Saturday, 13 October 2012

Kenapa Aku Menjadi Surirumah Sepenuh Masa?

Assalamualaikum,

Kenapa aku hanya jadi surirumah sepenuh masa?

soalan macam ni aku dah teramat lali mendengarnya. lagi-lagi bila ada orang-orang yang tertentu yang mempersoalkan kenapa aku jadi surirumah sahaja sedangkan aku dah bersusah-payah belajar sampai universiti. ada tu tanya aku tak rasa rugi ke tak kerja dan tak kurang juga yang tanya tak bosan ke duduk rumah aje. untuk semua soalan tu kengkadang jawapan aku mudah aje hina sangat ke kalau jadi surirumah? ko tak tau berapa ramai surirumah yang dah menghasilkan beribu-ribu doktor dalam dunia ni dan tak kurang juga sampai melahirkkan perdana menteri. tak ke besar jasa seorang surirumah namanya tu.

kalau orang kata tak rugi ke tak kerja sedangkan ada kelulusan? nak rugi apanya seronok lagi ada la dapat aku bersenang lenang kat rumah tak payah nak pikir-pikir pasal stress dengan bos, sebab kat rumah aku kan bos. yang paling penting tiap-tiap bulan aku dapat gak duit macam orang yang bekerja cuma aku kena pandai-pandai la berjimat. kelulusan yang aku ada aku guna la untuk mengurus rumahtangga, mengurus suami dan anak-anak dah namanya dulu kan belajar untuk jadi pengurus so tak la rugi aku belajar dulu-dulu tu. suara-suara yang mempertikaikan aku tu tolong diam ya buat je la kerja korang baik-baik jangan dengki kat aku ya.

kalau soalan tak bosan ke duduk rumah je tak kerja jawab aku senang aje, rumah aku ibarat syurga bagiku so takde la bosan. udah namanya syurga mana ada bosan kalau rumah macam neraka aku pun tanak duduk kat rumah ya dak. mana ada bosan duduk kat rumah sebenarnya yang jadi bosan tu bila kita tak tau nak buat apa dan hati kita sentiasa je memikirkan bosan maka jadi la bosan. bila aku rasa-rasa bosan kat rumah aku keluar la ambik-ambik angin kat luar, main ngan anak-anak, main masak-masak ngan anak-anak kan ke bahagia rasanya bila dikelilingi anak-anak depan mata.

ada sorang sedara aku tu tiap kali jumpa aku mesti soalan yang sama akan keluar dari mulut dia, awak tak dapat kerja lagi ke katanya. dalam hati aku bila masa pulak aku ada minta kerja. kalau baru-baru dulu aku jawab la tak dapat, tapi sekarang ni aku dah pandai menjawab sikit aku jawab je saya takmo kerja nak jaga laki ngan anak kat rumah je. kalau ikut hati nak je aku jawab panjang lebar tapi memandangkan dia tu lebih tua dari aku malas aku nak menjawab banyak-banyak kang dikatakan aku kurang ajar plak. makcik tu sebenarnya nak membangga dengan anak-anaknya yang semuanya bekerja pastu mula la dia bercerita anaknya cikgu itu menantunya cikgu ini. dan yang tak menahan tu boleh pulak merungut kena jaga cucu, abis dah ko bangga sangat anak-anak ko bekerja buat apa nak merungut kena bela cucu. tengok macam aku takde la aku menyusahkan mak dan mak mentua aku nak membela cucu.

ramai kawan-kawan aku yang sama-sama belajar dulu yang turut serta dengan aku menjadi surirumah sepenuh masa walaupun berkelulusan tinggi so takde la aku rasa cuma aku je yang memilih jalan hidup camni. banyak kelebihan bila memilih untuk jadi surirumah sepenuh masa ni sebenarnya cuma nak dengan tak nak je dan yang penting sekali kena la mampu dan redha. kalau suami gaji sikit tu baik la tolong suami, kerja je la ya. orang pompuan ni seleranya tinggi nak itu nak ini  kalau gaji suami sikit mana nak beli belanja dapur lagi nak bayar segala abok peredok lagi so isteri kerja la ya dapat gaji boleh beli handbag ngan makeup bagai. jangan ikut aku, aku tak minat sangat ngan benda-benda gitu tapi kalau suami nak bagi aku, aku ambik je yang penting cukup makan minum sudah baju pun tak abis pakai.

