Monday 30 April 2012

Poey

Assalamualaikum,

Semenjak teman sepermainannya dah mati ni Poey dah semakin garang. Tiap kali nak bagi buah atau air aku kena berjaga2 dari terkena terkaman si Poey ni. Masa ada Memey dulu Poey garang jugak tapi tak le seteruk sekarang memangjang je garangnya. Biasanya yang betina garang ni jantan plak yang garang. Dah habis usaha nak bagi jinak semula ni. Nak beli sekor lagi yang betina aku risau gak takut bergaduh plak dalam sangkar tu. Dalam garang2 Poey ni sporting gak dia bagi pose yang manje2 ni.

comel kan...

mood tengah baik la ni dapat ambik gambo

masa tido.... gud nite! eh nite ke? tak la poey tido waktu siang maktu malam bz main jer

bye!

Saturday 28 April 2012

Harum Vanilla Choc Chips Kek Inspirasi Dari Shahriah Abdullah aka Sha MCM, Boleh Gitu!

Assalamualaikum,

Mood membaking dah datang ni sampai dah tak peduli apa2 lagi capai itu... capai ini akhirnya menjadi gak kek harum vanilla Kak Sha ni. Memang mabelles la kek ni Kak Sha tak rugi saya cuba. Yang bestnya bila anak2 saya dok kutil2 chips choc ngan coklat cair tu hee... Yang bestnya lagi mintak potong nak bagi kat kawan depan rumah, malu la mama macam mama ni pandai sangat nak masak kek. Sapa2 yang nak cuba kek yang sememangnya harum dan sedap tahap Terukir Bintang boleh cuba klik resepi kat SINI



puas mencorak nak bagi serupa, kira ok la tuh!



Panas2 dalam oven baunya memang tak boleh tahan lagi... rasa nak makan jam tu jugak.



sapa nak ambik la sepotong....



Ni jer yang tinggal tupun dah dikutil dek dak boboiboy aku tu lepas bagi kat kawan dorang.

|
|
|
|
|
|

Dek kerana tengah bersemangat yang amat maka tercipta jugak versi cup kek harum vanilla yang ada inti cekelat ngan kiwi. Ada penambahan dalam resepi Kak Sha tu mintak halal ya Kak Sha saya tambah yoget 1 cup untuk versi cup kek ni.


Cup kek harum vanilla filling choc kiwi



suka makan cup kek yang ada inti, rasa2 tak cukup seketui dua ni. Terasa yogetnya ermmm... yummy

Jangan marah ya Kak Sha saya guna resepi akak untuk buat cup kek ni, sayang Kak Sha muuahhh!
Saya taip semula resepi akak dengan penambahan sekali untuk rujukan akan datang.
Terima Kasih ya.

Bahan2

250g mentega
200g gula castor
280g tepung kek + 1 sudu baking powder + garam
4biji telur (aku guna 5 biji saiz C)
2 sudu besar esen vanilla
1cup yoget perisa kiwi

bahan inti
2 biji buah kiwi dipotong dadu
coklat cair

choc chips untuk tabur secukupnya

Cara2nya
Pukul mentega dan gula castor sampai putih dan gula hancur
masuk telur dalam adunan dan pukul lagi
masukkan esen vanilla
masukkan tepung yang telah diayak bersama sedikit2 berselang dengan yoget
gaul sebati
isi dalam cup kemudian masukkan inti dan masukkan adunan selebihnya hingga 3/4 cup penuh atau ikut suka hati hee..
bakar dengan suhu oven masing2 oven aku suhu 150 dah cukup panas
jangan lupa panaskan oven dulu tau.

Friday 27 April 2012

Kari Ikan Jenahak

Assalamualaikum,

Hari ni mood malas nak masak sarapan aku bantai beli je roti canai kat kedai boleh gitu. Kepala ni dok ligat berfikir nak masak apa la macam dah kekeringan idea nak masak. Selalu sebelum pegi pasar mesti dalam kepala pikir nak beli itu... ini.... untuk masak dua tiga hari punya tapi sudahnya bila sampai pasar mesti lain yang dibeli. Kononnya nak masak nasi ayam tapi bila sampai pasar salad plak takde sudahnya beli pulak ikan jenahak untuk masak kari, haa... kan dah lari dari plan asal.


