Thursday, 4 October 2012

Istilah Berkawan

Assalamualaikum,

Kawan ada macam-macam jenis ada kawan sekerja, kawan serumah, kawan sekolah... terpulang la kawan makan kawan pun dikira kawan jugak kan, termasukla kawan muka buku dan kawan blogger. Kawan yang paling orang takut-takut nak mengaku pun ada iaitu kawan tapi mesra. Takut nak mengaku bukan sebab apa nanti orang kata nak kawin lagi-lagi yang berkawan dengan isteri atau suami orang, nak mampus keh.keh.keh. Ada tak orang yang saja-saja nak berkawan dengan isteri atau suami orang mahupun tunangan orang? memang berani la kan kalau ada... tapi kalau kawan-kawan memang tak heran la sebab dah sama tempat kerja. Istilah berkawan dengan isteri atau suami orang ni sebenarnya memang menakutkan, ialah mula-mula berkawan lepas tu bila dah terperangkap lain pulak jadinya.

Kalau berkawan dengan isteri orang memang nampak sangat tak eloknya maklumla isteri orang kan terikat dengan suaminya. Isteri kan hak suami dia tak boleh sewenang-wenangnya nak berkawan dengan orang lain nanti menjatuhkan maruah suami. Kalau berkawan dengan suami orang tak apa sebab suami ada hak untuk berkawan (nak mampus jugak ni keh.keh.keh). Berkawan dengan tunangan orang pun tak elok jugak bukan apa silap-silap boleh jadi putus tunang bila ada salah paham dah tak jadi kawin pulak. Tapi bagus jugak kalau masih bertunang pastu putus kalau dah kawin kang bercerai susah sikit la jalannya... sapa nak jawab. 

Bab-bab berkawan dengan pasangan orang ni memang menakutkan dan menyakitkan. Apa yang menakutkan tu la yang orang suka nak buat kengkononnya mencabar la padahal banyak lagi benda lain yang mencabar yang boleh dibuat. Kalau nak benda yang mencabar pegi la terjun bunji ke daki gunung ke atau paling-paling masuk la MasterChef kan mencabar tu glamer pun dapat. Kalau berkawan ngan pasangan orang bukan mencabar sangat tapi sakit je yang dapat ya la kalau dah kantoi silap-silap kena pelangkong ha.ha.ha. baru la betul mencabar... mencabar kemarahan orang.

*tetiba aku rasa macam nak pelangkong kepala orang, sorang yang berkawan dengan tunang orang sampai putus tunang, dua orang yang berkawan dengan suami orang sampai berkawin dengan suami orang dan yang terakhir yang baru belajar nak berkawan dengan suami orang... agak-agak boleh ke ya.

2 comments:

Acik Erna said...

assaalm GL..senyum sorang acik baca ni..kuat ye nak pelangkung kepala orang..4 orang tu he he

Rina Rahamat said...

takde penyakit cari penyakit tu namanya..dh elok ada laki kawan jela dgn laki sendiri kan..lg best boleh berkawan atas tilam x haram malah dpt pahala lg hehehe..eihh betul apa..