*bersyukur kerana menjadi surirumah daripada tidak menjadi apa-apa. lebih bersyukur kalau dapat bekerja dari rumah dengan menyaksikan anak-anak membesar sepenuhnya depan mata.

25 comments:

ibh_sue said...

Setuju tu. Aku pun klu ada ank kompem nak ddk rmh juga.
Manusia ni biasa la, mn pnh puas tgk hidup org. Semua nak dipertikaikan. Ko jg tepi kain sendiri dah la kan, x pyh nak sibuk2 jgkan tepi kain org. Pesanan penaja tuk ko. . Buat tak tau ja la dgn org2 tu semua. Anggap mcm angin lalu ja, yg kdg2 ada bau2 kentut gitu. . Kikikikiiiii

Ujie said...

Saya pun surirumah berijazah. Mmg ramai yg bising kat saya..tmbhn lg masih blm ada anak. Tapi mmg suami tak izinkn & saya pun takde masalah stay kat rmh. Bosan tu sesekali je ada. Kesimpulannya..saya happy dgn hidup yg ada ni.

Bg saya, terpulanglah tiap org nk pilih jln hidup camne. sume ada sebab tersendiri.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

awak kita satu geng hehe..pttnya kan ms dia bising penat jaga cucu tu kan awak bg dia sedasss..ckp lembut tp berbisa biar dia bertobat x nk perli golongan surirumah mcm kita nih..terbakor betul dgn manusia pesen mcm gini..jeles letteww kita hidup bahagia

Afasz said...

best la dpt jd surirumah. sy pn rasa nk jd surirumah. :D

Cik Ina Do Do Cheng said...

beruntung jadi surirumah.cik ina pun dah bowing keja, fed up pening kepala hotak.setiap kali nak pegi keja mesti tension. orang keliling ni memang suka sibuk macamlah minta duit kat dia : (

aiin baharom said...

salam......same lah kita.....tapi saya baru 1 tahun setengah jadi suri rumah.....tapi kadang bosan jugak....tapi apekan daye hubby x kasi keje.....so.....redha lah kan....tapi syok ape he3

Anonymous said...

i like jd suri rumah..klu ada org mengata..aku jawab"laki ko x mampu tanggung ko...nasib ko lah...laki aku mampu..ko dengki ke..."wakaka

Anonymous said...

Saya pun ada terfikir nak berhenti kerja...umur dah 39thn..anak 10thn,8thn & 3 thn...nak besarkan anak2 depan mata..tapi cabaran besar duk kat kl ni.....

izan said...

saya pun tengah plan nk benti pas bsalin anak no 3.sian kat dorg la..subuh2 dh g keje.mlm br smpai umah.pagi anta anak tdo lg.blek keje mlm kejap je main ngan anak, pastu dah nak tdo.kdg x smpt nk bmesra ngan dorg trus bawa ank tdo.

izan said...

saya pun tengah plan nk benti pas bsalin anak no 3.sian kat dorg la..subuh2 dh g keje.mlm br smpai umah.pagi anta anak tdo lg.blek keje mlm kejap je main ngan anak, pastu dah nak tdo.kdg x smpt nk bmesra ngan dorg trus bawa ank tdo.

Sherryza said...

samalah kita... mula2 mmg bosan gak nak menjawab pertanyaan2 org ni.... tp yg penting husband & anak2 happy......

Sherryza said...

samalah kita... mula2 mmg bosan gak nak menjawab pertanyaan2 org ni.... tp yg penting husband & anak2 happy......

Anonymous said...

Good answer..I like!

Anonymous said...