Kari ikan jenahak aku ni simple je senang nak di masak yang pastinya kalau suami aku tu tengok kepala ikan je terus ambik pinggan dan tunduk makan senyap2. Kalau makan senyap je tak bersuara tu tandanya sedap la kalau tak sedap kompem soundnya berbunyi hee..

Resepi kari ikan jenahak

2 keping isi ikan jenahak bersama kepala ikan jenahak yang di belah dua saiz yang sedang2 saja cam lagu dangdut tu
bawang putih 2 ulas dihiris
bawang merah 3 ulas dihiris
halia dihiris
halba campur 1 sudu besar
daun kari setangkai
dua sudu besar cili blend
serbuk kari ikan adabi 2 peket kecik
air asam jawa
garam dan perasa
air secukupnya
santan kelapa secukupnya
ekseserinya buh terung bulat yang dibelah2
kalau takmo kolestrol tinggi guna susu sejat boleh je cuma tekak tak biasa terima hee..

tumis bahan yang dihiris dan daun kari sampai naik bau
masuk halba campur
masuk cili blend dan tumis garing
masuk serbuk kari yang dijadikan pes dan tumis sampai pecah minyak
masuk air asam jawa dan kacau2
masuk terung dan gaul2
masuk ikan dan tambah air secukupnya biar mendidih kejap
masuk santan dan kacau2 supaya tak pecah minyak
reneh sampai masak
*jangan terlalu dikacau nanti ikan hancur, cara aku senang je bila ikan tu dah agak2 masak aku keluarkan dulu dan reneh kuah lama sikit supaya kuah kari tahan lama. lain orang lain cara masak, kari aku ni la yang paling senang. Aku suka buh cili blend sebab suka kari pedas2 sikit dan warna kari merah2 gitu.

Wednesday 25 April 2012

Marble Vanilla Muffin

Assalamualaikum,

Hari ni pepagi lagi aku dah siap buat muffin, tapi nak buat N3 ni tertangguh maklumla anak kecik asyik memanggil2 je.. Selalu buat muffin mesti ikut resepi Mat Gebu sebab dah kena ngan selera anak beranak hee.. Tengah selongkar blog Kak Sha, siapa lagi kalau tak Shahriah Abdullah tu terpandang plak satu resepi cup kek nenasnya dah leleh plak air liur ni sabo jer la. Kek Harum Vanilla Kak Sha pun masih tersimpan lagi dah tergoda ngan resepi cup kek plak bila la nak cuba ni. Sebenarnya terharu sebab Kak Sha sudi singgah kat rumah yang tak seberapanya ni maklumlah baru membina rumahtangga tanpa sempadan ni hee...


Suka jengok2 kat cermin oven bila buat muffin sebab nak tengok muffin tu naik cam nak merekah... syok jer.. cam budak2 plak hee...


Jemput makan muffin, sebiji je dah kenyang sebab muffin ni berat kalau cup kek gerenti tak cukup sebiji nih.
Resepi boleh selongkar kat blog dapur tanpa sempadan ya.


Tetiba je letak gambor sambal chiken wing ni abaikan minyak yang melimpah tu tak baik untuk kesihatan hee.. salah satu lauk peberet anak beranak.

Monday 23 April 2012

Cerita Semalam N3 Hari Ni

Assalamualaikum,

Semalam kakak ipar datang bertandang ke rumah mujurla aku dah siap masak boleh la menjamu selera bersama. Tupun kena tambah lagi lauk takut tak cukup plak nanti ada yang menjeling2 je tak dapat makan masakan aku yang sedap hee... tak abis2 perasan.

tumbuk cili api bersama kunyit hidup ngan bawang untuk masak ikan tenggiri, kalau orang negeri 9 guna cili api ngan kunyit je untuk masak lemak cili api. Aku dah terbiasa buh bawang rasa sedap hentam aje la. Serai di ketuk2 dan daun kunyit dicarik2 nak buh dalam periuk.

Sebagai tambahan aku buh petai dalam masak lemak cili api ikan tenggiri aku tu fuhh mabelles. Kalau mak dia kikis dulu kulit petai tu aku ni rajin main masuk gitu je. Kalau ada belimbing buluh ni lagi ar mabelles.


Kepala ikan tenggiri ni untuk en.suami, makan sampai tak ingat I ye yang.



