Monday, 23 April 2012

Cerita Semalam N3 Hari Ni

Assalamualaikum,

Semalam kakak ipar datang bertandang ke rumah mujurla aku dah siap masak boleh la menjamu selera bersama. Tupun kena tambah lagi lauk takut tak cukup plak nanti ada yang menjeling2 je tak dapat makan masakan aku yang sedap hee... tak abis2 perasan.

tumbuk cili api bersama kunyit hidup ngan bawang untuk masak ikan tenggiri, kalau orang negeri 9 guna cili api ngan kunyit je untuk masak lemak cili api. Aku dah terbiasa buh bawang rasa sedap hentam aje la. Serai di ketuk2 dan daun kunyit dicarik2 nak buh dalam periuk.

Sebagai tambahan aku buh petai dalam masak lemak cili api ikan tenggiri aku tu fuhh mabelles. Kalau mak dia kikis dulu kulit petai tu aku ni rajin main masuk gitu je. Kalau ada belimbing buluh ni lagi ar mabelles.


Kepala ikan tenggiri ni untuk en.suami, makan sampai tak ingat I ye yang.



Sambal ikan ni untuk anak2 saudara yang gilekan sambal aku.

sayur kacang ngan karet je macam tak kena je kan sepatutnya goreng la kangkung baru la budak2 tu laju makan sayur.

pencuci mulut, aku buat cup kek cekelet ngan anak buah aku yang dok merengek2 nak cup kek oreo. Sory la ya dah tak cukup bahan, cup kek cekelet je yang dapat. Rasa dah bosan ar cup muffin tu tak abis2 akhirnya aku korbankan bagi kat anak buah aku, baget nak beli cup yang cantik2 plak.

5 comments:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

mak sy ajar masak lemak cili api pon pakai kunyit dgn cili api jer..mak sy org johor tulen :)

Rinna said...

Maveles laa tgk gulai lemak cili api tuh.. nyum2..nengoknya.. :)

Acik Erna said...

GL..acik memang tak guna bawang kalau masak cili api ikan..tapi kalau ayam dan daging acik letak juggak..hiris je

Shahriah Abdullah Novelis said...

SAlam... hadoii datang dah lewattt... nampak lauk yang ada petai tu terus mata bepinar ni.... ngencesss dah ni.. tolong!

Cik Ina Do Do Cheng said...

kunyit hidup terbaek, rasa masakan pun sedap. rajinnya ko dik menjamu saudara dengan bermacam-macam makanan.murah rezeki ko.