Monday 19 December 2011

Sekejap Ada, Sekejap Hilang : Oreo Muffin & Butter Cheese Cake!

Assalamualaikum,

Sepanjang minggu lepas memang aku la orang yang paling bz kat dalam dunia ni kot kalah perdana menteri. Bukan bz apa pun cuma rumah aku ni dipenuhi dengan kanak2 rebina yang kehilangan pengasuh. Sebenarnya kakak ipar aku dah berjaya memecat pembantu rumahnya yang gatal nak kawin, dan dengan murah hatinya kakak ipar aku terus hantar pembantunya tu balik negara asalnya. Lapang sikit negara ni bila dah kurang sorang warga asing, bukan apa dah keja nak tak nak je yang banyaknya dok bergayut kat telefon baik hantar balik lagi bagus.

Sementara waktu ni MIL aku la yang terpaksa menjaga budak2 ni, bila dah bosan duduk kat rumah sana tu MIL aku berhijrah plak kat rumah aku bersama2 cucu2nya. Apa lagi suka la anak2 aku ni bila dah berkawan dengan sepupu2nya , memang riuh rendah rumah aku dari celik mata sampai ke malam. Yang tak kering tangannya aku bila memasak sekejap je licin, maklum la budak2 bila dah banyak bermain cepat lapar hidang apa je habis.

Apa yang tak bestnya ialah aku tak dapat pun nak menjengah blog, nak tekan onn lappy pun tak sempat. Mujur semalam kakak ipar aku ambil anak2nya dapat la aku ngan MIL berehat puas2 sadmpai hari ni. Opps panjang plak mukadimah aku ya heee... sebenarnya nak update oreo muffin ngan butter cheese cake yang aku buat minggu lepas tapi tak sempat nak tayang sebab bz.



oreo muffin resepi dari blog dapur tanpa sempadan sapa lagi mat gebu la



memang best oreo muffin ni, gebu dan manisnya pun sedang2 aje. kesian kan tak dapat nak ambik gambar cuma gambar ni je yang sempat di snap yang lain dah masuk mulut buaya heee... budak2 ni mintak buat lagi tapi tak sempat nak buat sebab bila nampak je oreo dorang dah ngap dulu mana nak jadi muffinnya. Lain kali kena senyap2 je kalau nak buat dan yang penting oreonya kena sembunyikan dulu heee...



butter cheese cake ni plak ambik resepi kat blog cik ina do do cheng.


sedap butter cheese cake ni tau, aku buat dua loyang satu loyang tak bercorak dan satu yang bercorak geli geli ni hee.. yang tak bercorak tu keluar oven je terus kena serbu sampai licin. seronok gak bila ramai budak2 ni sebab dorang suka makan tu yang bersemangat nak membaking tu.

Banyak lagi senarai kek dan muffin yang aku nak try buat sementara ramai budak2 kat rumah ni, lagi pun ada yang rajin nak tolong makan tu yang seronok tu.

Friday 9 December 2011

Layan Winter Sonata

Assalamualaikum,





Aku rasa mesti ramai yang sukacerita ni sebab ada feeling2 yang menyuntuh hati sampai ada yang menangis sama atau tak kurang yang sampai berangan terbang ke korea dek kerana pemandangan musim saljinya yang paling indah. Sekarang kalau tak dapat tengok salji kat korea nak tengok salji kat Malaysia pun ada, paling dekat ada kat ICT Shah Alam kik.kik.kik... tiruan punya.

Aku dah lama tengok winter sonata ni masa pertama kali muncul kat TV tapi masa tu versi alih bahasa punya bukan versi bahasa korea. Masa tu masih belum jadi mak budak lagi memang giler la ngan heronya yang hensem tu. Kelakar plak suami aku ni baru je kenal ngan winter sonata ni, tiap2 malam sekarang ni dok melayan winter sonata sampai aku nak tengok TV tak boleh la pulak. Penat la aku nak menunggu abis 20 VCD tu.

Thursday 8 December 2011

Donut Segera

Assalamualaikum,

Orang lain makan donut masa minum petang aku plak makan donut waktu malam. Bukan apa lepas makan malam rasa lapar lagi mujur gak ada donut dalam peti ais boleh gak di goreng. Donut ni kira yang frozen la tapi bukan beli tau ni pemberian kakak ipar tu pun MIL dia yang tolong buatkan, aku plak memang dah lama tak menguli donut ni lenguh tangan (malas sebenarnya hee...). Dah dua malam berturut2 aku dan anak2 mengadap donut ni sedap plak sebab gebu je lagi2 bila salut ngan gula anak2 aku macam semut plak hee...



