Tuesday 30 August 2011

Akhir Ramadan, 1 Shawal

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa ni. Hari ni 1 Shawal aku dan keluarga beraya di kampung suami di Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Semalam sempena ramadan yang terakhir untuk tahun ni kami beramai2 berkumpul di rumah bapa saudara suamiku merangkap rumah tok suami la juga. Acara wajib kalau berhari raya di terengganu kami berkumpul untuk membakar lemang sekaligus berbuka puasa beramai2 untuk hari terakhir ramadan di Kuala Berang. Dalam cuaca yang panas ketik kata orang terengganu kami membakar lemang sampai aku jadi sakit kepala. Sebenarnya bukan aku yang bakar aku tukang tengok jer heee... Apa yang bestnya kami berbuka di luar rumah dengan beralaskan tikar di atas tanah fuhh cam tak cukup makanan plak bila makan ramai2 ni tapi memang best la.



Tu Toh lemang tengah nak masak


Lemang dah siap masak tunggu masa nak potong, ada gak lemang jagung yang lemak berkrim



Berbuka cam berkelah kat luar rumah dalam cahaya samar2 so gambar pun gelap
 
 
 

Inilah famili ku, kesian baju anak bujang aku tukang jahit tak dapat siapkan,  dalam saat2 akhir terpaksa tukar plan cari baju melayu siap untuk anak bujang maka jadilah baju abah ngan anak dara sama warna baju mama ngan anak bujang warna lain sebab nak bagi sama adil. Musnah la angan2 nak warna sedondon heee...

Sorry la ya terpublish dua kali secara tak disengajakan, yang mula2 tadi tak siap tulis dah terpublish

3 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

Dik selamat hari raya maaf zahir batin semoga bergmbira di hari raya ni bersama family. bestnya ye dapat makan lemang.

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

jenjalan ziarah menjalin ukhwah sempena eid fitri.
moga sentiasa dalam redha dan rahmatNya.
t kasih sudi singgah ke blog merapu saya :)

Rina Rahamat said...

selamat hari raya :)

takpalah tahun depan kasik sedondon ya hehe