Sambal ikan ni untuk anak2 saudara yang gilekan sambal aku.

sayur kacang ngan karet je macam tak kena je kan sepatutnya goreng la kangkung baru la budak2 tu laju makan sayur.

pencuci mulut, aku buat cup kek cekelet ngan anak buah aku yang dok merengek2 nak cup kek oreo. Sory la ya dah tak cukup bahan, cup kek cekelet je yang dapat. Rasa dah bosan ar cup muffin tu tak abis2 akhirnya aku korbankan bagi kat anak buah aku, baget nak beli cup yang cantik2 plak.

Friday 20 April 2012

Pavlova : Terpengaruh Dengan Junior MasterChef Australia

Assalamualaikum,

Aku geram betul tengok budak2 junior masterchef australia musim 2 kat chanel 711 tu, apa taknya dorangni kecik2 lagi tapi hebat betul memasak kalah masterchef malaysia jangan marah ya peserta masterchef malaysia. Khabarnya pemenang masterchef malaysia tu pun tercabar dengan budak2 junior masterchef australia. Sapa tak geram kecik2 lagi tapi dah pandai masak macam2. 

Dek kerana tergoda ngan pavlova yang dak junior masterchef tu masak aku pun dengan gigihnya menerai buat pavlova. Meh tengok pavlova aku yang tak berapa nak pavlovanya.



Meringue sebelum masuk oben macam larva gunung berapi je kalau budak2 masterchef junior tengok menangis aku hee

Meringue tengah dibako

Punya la teruja nak merasa apa ke rasanya pavlova yang cantik manis ni, aku dengan begitu kompiden memukul whipe cream tapi tak kembang2. Rasa dah down aku punya semangat bila whipe cream tu tak kembang2. Abis bila whipe cream takde camane nak makan pavlova. Anak2 aku yang dah terbau benda sedap dari dapur dah tak sabo2 nak makan pavlova. Sejuk je meringue tu terus dorang cubit2, along kata rasa macam gula2 kapas, abang kata macam marshmallow... aku plak sedih je.


Nak rasa gak makan pavlova aku sapu gak whipe cream yang tak kembang tu atas meringue pastu susun buah2 yang aku dah potong pastu apa lagi ngap la. Anak2 aku yang dua orang tu makan macam tu je tak de buh whipe cream ngan buah sedap sangat katanya, ya la kan macam marshmallow. Aku berazam kalau rajin nanti aku buat lagi sampai jadi tu pun bila dah abis kaji cara2 nak pukul whipe cream dengan betul atau paling senang beli je yang dalam tin tinggal letak je atas pavlova tu abis cerita.


Wednesday 18 April 2012

Bonjour! Bon Appetit

Assalamualaikum,
Tajuk N3 kemain lagi terbelit lidah nak jadi orang perancis.. cis..cis..
Meh kita sarapan roti telur ya. Roti bijan gardenia ni tak berapa sedap kat tekak aku kalau nak dimakan camtu aje. Nak buat benda lain tak cukup bahan plak akhirnya yang paling senang buat roti telur je jawabnya. Anak2 aku memang suka makan roti telur ni nyum..nyum..

Roti hasil lawatan ke gardenia hari senin tu 


Celop dalam telur kemudian goreng dalam kuali tak melekat yang dah tercabut tangkai


MMmmm... just too good! salin balik kat plastik roti tu...
Bon Appetit!!
maksudnya apa ya jemput makan ke selamat menjamu selera, lebih kurang gitu arr

Monday 16 April 2012

Lawatan Along ke Gardenia

Assalamualaikum,

Hari ni sekolah along buat lawatan ke kilang roti Gardenia
Keterujaan along melawat kilang roti gardenia seolah2 aku pun pegi sama
Aku makan roti gerdenia pernah la melawat belum pernah lagi
Anak aku kata jaga2 jangan pijak garisan kuning, aku tanya kenapa? dia kata nanti masuk dalam tepung. Tak paham aku... macam la aku ikut sekali hee... lantak dia la janji dia hepi.

Balik sekolah je terus tunjuk gudis bag dari gardenia


Isi gudis bag tu banyak ni...

Buku resepi ni mama ambik la... along tak nak.
Nanti mama masak macam dalam buku ni tau... amboi kemain lagi arahan tak hengatt

Teruja melawat gardenia tak habis lagi ni kang abahnya balik kerja mesti dia sambung lagi cerita.

