Tuesday, 27 September 2011

Daging Kuda, Percaya Tak?

Assalamualaikum,

Percaya tak hari ni aku masak daging kuda pemberian tokey kanten tempat kerja suami aku? Aku macam percaya tak percaya je ya ke daging kuda ni. Suami aku yang bawak balik semalam katanya daging kuda, dia pun macam aku gak antara percaya ngan tidak je tapi dah orang bagi ambik jer la kan janji bukan daging b**i sudah.

Sebelum ni aku dah pernah makan daging rusa fresh hasil buruan dari hutan oleh teman bapa saudara suami dan aku rasa cam tak ada beza pun dengan daging lembu, entah la aku memang tak reti bab beza membeza ni. Sama gak dengan daging kambing aku rasa sama je rasanya hee.. tekak aku ni memang boleh masuk semuanya. Daging kuda ni pun aku rasa sama je sebab, orang yang memberinya pun dah siap potong dan cuci daging tu jadi aku tengok serupa je aku tinggal masak je. Masak yan paling senang untuk merasa daging ni ialah masak goreng kunyit itu yang orang tu kata so aku pun masak je la. Rasanya sedap la jugak macam daging yang biasa aku masak.



Ini la hasil masakan daging kuda yang aku masak goreng kunyit bubuh cili api banyak2 baru kaw rasa pedasnya. Kalau orang yang bagi daging kuda ni tipu suami aku maknanya aku pun sama tertipu la, aku minta maaf awal2 la ya tak baik buruk sangka plak apa yang orang dah bagi kan. Macam tak percaya je rasanya, bukan aku mengidam nak makan daging kuda tapi dah orang bagi ambik je la.

5 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

orang kata daging kuda elok boleh buat ubat. mesti sedap tu.keras tak daging tu. kecur air liur tengok daging goreng cam tu.cik ina arnab pun belum pernah makan, tapi cam tak nak makan.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

kuda??? aduhai sy mmg x reti makan daging yg pelik-pelik...sama cam cik ina..nk makan arnab mmg x sampai hati..

CT NoArIzAh ArIs said...

Lum pernah g mkn dgg kuda ni tapi klau di bagi nak gak rasa.

gerhana luka said...

cik ina daging kuda ni lembut sbb nampak macam uratnya halus je. Daging arnab pun saya tak pernah makan takde org nak bagi kalau saja nak beli idak le.

Anonymous said...

Kuda liat dan tidak berbau mcm lembu...sbb pernah rasa tu sy sbb sy tau.... http://staycash.com/?task=5606