Monday, 8 August 2011

Ubi Rebus Teringin

Assalamualaikum,

Tetiba rasa teringin nak makan ubu kayu rebus nak cicah ngan kelapa parut gaul gula. Nasib baik kat kedai ada jual ubi kayu tapi bila direbus tak sesedap ubi kayu yang mak tanam kat kampung. Ubi kayu beli ni keras sikit kalau yang mak tanam tu elok je gebunya tapi dah tak ada makan aje la. Ubi kayu rebus ni jadi kuih untuk bebuka semalam, malas nak beli kuih kat PARAM tapi tetiba je dah nak pukul 7 suami plak nak makan tepung pelita nak tak nak beli jugak kat PARAM.



Ubi kayu rebus cicah kelapa gaul gula. Ada lagi baki ubi kayu yang belum rebus hari ni nak rebus lagi nak cicah ngan sambal tumis bilis plak. Kalau ada mood rajin nak buat kuih isabella bagi habis ubi kayu tu.

5 comments:

ibh said...

sedapnyaaaa..lama tak mkn ubi rebus.

NaniRostam said...

makanan yang sungguh mengimbau nostalgia...kalau ubi buat lepat yum yum

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

sy suka cecah gula je..cecah sambal tumis pon shedapp..dah tua gamaknya sbb tu keras..kalau sy suka yg lembikk sgt tu

Cik Ina Do do Cheng said...

dik itu baru ye, cicah ngan sambal ikan bilis atau ikan gelam masam. dah lama tak merasa makan ubi, merajuk, hari tu cik ina beli dapat ubi yang susah nak empuk , isi tak gebu cam tu. tak sedap.

gerhana luka said...

ya la kan kalau ubi tak nak empuk2 rasa nak empuk je ubi kelantai hee...