Saturday 3 December 2011

Brownies Cream Cheese : First Time Ni

Assalamualaikum,

Lama tak post makanan dalam blog ni rasanya, bukan apa cuma tak de buat makanan yang gempak2. Ni dah kira gempak ar aku cuba membaking brownies cream cheese buat pertama kalinya sepanjang umur aku. Biasa buat kek coklat je, dek kerana selalu tengok brownies cream cheese kat blog Cik Ina Do Do Cheng membuatkan aku terliur. Apa lagi akupun menggigihkan diri mencuba resepi ni. Resepi Brownies Cream cheese ni aku ambik kat blog Cik Ina Do Do Cheng ya sesapa yang nak try buat sila ambik resepi.



Mula2 buat brownies dulu. Caranya cam ni:

cairkan 250g butter kemudian campurkan 1 cup serbuk koko dalam butter yang dah dicairkan.
pukul 1 1/2 cup gula castor dengan 3 biji telur (aku guna 4 biji telur saiz kecik)
masuk campuran telur tadi dalam butter dan koko, kacau sebati
masukkan 1/2 cup susu sejat dalam adunan dan kacau rata
masukkan 1 1/2 cup tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit kedalam adunan dan kacau sebati
masaukan adunan kedalam loyang yang telah dialas dan bakar, jangan lupa panaskan oven dulu ya.

sediakan  cream cheesenya pula
pukul 250g cream cheese sampai gebu
masukkan 100g gula castor dan pukul sebati
masukkan pula 1 biji telur dan dipukul lagi
tuang atas brownies tadi dan buat corak guna lebihan brownies
bakar sampai cream cheese masak



corak keras tangan hee...
 
 

terhitam la pulak, salah sapa ni oven ke aku yang tak pandai nak ejas suhu heee...




nyum.. nyum... sedapnya, walau atas cream cheese tu hitam tapi ok je cuma termanis sikit sebab terlebih bubuh gula

Ni baru first time aku buat cream cheese brownies, lain kali bila buat aku dah tau apa yang patut aku buat. Misalnya aku guna loyang kecik tapi adunan nya tak padan ngan loyang aku nampak gaya kena beli loyang lebih besar.

Apa la tadi aku tak siap taip dah terpublish ni baru complete N3

4 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

dah lama tak bersiaran ko okey ke? merajinkan diri buat cheese tengah pregnant:)

Rina Rahamat said...

sy sbnrnya teringinnnnn sgt benda nih tp belum smpi seru nk buat...bak mai citit!!!

gerhana luka said...

Cik Ina, alhamdulillah saya ok je. saya mmg teringin sangat nak makan cream cheese brownies ni tu yang merajinkan diri tu

Rina kalau dekat saya dah hantar ni banyak pun boleh, makan sorang je la nampaknya heee...

ibh_sue said...

Bako lagi..sila bako lagi..wahahahahhaaa....buat aku teringin ja tau...