Tuesday 30 October 2012

Sambutan Hari Raya Korban + Akikah & Majlis Hari Lahir

Assalamualaikum,

Sempena sambutan hari raya korban minggu lepas dapat juga suami aku meyudahkan akikah untuk Dak Tecik, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kami sekeluarga berkongsi mendapatkan seekor lembu untuk melakukan ibadah korban dan juga akikah. Memang begitulah setiap tahun keluarga suami aku akan berkongsi untuk sama-sama berkorban. Bagi yang nak buat akikah tu masa ni la dapat tumpang sebahagian dua. Tahun ni sambutan hari raya korban kami tambah meriah sebab buat majlis akikah dan cukur jambul sekali harung. Kebetulan sepupu suami baru dapat anak sulung so majlis tu tambah-tambah la meriah. Disebabkan terlalu sibuk bergotong royong masak sampai gambar pun aku tak sempat nak ambik tunggu je la gambar dari kamera kakak ipar.


sempat juga buat sambutan hari lahir untuk along lepas habis majlis cukur jambul. kenyang makan kek hari tu apa taknya 3 biji kek sekaligus, satu kek pemberian jiran kakak ipar sempena hari raya, satu untuk besday along & sepupunya dan satu kek anniversary sepupu suami aku yang buat majlis cukur jambul.



mata besday girls dua-dua bersinar, dorang ni kalau ambik gambar kena flash je mesti mata jadi bersinar, sabau je...



yang kat sebelah tu pun mata bersinar jugak. anak-anak aku dan sepupu sepapatnya semua jenis alah pada flash, bila ambik gambar tak boleh pandang tepat ke kamera kalau tak mesti jadi makhluk asing heee...



Dak Tecik paling sensitif bila flash menyala je terus pejam mata, memang susah nak ambik gambar dia kalau ada flash.

Tuesday 23 October 2012

Cream Cheese Brownies Untuk Adik N Emak

Assalamualaikum,

Malam tadi aku menyempat buat cream cheese brownies untuk adik n emak yang datang. Sebelum datang adik aku pesan minta aku buatkan cream cheese brownies ni. Lama gak tak buat kek ni so lepas gian sikit hee...


sedap betul baunya tak menahan nak makan. besday along tu dia takmo kek yang aku buat dia nak kek beli, insyaAllah nanti raya haji kat terengganu buat majlis untuk along sekalikan dengan besday sepupu dia. sebenarnya gian nak buat rainbow kek ni ishhh...


Sunday 21 October 2012

Karipap Pusing Pengubat Kepala Yang Pusing

Assalamualaikum,

Selamat petang, meh minum petang sambil kunyah-kunyah karipap pusing inti sardin aku ni. Kat luar tu hujan manjang dari tengahari lagi. Dah penat layan kepala yang pusing tak dapat nak keluar rumah ni baik juga aku melayan karipap pusing, alangkah nikmatnya dunia... Alhamdulillah.


Hari ni ulang tahun kelahiran Along yang ke 6. Selamat Hari Lahir Along! semoga jadi seorang anak yang solehah ya. Makan karipap pusing dulu bila dah lapang nanti boleh buat kek besday pulak. Dari tengah malam tadi dah dok sedia permintaan hadiah ngan kek besday suh abah ngan mamanya ni belikan.

Saturday 20 October 2012

Info Mengenai Menopause



Assalamualaikum,

Hari ni aku nak kongsi sikit info tentang menopause untuk pengetahuan diri sendiri dan yang sudi baca. Sumber info kredit to mr.gugel
 
Apa itu menopause?
    * Bermaksud tiada lagi mengalami kedatangan haid
    * Anda tidak boleh lagi mendapat zuriat
    * Haid mungkin berhenti secara tiba-tiba, beransur ansur atau tidak tetap

Bila menopause berlaku?
Menopause berlaku dikalangan wanita yang berumur 45 hingga 55 tahun, purata pada umur 50 tahun.

Bolehkah menopause berlaku sebelum usia 40 tahun?

