Sunday, 8 April 2012

Sambal Udang

Assalamualaikum,

Dah agak lama tak masak sambal tumis udang sebenarnya sejak harga udang melambuang naik. Dulu dapat gak beli dengan harga RM14 sekilo sekarang ni RM20 sekilo, kalau udang yang sedang tu RM18 sekilo. Dah tergoda tengok udang saiz besar tu beli la sikit lagipun anak2 suka sangat makan udang.



goreng udang dulu dengan garam kunyit



Tumis cili yang diblend sekali dengan bawang putih dan bawang merah sampai pecah minyak
Buh asam keping kalau suka air asam jawa pun boleh
Buh garam dan sikit aji
Buh gula sikit atau madu nak bagi lagi best rasanya.
Buh air sikit kacau kacau
Masukkan udang goreng dan gaul rata



Sambal udang sedia dihidang



Sayur campur kegemaran seisi keluarga

Simple je masakan hari ni, ikan pun tak goreng sebab bila dah ada sambal udang ni kompem ikan goreng takde orang nak jeling.

3 comments:

ibh_sue said...

Peh! Sedap tu. Td kat tb tgk sambal ikan bilis. Ni sambal udang lak. Ni buat aku nak msk nasi ni. . :p

Cik Ina Do Do Cheng said...

tiba-tiba cik ina jadi lapau.menarik sambal udang ko tu. dah lama cik ina tak masak sambal udang. mahallah rega udang ngan sotong, teringin sangat makan barulah beli .

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

udang ikan seme mahal kan sekarang..pejam mata je ms nak bayo..


oh udang tu goreng dulu ya..sy biasa buat masuk je trus dlm sambal..nnt leh cuba cara suri pulak


biasa sy buat sambal udang time masak nasik lemak..paling bercinta nk asingkan bijik cili tu eiii