Well actually i sgtla frust become a housewife. I left my exec job after delived the third one. Bila dh dok rumah mmg best boleh jaga ank sendiri tp sbb tk boleh shopping dgn kencang tu yg buat i tersgt frust. Bila tgk muka my kids lg kesian tk boleh bawak diaorg jln2 every week. Dh 2 bln i cari kerja tp payahnya nk dpt..jgn kata nk dpt,nk panggil interview pun tak.mmg i tersgt frust n feel so down :(

aziahkhair said...

alhadulilah,seronok membaca isihati surirumah2 yg reda dan ikhlas..sebagai surirumah yg berijazah jg,hati saya merasa lapang dan bersemangat semula apabila kdg2 ada masanya rasa bosan bila dirumah dan membandingkan diri ngan orang yg bekerja.

lina said...

jangan rasa malu jd sr tp kene bangga. kt kuar sn ramai wanita nk jd SR tp tak dpt. Tinggal di rumah adalah fitrah wanita yg masih murni jiwanya. Yg taknak dok rumah tu adalah "something wrong"

ryna~lurve~nov said...

salam akak, saya seddang mengumpul responden suri rumah berijazah, kalau akak berminat boleh respon saya di yana_22virgirl@yahoo.com.my segala kerjasama dr pihak akak saya dahulukan dgn ucapan terima kaseh... :)

Anonymous said...

same goes to me..now sedang belajar untuk +ve.ada hikmah disebalik setiap yang tertulis untuk kita

Anonymous said...

tumpang iklan ya...
mana satu pilihan anda??
pilihan A-topup rmxx tiap bulan dpt :
1. call
2. sms
3. internet...

pilihan B-topup rmxx tiap bulan dapat:
1. call
2. sms
3. internet
4. topup rm30 dpt extra rm10, topup rm50 dpt extra rm20
5. dpt cash back 3%
6. dpt mata ganjaran terkumpul (tiada expiry date)utk tebus tiket airasia, hp,
tablet, jam, tiket wayang dll
7. dpt 30% diskaun tune hotel
8. dpt perlindungan insuran kemalangan 100k percuma
9. kawan join kita dpt bonus $$$..
10. kawan topup kita dpt $$$..
11. insentif pakej UMRAH dan percutian
12. cabutan bertuah..mingguan, bulanan dan tahunan..

mana satu pilihan anda???
ingin penerangan lanjut...whatsup/telegram 0198577684

Anonymous said...

Saya teringin nk jd surirumah

Norjulaida Abdul Wahab said...

Teringin sangat nak jadi suri rumah, tp mengenangkan hidup kat bandar mencabar ni kene pikir berkali2.. selalu sgt cuti kerja sbb anak, bos pon dah bising.. kerja bertambah tp dah bertahun kerja xde kenaikan..barang mangkin naik..seronok tgk org jadi suri rumah, belum rezeki kita lg..

Norjulaida Abdul Wahab said...

Teringin sangat nak jadi suri rumah, tp mengenangkan hidup kat bandar mencabar ni kene pikir berkali2.. selalu sgt cuti kerja sbb anak, bos pon dah bising.. kerja bertambah tp dah bertahun kerja xde kenaikan..barang mangkin naik..seronok tgk org jadi suri rumah, belum rezeki kita lg..

Salyana Salleh said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Dlm islam, tempat terbaik seorang istri adalah tnggal d rumahnya..mendidik ank dan menunggu suami pulang dr kerja...
Syurga buat wanita yg mengasoh sdri anknya....ini jaminan nabi saw kpd wanita muslimah yg taat

Anonymous said...

Ramai wanita yg berhenti kerja, akhirnya mrk dapati rezeki suami mrk semakin murah...allah yg mmberi rezki...bila seorang istri tu tnggal d rumah, dia sbnrnya telah taat pd allah dan rasul. Maka allah akn murahkan rezkinya. Allah xkn mempersiakan hambanya yg taat. Wahai wanita ketahuilah dlm surah al ahzab ayat 33, allah perintahkn istri nabi tinggal d rumah. Ulamak mentafsirkan ayat ini d tujukan jg buat wanita muslimah