Ya, ia boleh berlaku sebelum berusia 40 tahun. Ia dikenali sebagai menopause awal, ini bermakna ovari tidak lagi berfungsi. Bilangannya sekitar satu peratus dari jumlah wanita menopause yang mungkin disebabkan oleh:
    * Pembedahan, contohnya mengeluarkan barah ovari
    * Penyakit penyakit darah (autoimune) contoh Systemic lupus Erythromatosus, rheumatoid arthritis, Hypothyroidism atau Crohn's disease
    * Penyakit keturunan contoh, Familial ovarian failure dan galactosaemia
    * Jangkitan viral
    * Kebanyakan sebab sebab masih belum diketahui.

Apakah tanda-tanda menopause?
Tanda tanda menopause terbahagi kepada:

   1. Gejala vasomotor
          * Panas dan kemerahan dimuka
          * Berpeluh
          * Denyutan jantung yang laju
          * Serangan kegugupan (panik)
          * Susah tidur
   
2. Gejala mental
          * Emosi yang berubah-ubah
          * Suasana perasaan yang berubah-ubah
          * Keletihan
          * Kurang daya ingatan
          * Mudah tersinggung
          * Kurang daya seks
   
3. Gejala saluran kencing/Urogenital
          * Kekeringan faraj
          * Kerap kencing
          * Kencing tidak terkawal
   
4. Penyakit tulang
          * Tulang menipis (osteoporosis)
          * Ketinggian badan mengurang
          * Kepatahan tulang
   
5. Lain-lain gejala
          * Kulit menipis ( atrophy )
          * Kehilangan anjalan kulit
          * Kulit kering
          * Rambut bertambah gugur
          * Mudah mendapat ruam

Apa itu keadaan panas dan kemerahan dimuka?

85% wanita yang menopause mengalami keadaan panas dan kemerahan dimuka:

    * Kebiasaannya kepanasan mula dirasai dari kepala dan muka kemudian menular keleher serta lain lain bahagian badan
    * Berakhir untuk tempoh 3 hingga 6 minit
    * Berserta dengan kelajuan denyutan jantung secara tiba-tiba, suhu kulit meningkat dan berpeluh-peluh
    * boleh berlaku sekali dalam sebulan, sekali dalam seminggu atau beberapa kali dalam setiap jam.

 
Adakah rawatan untuk tanda tanda menopause?
Tingkatkan gaya hidup sihat dapat mengurangkan dengan berkesan gejala-gejala menopause yang tidak disenangi. Ini termasuk:

    * Makanan berkhasiat
    * Elakan merokok
    * Selalu bersenam
    * Berfikir secara positif
    * Melakukan pemeriksaan Pap Smear
    * Melakukan pemeriksaan payu dara

Rawatan hormon gantian ( HRT ) ,boleh mengurangkan simptom menopause dengan berkesan terutama keadaan panas dan kemerahan dimuka ( hot flushes ),kekeringan faraj,masaalah kerap kencing,kencing tidak terkawal. Ini melibatkan pengambilan ubatan oestrogen sahaja atau oestrogen dan progestin.
Hormon hormon ini boleh didapati dalam bentuk:

    * Krim faraj
    * Menanam
    * Pil
    * Suntikan
    * Tampalan
    * Memasukan alat vaginal ring
 
Apakah yang perlu saya buat sebelum mengambil HRT?
Melakukan penilaian sebelum memulakan rawatan HRT, ini termasuk:

    * Pemeriksaan menyeluruh termasuk payu dara dan pemeriksaan pelvis
    * Papanicolaou smear
    * Mammogram
    * Fasting lipid profile
    * Fasting glucose level
    * Liver function test

Bolehkah HRT menyebabkan barah payu dara?
Risiko barah payu dara bertambah mengikut jangka masa pengambilan HRT

Apakah kesan sampingan HRT?
Kesan sampingannya termasuk:

    * Kesan sampingan ringan:
          o Payu dara sakit bila disentuh
          o Kekejangan
          o Membengkak
          o Murung
          o Loya dan muntah
          o Sakit kepala
          o Pendarahan dari faraj
    * Kesan sampingan berat:
          o Barah payu dara
          o Serangan sakit jantung
          o Angin akhmar (stroke)
          o Barah rahim bagi pengambilan ubatan ubatan oestrogen yang banyak

Oleh sebab itu pesakit yang mengambil rawatan HRT perlu dipantau rapi oleh kakitangan kesihatan yang profesional untuk membolehkan mereka mendapat faedah yang maksima.

