Friday, 30 September 2011

Buru Ayam Hutan, Dapat Telur Itik!

Assalamualaikum,

Dua hari lepas suami kesayangan aku tu sibuk duk lepak kat kebun lepas habis seterip hantaran. Dah tak de trip tak reti2 nak balik, nak tengok team paintball memburu ayam hutan kat kebun katanya. Aku sound U jgn ikut memburu sama plak I ni tengah mengandung hee... steatment jeles la tu. Aku ingat banyak sangat la ayam hutan yang budak2 team paintball tu dapat rupanya hampeh sekor pun tak mengena. Agaknya mana nak dapat, tembak ayam hutan ngan gun paintball mana nak kena ayam hutan tu gelak2 lagi ada la cer tembak ngan pump gun ke baru la kena.


Aku ni berangan la dapat makan ayam hutan, alih2 telur itik yang orang tu bawak balik. Boleh la dari takde apa2 telur itik pun jadi la, nak harap aku beli telur itik memang aku dah takmo beli sejak kejadian telur itik buruk dulu. Telur itik ni fresh dari kebun penternak itik berjaya, kongsi la ngan budak2 team paint ball tu, aku dapat la 15 biji ada kecik ngan telur kembar lagi.


Baru ar cun telur itik fresh ni


Hasilnya masak gulai lemak cili api telur itik

2 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

masak lomak buh pucuk ubi sedap ni.tak pun goreng cam tu. freshnya telur itik tu. ayam hutan masa cik ina keja estet banyaklah, time malam selalu dorang cari.masak kari sedap.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

ngidam ayam hutan eh?