Monday 24 October 2011

Sedapnya Avokado Ni!

Assalamualaikum,

Dah lama nak makan buah avokado dari indonesia ni duk mencari2 akhirnya jumpa kat stesen bas klang harga sekilo RM12, beli la 2 biji harganya RM 10. Buah avokado dari indonesia ni besar2 tak macam yang selalu jumpa kat pasaraya terkemuka tu cenonet je dan tak masak. Buah ni sedap makan camtu aje atau buat salad atau jus, ada orang kata selera aku pelik biar la janji aku suka.



Besar buah avokado ni muat2 piring cawan, belah dua dan buang bijinya, aku try semai bijinya kot2 mau hidup kalau ditanam dapat anak cucu makan nanti hee..



Sebelah dari buah avokado ni aku makan ngan susu pekat campur perahan limau nyam..nyam.. sedapnya.



Sebelah lagi buah avokado buat jus campur ngan mangga, sedap giler aku rasa.



Muncung budak ni dulu yang merasmikan jus avokado plus mangga ni

Friday 14 October 2011

Sup Tulang "Jewel In The Palace"

Assalamualaikum,

Dah seminggu rupanya tak de berita terkini kat blog aku yang dah naik berkarat ni, apa taknya aku ni penat la sangat kononnya. Disebabkan kepenatan melampau dicampur kemalasan sampai rumah aku dah tak terurus. Cuba bayangkan seminggu jugak aku tak menyapu sampah, mengemop lantai, cuci bilik air, kain baju tak berlipat, nasik tak masak, agak2 boleh hidup ke dalam rumah camni. Bila bukak je pintu rumah terkejut tetamu tak diundang hee... Hari ni aku dah okey dan segalanya berjalan seperti biasa baru la ada rupa rumah.

Semalam melayan drama korea Jewel In The Palace membuatkan aku teringin nak makan sup tulang, kalau ikutkan dalam cerita tu tiga hari kena reneh sup tulang mau lapor perut aku nak tunggu tiga hari. Zaman dah moden pressure cooker kan ada nak buat apa tunggu sampai tiga hari buat abis gas aje.


Ada pressure cooker cam ni tak yah penat nak tunggu 3 hari 15 minit pun dah cukup. Pressure cooker ni pemberian dari mak mertua yang baik hati.



Sila pilih tulang terbaik dari peniaga daging untuk mendapatkan sup tulang yang sedap, kalau tak ada dapatkan dari jabatan perbekalan istana. Buat susah2 aje beli kat pasar pun boleh.


Dah namanya sup tulang "Jewel In The Palace" kena la guna rempah ratus dari istana di zaman silam


Bahan sampingan selain lobak dan saleri buh la kentang jugak


Daun sup dan daun bawang untuk lengkapkan sup tulang


Bila sup tulang dah masak tabur daun bawang dan daun sup yang dihiris bersama bawang goreng, sup jadi lebih kaw!




Sup tulang sedap dihirup begitu saja atau makan dengan nasi, lagi kaw bila ada cili kicap. Masak sendiri puas makan kalau beli semangkuk lima hengget tak puas hirup sup dah abis.
 
Untuk dapatkan resepi sup tulang "Jewel In The Palace" sila tonton rancangan Jewel In The Palace di TV ALHIJRAH setiap isnin hingga khamis pukul berapa ya lupa plak.

Saturday 8 October 2011

Akhirnya Rahsia Terbongkar!

Assalamualaikum,

Selamat berhujung minggu, hari2 cuti ni mesti banyak rancangan bersama keluarga nak dilaksanakan betul tak. Anak2 aku misalnya time cuti hujung minggu ni sibuk merengek ajak dibawak berjalan, pegi main kat taman pun jadilah. Tapi hari sabtu camni abahnya tetap gak kerja, aku je la yang melayan anak2 yang pepagi lagi dah bangun.

Rahsia apa agaknya yang terbongkar tu ya? sebenarnya dek kerana ketulusan hati sang suami yang membawa bekalan "Daging Kuda" yang aku masak tempoh hari untuk diberi kepada tokey kanten, akhirnya si tokey kanten tak tergamak nak menyimpan rahsia lagi, Sebenarnya tokey kanten tu cuma mempermainkan suami aku Daging Kuda tu adalah daging biasa sebenarnya cuma gred yang agak bagus. Berhari2 dia menyimpan rahsia akhirnya disebabkan dah tak tergamak terus bergurau melampau macam tu dia berterus terang pada suami aku. Ambik ko tipu lagi bab2 makanan ni tak baik tau, sendiri yang rasa bersalah. Dia berterus terang sebab tau yang aku tengah mengandung takut aku ni berharap sangat agaknya, takde maknanya aku belum la desperet sangat nak makan daging kuda kalau ikan baung tu tak pe la jugak.

Walau dah dipermainkan oleh si tokey kanten tu hubungan suami aku ngan orang2 kanten tu masih cam biasa takde pulak dia nak bermasam muka atau berperang. Katanya biasa la tu gurau2 manja hee.. lepas ni boleh makan free selalu kat kanten.