Bilakah HRT tidak sesuai digunakan?
HRT tidak sesuai digunakan:

    * Mengandung
    * Penyakit hati yang aktif
    * Disyaki barah payu dara atau rahim
    * Thrombophlebitis (pembekuan pembuluh darah)

Dimana untuk mendapatkan bantuan?
Minta bantuan dari klinik kesihatan yang berdekatan.

Apakah kesan emosi wanita yang putus haid?

Hormon estrogen boleh dianggap sebagai bahan penyeri kepada paras wanita. Ia juga penting bagi menstabilkan jiwa dan emosi wanita. Ekoran dari ketandusan hormon estrogen berbagai masalah jiwa dan emosi seperti kesedihan tanpa sebab, ketakutan kerana memikirkan kemungkinan hilangnya ciri-ciri kewanitaan dan perasaan mudah marah timbul. Mereka menjadi sangat sensitif dan mudah merajuk. Selera mereka dan tidur mereka mudah terganggu. Mereka sering rasa resah dan gelisah. Serba-serbi yang mereka dibuat menjadi serba tidak kena. Mereka juga sering mengeluh dan menangis apabila bersendirian.

Orang yang mengalami monopouse akan mengalami perubahan


Imej dan Sikap
    * Bina sikap positif dalam kehidupan.
    * Terima perubahan yang berlaku dari segi peranan.
    * Kekalkan aktif secara fizikal dan mental.
    * Teruskan perjuangan hidup. Dapatkan bantuan jika perlu.

Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang mengalami monopouse?


Bagi mengatasi masalah jiwa dan emosi yang berkaitan dengan putus haid, sokongan dari orang yang rapat dengannya seperti suami, anak-anak, sadara-mara dan rakan adalah penting. Suami perlu memahami perubahan akibat putus haid dan memberi bantuan dengan nasihat dan kata-kata yang menaikkan semangat dan keyakinan diri wanita tersebut. Jika masalah yang dialami itu teruk, perlulah ia mendapat nasihat daripada kaunselor atau doktor. Kebanyakan daripada masalah-masalah tersebut hanyalah sementara dan akan lenyap dengan sendirinya.
sekian terima kasih
 
*Tetiba otakku ligat berimajinasi
bila aku dah menopause maka suami aku pun mula nak bukak cawangan lain, masa tu aku dah tua kesian aku kesorangan... ciss setan betul syaitan yang menghasut otak aku ni. sedih kan kalau jadi macam yang diimajinasikan tu. Ya Allah jauhkan lah perkara seperti itu dari hidupku, Ameen!

Rasa Nak Lepas Geram Jer...

Assalamualaikum,

Dua tiga hari ni jiwa aku kacau, berserabut dan aku rasa macam nak memaki je tapi aku tak sampai hati nak buat cenggitu bila memikirkan kalau aku ambil tindakan tu aku pun akan jadi macam orang tu juga. Kenapa ada orang yang sanggup mengganggu ketenangan hidup aku sedangkan aku takde pun mengganggu hidup dia.

Aku paling benci orang menipu, bila aku dah tanya baik-baik kenapa mesti nak tipu. Kalau ya pun nak lindungi diri sendiri kenapa mesti menipu kan ke berterus terang tu lebih baik. Dalam keadaan tu pun aku dah kata yang aku bukan nak marah-marah aku cuma nak kepastian lagipun bukan aku boleh buat apa-apa. Tapi tu la yang paling aku marah bila kebenaran akhirnya terbukti yang dia dah pun menipu. Kalau ada depan mata nak je aku tenyeh-tenyeh konon budak-budak lagi tapi tu la budak-budak pun dah pandai nak mengencing.

Selama 33 tahun aku hidup ni tak pernah lagi aku nak menganggu hidup orang, ini dah terang-terang masih lagi nak terus menganggu. Nanti la kau kita jumpa di padang mahsyar kalau kita tak boleh jumpa di alam maya ni. Satu janji aku kalau kau betul-betul nak terus mengganggu hidup aku, aku akan pastikan yang aku akan ganggu hidup kau balik walau dengan apa cara sekalipun biar kau rasa apa yang aku rasa. Baik kau hentikan gangguan kau tu sebelum tahap kesabaran aku hilang.

