Monday, 19 December 2011

Sekejap Ada, Sekejap Hilang : Oreo Muffin & Butter Cheese Cake!

Assalamualaikum,

Sepanjang minggu lepas memang aku la orang yang paling bz kat dalam dunia ni kot kalah perdana menteri. Bukan bz apa pun cuma rumah aku ni dipenuhi dengan kanak2 rebina yang kehilangan pengasuh. Sebenarnya kakak ipar aku dah berjaya memecat pembantu rumahnya yang gatal nak kawin, dan dengan murah hatinya kakak ipar aku terus hantar pembantunya tu balik negara asalnya. Lapang sikit negara ni bila dah kurang sorang warga asing, bukan apa dah keja nak tak nak je yang banyaknya dok bergayut kat telefon baik hantar balik lagi bagus.

Sementara waktu ni MIL aku la yang terpaksa menjaga budak2 ni, bila dah bosan duduk kat rumah sana tu MIL aku berhijrah plak kat rumah aku bersama2 cucu2nya. Apa lagi suka la anak2 aku ni bila dah berkawan dengan sepupu2nya , memang riuh rendah rumah aku dari celik mata sampai ke malam. Yang tak kering tangannya aku bila memasak sekejap je licin, maklum la budak2 bila dah banyak bermain cepat lapar hidang apa je habis.

Apa yang tak bestnya ialah aku tak dapat pun nak menjengah blog, nak tekan onn lappy pun tak sempat. Mujur semalam kakak ipar aku ambil anak2nya dapat la aku ngan MIL berehat puas2 sadmpai hari ni. Opps panjang plak mukadimah aku ya heee... sebenarnya nak update oreo muffin ngan butter cheese cake yang aku buat minggu lepas tapi tak sempat nak tayang sebab bz.



oreo muffin resepi dari blog dapur tanpa sempadan sapa lagi mat gebu la



memang best oreo muffin ni, gebu dan manisnya pun sedang2 aje. kesian kan tak dapat nak ambik gambar cuma gambar ni je yang sempat di snap yang lain dah masuk mulut buaya heee... budak2 ni mintak buat lagi tapi tak sempat nak buat sebab bila nampak je oreo dorang dah ngap dulu mana nak jadi muffinnya. Lain kali kena senyap2 je kalau nak buat dan yang penting oreonya kena sembunyikan dulu heee...



butter cheese cake ni plak ambik resepi kat blog cik ina do do cheng.


sedap butter cheese cake ni tau, aku buat dua loyang satu loyang tak bercorak dan satu yang bercorak geli geli ni hee.. yang tak bercorak tu keluar oven je terus kena serbu sampai licin. seronok gak bila ramai budak2 ni sebab dorang suka makan tu yang bersemangat nak membaking tu.

Banyak lagi senarai kek dan muffin yang aku nak try buat sementara ramai budak2 kat rumah ni, lagi pun ada yang rajin nak tolong makan tu yang seronok tu.

2 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

sedapkan butter cheese cake. amboi cik ina belum penah lagi buat muffin oreo , oo ambik kat blog mat gebu, nanti cik ina nak gelidahlah resepi dia.cuti-cuti sekolah mesti laku semua tu kan : )

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

seronoknya tgk awak rajin baking-baking nih..mood baking sy sedang ke laut huhu