Assalamualaikum,
Tak sangka sedap jugak nasi jagung ni rupanya, selalunya aku buat nasi tomato je layan ngan ayam masak merah. Kali ni saja buat nasi jagung layan ngan sambal udang, ermm... memang layan.. anak aku dua kali makan. Anak aku memang suka makan nasi yang berperisa ni tambah-tambah lagi bila ada lauk udang atau ayam. Kebetulan ada jagung pemberian adik aku maka dengan rajinnya aku memasak nasi jagung ni selain dari buat cucur jagung.
resepi nasi jagung ni aku ambik dari blog zila yang manis , thanks Zila kerana berkongsi resepi. meh aku kongsi lagi resepinya. minta halal ya Zila copy resepi.
Nasi Jagung
Bahan A:
2 cawan beras basmathi
2 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung biji
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning
Bahan Menumis:
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak jagung
2 cawan beras basmathi
2 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung biji
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning
Bahan Menumis:
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak jagung
1 paket penumis
1/2 labu gawang besar dimayang bulat
2 batang serai-diketuk
Bahan B (dikisar)
1/2 inci halia
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai-diketuk
Bahan B (dikisar)
1/2 inci halia
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Cara membuat:
- Beras dicuci kemudian ditoskan.
- Panaskan minyak jagung beserta marjerin di dalam periuk.
- Masukkan rempah tumis dan tumis sebentar.
- Masukkan serai, bawang yang dimayang dan tumis sehingga agak garing sebelum masukkan bahan yang dikisar.
- Goreng hingga naik bau.Masukkan air, susu cair dan garam. Setelah mendidih, masukkan beras, jagung dan sedikit pewarna kuning.
- Tanak hingga masak.
satu tepukan untuk nasi jagung yang sedap ni dari Dak Tecik yang comei hee...hee...
6 comments:
Akakaka. . Cik gerhana luka dah update. ;D
Aku asyik mkn nasi ja weh. . Huhuhuu
salam kenal,
BW, join sini. Sedap nampak nasi tu..
www.my-mintroom.blogspot.com
salam kenal,
BW, join sini. Sedap nampak nasi tu..
www.my-mintroom.blogspot.com
Salam perkenalan... pertama kali singgah ni.. singgah kat blog GD juga yer..
http://www.monasrie.blogspot.com/
Wahh sedapnyaa GL.. Hias pun dah cam masterchef laa plak..
terus lapo perut bila tengok gamba nasi tengahari ni..mesti sedapkan GL
Post a Comment