Friday, 27 April 2012

Kari Ikan Jenahak

Assalamualaikum,

Hari ni mood malas nak masak sarapan aku bantai beli je roti canai kat kedai boleh gitu. Kepala ni dok ligat berfikir nak masak apa la macam dah kekeringan idea nak masak. Selalu sebelum pegi pasar mesti dalam kepala pikir nak beli itu... ini.... untuk masak dua tiga hari punya tapi sudahnya bila sampai pasar mesti lain yang dibeli. Kononnya nak masak nasi ayam tapi bila sampai pasar salad plak takde sudahnya beli pulak ikan jenahak untuk masak kari, haa... kan dah lari dari plan asal.


Kari ikan jenahak aku ni simple je senang nak di masak yang pastinya kalau suami aku tu tengok kepala ikan je terus ambik pinggan dan tunduk makan senyap2. Kalau makan senyap je tak bersuara tu tandanya sedap la kalau tak sedap kompem soundnya berbunyi hee..

Resepi kari ikan jenahak

2 keping isi ikan jenahak bersama kepala ikan jenahak yang di belah dua saiz yang sedang2 saja cam lagu dangdut tu
bawang putih 2 ulas dihiris
bawang merah 3 ulas dihiris
halia dihiris
halba campur 1 sudu besar
daun kari setangkai
dua sudu besar cili blend
serbuk kari ikan adabi 2 peket kecik
air asam jawa
garam dan perasa
air secukupnya
santan kelapa secukupnya
ekseserinya buh terung bulat yang dibelah2
kalau takmo kolestrol tinggi guna susu sejat boleh je cuma tekak tak biasa terima hee..

tumis bahan yang dihiris dan daun kari sampai naik bau
masuk halba campur
masuk cili blend dan tumis garing
masuk serbuk kari yang dijadikan pes dan tumis sampai pecah minyak
masuk air asam jawa dan kacau2
masuk terung dan gaul2
masuk ikan dan tambah air secukupnya biar mendidih kejap
masuk santan dan kacau2 supaya tak pecah minyak
reneh sampai masak
*jangan terlalu dikacau nanti ikan hancur, cara aku senang je bila ikan tu dah agak2 masak aku keluarkan dulu dan reneh kuah lama sikit supaya kuah kari tahan lama. lain orang lain cara masak, kari aku ni la yang paling senang. Aku suka buh cili blend sebab suka kari pedas2 sikit dan warna kari merah2 gitu.

5 comments:

Asyifa Mustaffa said...

menyelerakan la nmpk..+ sy x makan lunch lgi nie...huhuhu.....

Shahriah Abdullah Novelis said...

SAlam dear... hinilah yang sedap... makan dengan nasi panas2.. ulamkan dengan timun.. sambal belacan satu mangkuk.. wahhh... wahh... wahh...

gitu aje bunyinya hehhehe

gerhana luka said...

Kak Sha kita ulam kacang botol nyum...nyum... cicah sambal belacan dah semestinya pedassss!

Cik Ina Do Do Cheng said...

sedapnya kari ikan jenahak campur cili kering, macam arwah mak cik ina masak kari buh cili blend. betul dik kalau dia time makan tu dah garenti sedap : )

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

oh tips yg baik ni..sy kan x tere sgt masak kari..ikan jenahak ni sy salu masak asam pedas jer