Sedar tak sedar 6 ketul donut masuk perut aku, apa la kuat makan betul hee.. donut dalam peti ais dah abis esok nak makan apa plak ermmm.

Wednesday 7 December 2011

Antara Asam Rebus Dan Sambal Telur

Assalamualaikum,

Rutin harian aku sebagai seorang surirumah ialah memasak nak tak nak kena gak memasak untuk anak2 dan suami. Suami aku ni bab makan memang senang, tak yah pening2 kepala pikir nak masak apa kalau dapat makan lauk sambal pun jadi. Anak2 aku pulak kalau dapat makan ikan goreng ngan sayur bayam makan memang bertambah-tambah, senang kerja aku.

Bila dah selalu sangat makan sambal2 ni kengkadang aku plak yang naik jemu walau dorang tak jemu2. Aku masak plak lauk asam rebus tau apa suami aku kata? dia kata dari U masak kuah cam ni baik U masak sambal telur lagi sedap! heran aku tak sakit ke perut dia asyik nak makan lauk sambal je. Anak aku pun dah jadi cam abah dorang, bila aku masak sibuk kata mama nak makan telur pedas! sabo je aku.


 

Asam rebus ikan tongkol ni aku sorang je yang makan, anak2 cuma hirup kuah je, agak2 menagis tak ikan tu bila orang tak nak makan dia.


Sambal telur puyuh ni laju je dorang makan

Apa yang membuatkan aku rasa beruntung bila suami ngan anak2 tak cerewet tentang makan, walau makanan tengah hari di bawa ke makan malam pun tak kisah. Tak sampai la mintak aku masak lauk lain untuk makan malam, kan senang kerja aku. Aku plak bila rasa nak makan asam rebus atau asam pedas tunggu la bila balik umah mak atau bila mak mertua datang umah aku, baru berselera makan.

Saturday 3 December 2011

Brownies Cream Cheese : First Time Ni

Assalamualaikum,

Lama tak post makanan dalam blog ni rasanya, bukan apa cuma tak de buat makanan yang gempak2. Ni dah kira gempak ar aku cuba membaking brownies cream cheese buat pertama kalinya sepanjang umur aku. Biasa buat kek coklat je, dek kerana selalu tengok brownies cream cheese kat blog Cik Ina Do Do Cheng membuatkan aku terliur. Apa lagi akupun menggigihkan diri mencuba resepi ni. Resepi Brownies Cream cheese ni aku ambik kat blog Cik Ina Do Do Cheng ya sesapa yang nak try buat sila ambik resepi.



Mula2 buat brownies dulu. Caranya cam ni:

cairkan 250g butter kemudian campurkan 1 cup serbuk koko dalam butter yang dah dicairkan.
pukul 1 1/2 cup gula castor dengan 3 biji telur (aku guna 4 biji telur saiz kecik)
masuk campuran telur tadi dalam butter dan koko, kacau sebati
masukkan 1/2 cup susu sejat dalam adunan dan kacau rata
masukkan 1 1/2 cup tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit kedalam adunan dan kacau sebati
masaukan adunan kedalam loyang yang telah dialas dan bakar, jangan lupa panaskan oven dulu ya.

sediakan  cream cheesenya pula
pukul 250g cream cheese sampai gebu
masukkan 100g gula castor dan pukul sebati
masukkan pula 1 biji telur dan dipukul lagi
tuang atas brownies tadi dan buat corak guna lebihan brownies
bakar sampai cream cheese masak



corak keras tangan hee...
 
 

terhitam la pulak, salah sapa ni oven ke aku yang tak pandai nak ejas suhu heee...




nyum.. nyum... sedapnya, walau atas cream cheese tu hitam tapi ok je cuma termanis sikit sebab terlebih bubuh gula

Ni baru first time aku buat cream cheese brownies, lain kali bila buat aku dah tau apa yang patut aku buat. Misalnya aku guna loyang kecik tapi adunan nya tak padan ngan loyang aku nampak gaya kena beli loyang lebih besar.

Apa la tadi aku tak siap taip dah terpublish ni baru complete N3