*lega sikit dapat luah perasaan... I need to talk to somebody pleaseee

Saturday 13 October 2012

Kenapa Aku Menjadi Surirumah Sepenuh Masa?

Assalamualaikum,

Kenapa aku hanya jadi surirumah sepenuh masa?

soalan macam ni aku dah teramat lali mendengarnya. lagi-lagi bila ada orang-orang yang tertentu yang mempersoalkan kenapa aku jadi surirumah sahaja sedangkan aku dah bersusah-payah belajar sampai universiti. ada tu tanya aku tak rasa rugi ke tak kerja dan tak kurang juga yang tanya tak bosan ke duduk rumah aje. untuk semua soalan tu kengkadang jawapan aku mudah aje hina sangat ke kalau jadi surirumah? ko tak tau berapa ramai surirumah yang dah menghasilkan beribu-ribu doktor dalam dunia ni dan tak kurang juga sampai melahirkkan perdana menteri. tak ke besar jasa seorang surirumah namanya tu.

kalau orang kata tak rugi ke tak kerja sedangkan ada kelulusan? nak rugi apanya seronok lagi ada la dapat aku bersenang lenang kat rumah tak payah nak pikir-pikir pasal stress dengan bos, sebab kat rumah aku kan bos. yang paling penting tiap-tiap bulan aku dapat gak duit macam orang yang bekerja cuma aku kena pandai-pandai la berjimat. kelulusan yang aku ada aku guna la untuk mengurus rumahtangga, mengurus suami dan anak-anak dah namanya dulu kan belajar untuk jadi pengurus so tak la rugi aku belajar dulu-dulu tu. suara-suara yang mempertikaikan aku tu tolong diam ya buat je la kerja korang baik-baik jangan dengki kat aku ya.

kalau soalan tak bosan ke duduk rumah je tak kerja jawab aku senang aje, rumah aku ibarat syurga bagiku so takde la bosan. udah namanya syurga mana ada bosan kalau rumah macam neraka aku pun tanak duduk kat rumah ya dak. mana ada bosan duduk kat rumah sebenarnya yang jadi bosan tu bila kita tak tau nak buat apa dan hati kita sentiasa je memikirkan bosan maka jadi la bosan. bila aku rasa-rasa bosan kat rumah aku keluar la ambik-ambik angin kat luar, main ngan anak-anak, main masak-masak ngan anak-anak kan ke bahagia rasanya bila dikelilingi anak-anak depan mata.

ada sorang sedara aku tu tiap kali jumpa aku mesti soalan yang sama akan keluar dari mulut dia, awak tak dapat kerja lagi ke katanya. dalam hati aku bila masa pulak aku ada minta kerja. kalau baru-baru dulu aku jawab la tak dapat, tapi sekarang ni aku dah pandai menjawab sikit aku jawab je saya takmo kerja nak jaga laki ngan anak kat rumah je. kalau ikut hati nak je aku jawab panjang lebar tapi memandangkan dia tu lebih tua dari aku malas aku nak menjawab banyak-banyak kang dikatakan aku kurang ajar plak. makcik tu sebenarnya nak membangga dengan anak-anaknya yang semuanya bekerja pastu mula la dia bercerita anaknya cikgu itu menantunya cikgu ini. dan yang tak menahan tu boleh pulak merungut kena jaga cucu, abis dah ko bangga sangat anak-anak ko bekerja buat apa nak merungut kena bela cucu. tengok macam aku takde la aku menyusahkan mak dan mak mentua aku nak membela cucu.

ramai kawan-kawan aku yang sama-sama belajar dulu yang turut serta dengan aku menjadi surirumah sepenuh masa walaupun berkelulusan tinggi so takde la aku rasa cuma aku je yang memilih jalan hidup camni. banyak kelebihan bila memilih untuk jadi surirumah sepenuh masa ni sebenarnya cuma nak dengan tak nak je dan yang penting sekali kena la mampu dan redha. kalau suami gaji sikit tu baik la tolong suami, kerja je la ya. orang pompuan ni seleranya tinggi nak itu nak ini  kalau gaji suami sikit mana nak beli belanja dapur lagi nak bayar segala abok peredok lagi so isteri kerja la ya dapat gaji boleh beli handbag ngan makeup bagai. jangan ikut aku, aku tak minat sangat ngan benda-benda gitu tapi kalau suami nak bagi aku, aku ambik je yang penting cukup makan minum sudah baju pun tak abis pakai.

