Monday, 26 September 2011

Semprit Kembang

Assalamualaikum,

Dah nak abis raya aku baru hegeh2 nak try terrer buat biskut raya tapi tak terer mana pun. Rasa malu sendiri ngan semprit yang tak menjadi, sepatutnya bunganya cantik la tapi boleh plak mengenbang jadi cam bunga matahari hee.. kelakar je aku tengok. Walau pun semprit mengembang tapi dia punya rasa sedap tu ada la jugak sampai tak cukup nak makan (tak cukup sebab buat sikit hee) tapi sempat la famili aku dari kampung datang merasa biskut yang aku buat sendiri ni. Kakak aku dengan selamba komen biskut ko ni walau kembang dan huduh tapi sedap gak kan. Aku pun dengan selamba kata ala sebab dah hujung2 raya ni serdak biskut pun sedap apa hee...



Udah la kembang plak tu terhangus pulak, jangan gelak kan... bukan salah resepi tapi salah tangan agaknya pukul butter ngan gula lama sangat. Soalannya ialah kenapa biskut jadi kembang ya sedangkan menggunakan resepi yang sama dengan yang orang lain buat tapi takde pun kembang dan menggunakan saiz acuan yang sama? penat aku memikirkannya nampak gayanya nak kena buat ujikaji lain ni.

2 comments:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

cuba lagi..misti jadik..


kalo sy buat misti lg teruk..tu yg sy malas buat kuih atau kek..sbb selain sedap rupa kueh kena cantik..masak lauk senang..janji sodap aje sudahhh

Cik Ina Do Do Cheng said...

pada cik ina yang penting sedap, kalau nak niaga tu lainlah. dolu-dolu pun akak pernah kena cam ni. cuba ingat balik ada tak tepung castard terlebih.