Sunday, 25 September 2011

Rebung + Perut Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum,


Dah lama tak masak rebung jeruk ni sejak mabuk malas aku melanda. Hari ni tetiba je rasa nak makan rebung ngan perut kena la bangun pagi2 pegi pasar nak cari perut kat orang jual daging lembu. Perut ni dah siap proses senang la nak masak kalau perut yang tak proses tu tobat aku memang tak beli sebab aku tak reti nak buat camana. Rebung plak aku suka rebung jeruk sebatang sebatang dari rebung yang dah siap hiris tu sebab rasanya lagi sedap pada tekak aku. Ada orang kata rebung ni hancing tapi pada aku tak de plak hancing sebab aku mesti nak celur dulu rebung ni sebelum masak supaya hilang baunya. Masak lemak cili api rebung ni aku ratah je yang banyak dari makan ngan nasi. Anak2 aku ni pun aku ajar makan rebung, mula2 dorang tak nak bila aku kata sedap baru la dorang makan. Bertambah2 plak nasi dorang makan ngan sayur rebung ni soal pedas memang dorang dah terer makan.

3 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

dik belilah rebung yang fresh lepas tu hiris sendiri. perut fresh plak gonyoh ngan kapur sampai putih, lepas tu baru masak. cubalah perut yang fresh lagi sedap.peberet cik ina ni lagi pedas lagi sedap.

gerhana luka said...

thanks cik ina tips membersihkan perut fresh tu. rebung fresh jarang jumpa kat sini kalau ada mmg beli punya sedap masak lemak putih dan goreng cili api.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

perut a.k.a babat tu mmg sy suka..tp rebung mmg hancing..sy x suka..