Friday 23 September 2011

Sup Gear Box


Sup Gear Box ni jadi peberet aku sejak aku kenal sup gear box masa belajar kat kedah dulu. Sejak pertama kali menyedutnya terus jatuh hati sampai mak aku yang tak tau makan pun boleh jadi pandai makan sup gear box ni. Dulu mak aku komplen dia kata daging lembu hamis alih2 masa datang kat tempat aku belajar dulu aku paksa dia cuba rasa sup gear box, bila dah rasa mak aku kata sedap takde rasa hamis dan sejak tu mak aku dah pandai menghirup sup gear box.

Hari tu suami aku mengidam nak makan sup gear box mujur ada jual kat Rantau Panjang kalau tak sampai aku ke Kedah hee.. takde makna nya nak mencari sup gear box sampai ke Kedah nun. Apa yang best sangat dengan sup gear box ni adalah part menghirup dalam tulang guna straw fuhh.. layan habis. Sup gear box ni tak leh nak makan selalu kopak poket sebab kat sini mahal sangat harganya kalau nak dibandingkan denga harga sup gear box kat Kedah sana, tapi kalau setakat makan bedua laki bin memang tak terabis punya.

2 comments:

Rina Rahamat said...

mmg sedap..srot!srot!

Cik Ina Do Do Cheng said...

cik ina tak pernah makan lagi, kalau ada nak gak cuba. dalam tulang tu ada apa? kenapa dorang suka sedut tu. kat pantai remis tu ada jual sup gear box ni hari tu nak makan kat situ cam segan plak, lenkali nak beli bawak baliklah.