Friday 13 April 2012

Gulai Tulang ke Kari Tulang Ke Masak Cara Sendiri Dah Tentu Mabelles hee...

Assalamualaikum,

Apa tebiat tajuk N3 pepanjang camni hee... saje je tau
Tiap2 minggu aku mesti masak kari sebab tu la menu kegemaran en.suami so kenala masak betul tak. 
Walau hati teringin nak masak sup tulang tapi terpaksa pendam je sebab masak sup tulang tak menjadi mabelles.
Masak kari dah tentu2 mabelles dan en.suami makan sampai senyum2 sampai telinga.

Resepi Gulai Tulang Mabelles
tulang belakang atau tulang rusuk anggaran 10 ketul
bawang besar sebiji
bawang merah 5 ulas
bawang putih 3 ulas
cili kering 5 tangkai
halia seinci
lengkuas seinci
daun kari
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
rempah kari babas 2 pek kecik
air asam jawa
garam
kiub lembu knorr
santan

Cara masak
blend semua bawang, cili, halia dan lengkuas
panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari



Tumis dulu bahan2 yang di blend sampai pecah minyak. 
Masukkan pes kari dan tumis sampai pecah minyak kemudian masukkan air asam jawa  
Masukkan tulang dan kacau sebati
Tutup periuk supaya proses memasak jadi cepat dan daging2 kat tulang tu senang lembut
Tak payah buh air sebab air dari daging tulang akan keluar.



Bila dah agak kering baru tambah air dan reneh lagi sampai dagingnya empuk dan masukkan kentang.


 
Tambah santan dan nak power lagi kena buh kerisik sikit 
Dah agak2 masak buh le garam dan perasa. Kali ni aku buh kiub lembu knorr.
 
 
 
Mabellessss
Menu tambahan kena ada ikan kering ngan sambal belacan dan ulam kacang.

Two month+

Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik dah dua bulan lebih rupanya baby. Masa along masuk wad ari tu sepatutnya bawak baby dapatkan imunisasi tapi dah terlupa sebab bz sangat so minggu ni bawak la ke klinik nak cucuk. Tak boleh cucuk plak sebab baby ada mild fever cuma 37.3 jer tapi tetap tak boleh cucuk walau dah turun 37.0. Minggu depan kena datang klinik lagi untuk imunisasi seterusnya. 

Berat baby masa lahir 4.45kg, bila timbang sebulan hari tu dah 5.4kg dan bila timbang untuk dua bulan dah mencecah 5.95kg fuhh semangatnya.



Dua bulan



Dua bulan+....
pandangan sisi.. 
mak oii pipinya gebuss... 
ada sesapa terasa nak gigit???



Untuk tatapan nenek ngan mak sedara kat kampung tak rindu saya ke?

*bayi saya tak macam dua bulan pun terasa macam dah besar je, dah boleh ketawa ngan nangis macam bayi besar. Tangan saya lengoh bila dokong baby pegi klinik.

Wednesday 11 April 2012

Jom Lipat-lepat Kain Baju

Assalamualaikum,

Hari ni hari cuti eceh... macam la aku ni bekerja, duk rumah mana ada cuti-cuti ni. Hari cuti ngan tak cuti sama je kekdahnya kerja rumah tetap gak kena buat, cuma ada penambahan kerja belah pagi sebab anak tak sekolah kena la melayan kerenah dorang ni.



Malam tadi keja obertime lipat baju, sebab mama dah penat mama subcon jer kat saya dapat la sikit untung.



PEACE! sapa nak subconkan kerja2 melipat baju boleh bagi saya... satu rumah baju pun saya boleh lipat-lepat



Ishh camane plak nak lipat sarung tangan baby ni ya... pakai best ni



Aduh!!! penat la kerja lipat-lepat kain baju ni patut la mama malas nak lipat, lenguh jari kaki dan tangan.



Layan youtube dulu ahh nanti sambung balik lipat kain baju.

