggup masukkan syiling budak ni tumpang sekaki main kuda lembab heee...



Dah penat shopping berbuka kat McDonalds, penuh sesak mujur ada kerusi kosong lagi

Hari sabtu balik kampung mak fuhh baru dapat berbuka dengan mak, berbuka ala kadar je telur masak kicap tapi kenapa sedap sangat? sebab mak yang masak hee..

Hari ahad, lepas gian merayap kat bazar ramadan sungai besar yang sangat2 la ramai umatnya. Bazar terbesar kat daerah sabak bernam ni aku rasa. Orang2 sungai besar ni dah merungut2 sebab sesak ya amat sampai parking kereta punyalah seksa. Kalau malam lagi la sesak nak2 lagi orang dok sibuk shopping kuih raya nak berjalan pun sampai berlanggar bahu. Adik aku kata nak tunggu malam raya baru nak beli kuih raya maunya murah ada lelong2 lagi. Untuk orang yang tak suka kesesakan cam aku baik duk rumah je dari menambah sesak kat bazar tu.



Singgah gerai nasi ambeng, kalau kat klang tak jumpa nasi ambeng yang sedap cam kat sungai besar ni. Nasi ambeng terbaekk! tak leh lawan kat mana2. Kalau nasi ambeng kat rumah kenduri lagi terbaekk siap ada ayam golek.

Cik abang singgah kat gerai air beli air kedondong yang sinonim dengan orang mengandung, best betul air kedondong ni tanpa pengawet dan perasa tiruan. Kalau aku jumpa pokok kedondong nak je aku petik buahnya and ngap buahnya eermm terliur la plak.

Tahun ni sekali je dapat berbuka kat kampung dengan mak, tahun ni giliran beraya kat kampung suami errmm... sedih la plak. Raya tak dapat makan sambal tahun yang kak long masak dan rendang mak yang sedap huuu... nampak gayanya lepas raya kena mintak dorang masakkan utk aku la jugak.

4 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

Dik dah lamanya cik ina tak pegi sabak bernam ngan sg besar . dulu tahun 90-93 cik ina duk ulu basir dekat ngan ulu bernam.. shopping kat situ best , cuma ramai orang je.

Rinna said...

Wahh bestnyaa juadah kat PARAM kat sana.. ada nasi ambeng ngan air kedondong lagik.. hmm..sedapnyaa.. :)

gerhana luka said...

cik ina duk ulu basir ya dulu kat estet tu ke? org2 kat kampung saya dulu cari rezeki kat sana gak... sekarang dah maju dah kak dah banyak berubah.

Rinna, sabak bernam kan terkenal ngan nasi ambengnya memang tak dapat lawan ngan mana2 tempat rasanya la.

Rina Rahamat said...

sedap eh nasik ambang sana? sy puasa kali ni lum mkn lg nasik ambeng..


selamat menyambut lebaran ya :)