Resepi Daging Goreng Kunyit


Setengah kilo daging dibahagi dua bersihkan dan rebus bersama hirisan halia
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci hali
1 inci kunyit hidup
cili api ikut suka
sedikit serbuk kunyit kalau suka
garam

Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit
hiris nipis daging
cili api di hiris

tumis bahan yang ditumbuk sampai agak2 garing
masukkan hirisan daging dan masak sekejap
masukkan sedikit air rebusan daging
masukkan cili yang dihiris
kalau suka tambah serbuk kunyit
perasakan dengan garam dan perasa

Thursday 6 October 2011

Kek Batik

Assalamualaikum,

Semalam seharian aku tak bukak lappy sebab kepenatan gara2 disuruh berpuasa sebab nak minum air gula. Ingatkan pegi klinik semalam boleh terus minum sekali kena pulak menunggu sampai pukul 9 lebih gara2 drakula yang nak ambik darah datang lambat. Hampeh betul perut aku yang berbunyi2 ni nak naik pedih cam nak gastrik kena plak menunggu lebih pukul 11 baru boleh makan. Haru betul aku kena tahan lapar lebih 12 jam kalah puasa di bulan Ramadan. Disebabkan perut dah masuk angin aku pun naik angin sama, semua kerja aku malas nak buat nasib ar rumah sendiri kan kalau duk ngan mak mentua mati aku kena keji hee...



Bila angin dah ok baru aku buat kek batik sebab aku rasa teringin sangat nak makan kek batik. Punya la banyak aku bubuh coklat sampai aku pening coklat plak bila makan kek batik ni. Mujur la kek batik aku buat ni menjadi dulu buat tak boleh nak potong sebab terlebih lembik. Resepi kek batik main campak2 ikut suka nasib menjadi kalau tak campak2 dalam tong hee.. Suka makan manis2 masa mengandung ni mujur tak de kencing manis, moga anak dalam perut ni nanti manis je orangnya.

Tuesday 4 October 2011

Gulai Telur Itik Lagi

Assalamualaikum,

Ermm hari ni masak gulai telur itik lagi sebab telur itik yang masih ada lagi nanti simpan lama2 takut buruk plak. Telur itik tu dah buat kek butter tapi hasilnya tak memberangsangkan jadi tak dapat nak tayang. Kali ni buat gulai lemak cili api telur itik edisi bersih sebab segala cili, bawang dan kunyit aku tapis sebab takmo kuahnya nampak serabut cantik sikit kuahnya sebab takde hampas baru sedap mata memandang.



Gulai Lemak Cili Api Telur Itik



Ulam jantung pisang cicah sambal belacan, makan tak sedar sapa2 pun yang lalu kat sebelah.

Monday 3 October 2011

Concert Day & Graduation Ceremony Year 2011, Tadika Bijaya Wawasan

Assalamualaikum,

Selamat bertemu setelah dua hari sibuk dengan aktiviti majils pernikahan sepupu dan concert day untuk anak perempuan pada hari sabtu dan ahad sampai tak sempat nak menghapdet dan menjenguk blog kegemaran. Sempena concert day anak perempuan aku semalam sempat la aku ambik beberapa gambar yang menarik pada aku. Aktiveti bermula jam 9 pagi tapi pukul 8 dah terpacak kat Dewan Bukit Tinggi sebab anak2 tadika nak bersiap sedia macam artis nak make up2 bagai. Sila la layan gambar2 concert ni ya boleh jadi kenangan untuk anak2 aku bila besar nanti. Bila dorang besar nanti tengok balik gambar2 ni mesti tersenyum sendiri dengan kecomelan zaman riang kanak2 ribena.


 

Persembahan pertama selepas ucapan alu aluan dari pengerusi majlis dan Prinsipal adalah persembahan dari anak-anak 3 dan 4 tahun, nursery songs dan pom pom dance. Yang kelakarnya anak-anak 3 & 4 tahun ni boleh plak menyanyi sambil menangis, walau menangis persembahan tetap diteruskan.


Persembahan ribbon dance dari anak-anak 5 tahun, anak aku la tu.


Bolly Dance dari anak-anak 6 tahun, masa ni la budak kecik ni gagal menahan diri untuk naik ke pentas. Minat sangat ngan awek2 hindustan yang comel sampai nak joint sama atas pentas, anak sapa la ya hee..


Lagi persembahan dari anak-anak 6 tahun Malay Dance & Tamil Dance. Masa Tamil Dance penuh pentas kena kerumun sampai camera man tenggelam.


Upacara graduasi untuk anak-anak 6 tahun dan penyampaian hadiah untuk anak-anak 3, 4 dan 5 tahun.

Kemain seronok lagi budak ni di hari concertnya, maklum la dapai pakai baju cantik. Tahun depan boleh buat concert lagi.