Monday, 3 October 2011

Concert Day & Graduation Ceremony Year 2011, Tadika Bijaya Wawasan

Assalamualaikum,

Selamat bertemu setelah dua hari sibuk dengan aktiviti majils pernikahan sepupu dan concert day untuk anak perempuan pada hari sabtu dan ahad sampai tak sempat nak menghapdet dan menjenguk blog kegemaran. Sempena concert day anak perempuan aku semalam sempat la aku ambik beberapa gambar yang menarik pada aku. Aktiveti bermula jam 9 pagi tapi pukul 8 dah terpacak kat Dewan Bukit Tinggi sebab anak2 tadika nak bersiap sedia macam artis nak make up2 bagai. Sila la layan gambar2 concert ni ya boleh jadi kenangan untuk anak2 aku bila besar nanti. Bila dorang besar nanti tengok balik gambar2 ni mesti tersenyum sendiri dengan kecomelan zaman riang kanak2 ribena.


 

Persembahan pertama selepas ucapan alu aluan dari pengerusi majlis dan Prinsipal adalah persembahan dari anak-anak 3 dan 4 tahun, nursery songs dan pom pom dance. Yang kelakarnya anak-anak 3 & 4 tahun ni boleh plak menyanyi sambil menangis, walau menangis persembahan tetap diteruskan.


Persembahan ribbon dance dari anak-anak 5 tahun, anak aku la tu.


Bolly Dance dari anak-anak 6 tahun, masa ni la budak kecik ni gagal menahan diri untuk naik ke pentas. Minat sangat ngan awek2 hindustan yang comel sampai nak joint sama atas pentas, anak sapa la ya hee..


Lagi persembahan dari anak-anak 6 tahun Malay Dance & Tamil Dance. Masa Tamil Dance penuh pentas kena kerumun sampai camera man tenggelam.


Upacara graduasi untuk anak-anak 6 tahun dan penyampaian hadiah untuk anak-anak 3, 4 dan 5 tahun.

Kemain seronok lagi budak ni di hari concertnya, maklum la dapai pakai baju cantik. Tahun depan boleh buat concert lagi.





4 comments:

Ateh Nour said...

Sallam GL,

Seronok sangat tengok telatah bebudak tadika ni, kelakar. tapi mereka lebih berani dari sesetengah orang dewasa kan?

Cik Ina Do Do Cheng said...

paling seronok kalau tengok budak tadika buat persembahan . seronok sangat nengok keranah dorang. betul tu ada yang menangis, tapi selamba terus nyanyi, samalah cam tempat firdaus hari tu.

gerhana luka said...

betul la LL ngan Cik Ina anak2 tadika ni semua comel2 kan, yang penting berani buat persembahan kalau kita yg dewasa ni mesti malu2 dan takut punya kat atas pentas.

Rina Rahamat said...

sy pon suka tgk persembahan budak tadika..so comel tgk diaorang jejuget!