Friday, 12 August 2011

Cucur Bawang Resepi Cik Ina Do Do Cheng

Assalamualaikum,

Petang tadi tengah kusyuk baca kisah sedih kat blog Kehidupanku Sehari-Hari tak sedar air mata meleleh tak ditahan2 sampai anak daraku pun naik heran. Punyalah caring anak daraku itu dia pun nangis sama, sambil teresak-esak tanya kenapa mama nangis mama? mama pun jawab, mama sedih anak orang ni meninggal. Anak aku jawab oooo... Deq La ingat kenapa mama nangis, mama jangan la nangis nanti Deq La pun nangis! ish budak ni ada2 je. Ok cukup dah melalut meh tengok aku berbuka apa hari ni.

:
:
:
:
:

Tara


Cucur bawang ambik resepi Cik Ina Do Do Cheng, percaya tak ni first time aku buat cucur bawang yang gebu dan garing hasil kerajinan aku mengambil resepi dan tips membuat cucur bawang yang enak dari Cik Ina. Selalu kalau buat cucur mesti liat je nak mengunyah tapi kali ni tak lagi. Terima kasih Cik Ina atas resepi yang best ni kompem lepas ni kalau buat cucur akan guna resepi Cik Ina jer. Buka puasa makan cucur bawang je dah tak larat nak makan nasi, lewat sikit la makan nasi cik Abang pun tak balik2 lagi.



Tinggal 3 biji je cucur bawang yang sedap ni kejap lagi licin la. Sos tak sempat lagi nak buat ikut resepi Cik Ina sebab nak habiskan sos keropok import dari Tganu kita, lain kali boleh buat ya.



Lauk berbuka hari ni dah tak de idea nak masak apa so masak je la sambal telur ngan kentang. Aku boleh plak lupa nak rebus kentang dulu sebelum goreng cam yang di sarankan Cik Ina, hishh lembik sikit kentang tu jadinya adui time2 gini la dia buat lupa.

4 comments:

AZLINA said...

Assalamualaikum..Awat tak letak resepinya sekali, nampak rangup la cucur udang dodo cheng tu.. :)

gerhana luka said...

hee.. rasa malas nak menaip resepi, nak link ke Cik Ina Do Do Cheng tapi tak reti buat sapa nak tolong?

Cik Ina Do do Cheng said...

alah tak letak link pun tak pe, amboi semua cik ina ye. dik alang-alang dah berblog kenapa tak letak nuffnang, boleh gak tambah pendapatan sampingan .

gerhana luka said...

Cik Ina saya belum pandai nak letak nuffnang, nanti la try letak ni nak tukar templet pun tak boleh2 lagi