Wednesday, 7 December 2011

Antara Asam Rebus Dan Sambal Telur

Assalamualaikum,

Rutin harian aku sebagai seorang surirumah ialah memasak nak tak nak kena gak memasak untuk anak2 dan suami. Suami aku ni bab makan memang senang, tak yah pening2 kepala pikir nak masak apa kalau dapat makan lauk sambal pun jadi. Anak2 aku pulak kalau dapat makan ikan goreng ngan sayur bayam makan memang bertambah-tambah, senang kerja aku.

Bila dah selalu sangat makan sambal2 ni kengkadang aku plak yang naik jemu walau dorang tak jemu2. Aku masak plak lauk asam rebus tau apa suami aku kata? dia kata dari U masak kuah cam ni baik U masak sambal telur lagi sedap! heran aku tak sakit ke perut dia asyik nak makan lauk sambal je. Anak aku pun dah jadi cam abah dorang, bila aku masak sibuk kata mama nak makan telur pedas! sabo je aku.


 

Asam rebus ikan tongkol ni aku sorang je yang makan, anak2 cuma hirup kuah je, agak2 menagis tak ikan tu bila orang tak nak makan dia.


Sambal telur puyuh ni laju je dorang makan

Apa yang membuatkan aku rasa beruntung bila suami ngan anak2 tak cerewet tentang makan, walau makanan tengah hari di bawa ke makan malam pun tak kisah. Tak sampai la mintak aku masak lauk lain untuk makan malam, kan senang kerja aku. Aku plak bila rasa nak makan asam rebus atau asam pedas tunggu la bila balik umah mak atau bila mak mertua datang umah aku, baru berselera makan.

3 comments:

ibh said...

Alahai senang betul nak layan tekak anak2 ko ya Mully...Hadoiii..teringin lak nak makan masak asam rebus mcm tu. kalau aku pun..aku suka hirup kuah dia macam tu saja..sedapppp

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

samalah suri..suami dgn anak sy pon x bnyk karenah..

suami sy pon hantu sambal tumis..kalau asam rebus gitu sy sorang jelah makan..


anak-anak sy plak x brp suka makan..kalau yg risya tu nasi dgn kauh je dh cukup..yg adik apa-apa jelah yg org dewasa makan di ank ngecek..


sbnrnya yg cerewet sy haha..

Cik Ina Do Do Cheng said...

samalah suami ngan anak-anak cik ina pun tak cerewet pasal makanan, cuma suami cik ina tak suka terlebih garam.sedapnya asam rebus buat hirup-hirup.