*bersyukur kerana menjadi surirumah daripada tidak menjadi apa-apa. lebih bersyukur kalau dapat bekerja dari rumah dengan menyaksikan anak-anak membesar sepenuhnya depan mata.

Tuesday 9 October 2012

Tak Keruan

Assalamualaikum,

Kalau la boleh nak jer aku malukan orang tu biar satu dunia tau
Tapi mujur la aku masih cukup waras untuk melakukan itu

Tidak ke dia tau yang perbuatan dia tu mengakibatkan ada hati yang terluka, ada jiwa yang terasa?
Mungkin dia masih tidak menyedarinya, tunggu la satu hari nanti pasti dia juga akan terluka oleh perbuatan orang lain

Mungkin ini hari kau gembira, esok mungkin kau akan menangis pula
Hari ini aku menangis, mungkin esok aku akan ketawa sepuasnya

Monday 8 October 2012

Cheese Kek Bertabur

Assalamualaikum,


Cheese kek ni dah lama buat sebenarnya, tapi hari ni baru berkesempatan nak tunjuk-tunjuk. Cheese kek bertabur ni hasil usaha aku meniru resepi orang jauh di Brunei sapa lagi Kak Noor la. Dah dua kali buat kek ni sebenarnya dan yang pertama kali dulu aku lapiskan dengan jem strawberry sebab along beria-ia nak aku buh jem strawberry. Yang Tak syoknya aku punya cheese tu saiz gedabak parutannya maklumla takde pemarut yang sesuai hentam aje la janji ada cheese nak ditabur.


masa bakar kek ni je aku dah rasa tak sabar nak makan maklumla baunya sedap bebeno kik.kik.kik
Time mengacau topingnya lagi la aku suka, abang pulak mula la sibuk nak rasa. bila siap je masing-masing siap sedia nak makan tak dan masuk esbox dah tinggal separuh kena ngap.



untuk yang nak cuba kek ni boleh la ambik resepi Kak Noor ni yang aku copy semula. Terima kasih ya Kak Noor.

Kek Cheese Bertabur

 Sumber : Bicara Kak Noor

Bahan2nya untuk Kek Span
12 oz  or 325 gm tepung optima (aku guna tepung naik sendiri)
6 oz  or 175 gm mentega
5 biji telur gred A
2 oz or 50 gm air sejuk dari petiais
sedikit esen vanilla

Semua bahan2 diatas dimasukkan dalam mixer dan dipukul sehingga gebu dan putih 
Masukan dalam loyang 10" x 10" nak bakar lah didalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 220'C  selama 30 minit  dah masak di potong 2
Boleh jugak menggunakan loyang 8" x 8" tapi mesti 2 loyang lah untuk buat dua lapisan.
Dah masak sejukan sekejap

Bahan untuk cream cheese
125 gm cream cheese Philadilphia
375 gm susu segar atau susu cair
35 gm gula 
40 gm tepung jagung
1/2 buku cheese cheddar diparut boleh jugak dikurangkan

Campurkan sedikit air kedalam tepung jagung dan gaul sehingga sebati,masukan susu dan gula dan kacau sehingga sebati masak di atas api dengan api yang perlahan sehingga pekat
Angkat dan tutup api masukan cream cheese dan gaul  sehingga rata..
Lapislah kek span tu dengan cream cheese,letakkan kek span lagi sekali dan cream cheese dan akhirnya taburkan cheese cheddar yang telah di parut
Masukkan dalam petiais supaya mudah untuk memotong dan lebih sedap dimakan sejuk

macam biasa la Dak Tecik aku tu cukup suka makan cheese kek, pantang je dia nampak orang makan terus  datang dekat mintak disuap.