Sunday 8 April 2012

Sambal Udang

Assalamualaikum,

Dah agak lama tak masak sambal tumis udang sebenarnya sejak harga udang melambuang naik. Dulu dapat gak beli dengan harga RM14 sekilo sekarang ni RM20 sekilo, kalau udang yang sedang tu RM18 sekilo. Dah tergoda tengok udang saiz besar tu beli la sikit lagipun anak2 suka sangat makan udang.



goreng udang dulu dengan garam kunyit



Tumis cili yang diblend sekali dengan bawang putih dan bawang merah sampai pecah minyak
Buh asam keping kalau suka air asam jawa pun boleh
Buh garam dan sikit aji
Buh gula sikit atau madu nak bagi lagi best rasanya.
Buh air sikit kacau kacau
Masukkan udang goreng dan gaul rata



Sambal udang sedia dihidang



Sayur campur kegemaran seisi keluarga

Simple je masakan hari ni, ikan pun tak goreng sebab bila dah ada sambal udang ni kompem ikan goreng takde orang nak jeling.

Wednesday 4 April 2012

Si Penjaga Wad

Assalamualaikum,




Disinilah tempat dimana along dimasukkan masa sakit ari tu. 
Cam penjara plak rasanya kena pakai gril bagai.
Yang aku tau tiap kali ada orang nak melawat memang jaga tu tak bagi.
Yang paling bengang bila aku sendiri nak tengok anak aku dia boleh plak nak soal2.
Asben aku memang hangin jer ngan jaga ni sebab poyo sangat.
Rasanya kalau jaga ni lebih bersopan dan bertolak ansur tak mungkin dia dapat maki percuma.
Dah sah2 tertulis kat situ ibubapa sahaja dibenarkan abis aku sapa yang dia nak halang2.
Yang hangin bila dia tak bagi adik aku masuk jaga along, dia suh neneknya jaga...
Abis kalau neneknya dah tua terbongkok2 takkan nak tunggu cucu plak
Itu kalau dah tua kalau dah aruah ape cer...
Suami aku jaga along bergilir2 ngan adik aku ngan kakak dia maklumlah aku ada baby nak disusukan tak dapat nak tunggu along, sampai misi2 kompius mana satu mama along sebenarnya.
Buat si penjaga wad guna la akal bila nak bercakap, jangan suka halang2 ikut suka... 
Tu baru pakai seragam jaga kalau seragam biru harus tak de jenayah kat malaysia ni heee...





Kecewa kerana dihalang masuk...



Lalu membawa diri ke taman permainan... tapi sayang taman permainan tak semenggah
Pihak betanggungjawab tolongla baiki permainan tu kesian untuk pelawat2 yang nak merawat luka dihati cam budak kecik tu...

Tuesday 3 April 2012

Brussels Sprout Masak Cara Mat Gebu

Assalamualaikum,

Alhamdulillah along dah sihat lepas 5 hari berumah kat hospital. Aku dah boleh bernafas dengan lega dan tak risau lagi cuma kena pastikan along sentiasa minum banyak air masak dan sentiasa PU dan tak leka bila bermain. Almaklumlah budak2 bila leka bermain selalu lupa nak buang air kecil. Sepatutnya ada sesi kaunseling untuk kami tapi aku takmo sebab akupun ada belajar kaunseling dulu, kaunseling sendiri cukup.

Berbalik pada tajuk sebenar  ya... aku nak tepek sayur yang aku masak ni, dah lama tengok kat tv akhirnya aku jumpa sayur ni kat tesco. Hari tu ternampak Mat Gebu tepek sayur ni gak apa lagi aku pun ikut la resepi dia untuk masak sayur ni.




Brussels Sprout With Honey & Mustard Seed

1 pek brussels sprout
bawang putih
mentega
biji sawi
chili flakes
madu

panaskan air sampai mendidih
celur brussels sprout yang telah dibersihkan dan dibelah bahagian bawahnya selama 15 minit atau sehingga masak
bila dah masak keluarkan dan rendam brussels sprout dalam air ais untuk merencatkan proses masaknya

panaskan kuali dan tumis bawang putih yang dicincang halus dalam mentega yang telah dipanaskan.
tumiskan sekali dengan biji sawi dan chili flakes
masukkan madu
perasakan dengan secubit garam (nak sedap lagi aku tambah stok ayam)
masukkan brussels sprout dan gaul rata
kacau sekejap, dah puas hati boleh hidangkan



makan brussels sprout ngan mee segera pun sedap ko



minum plak jus tomato