Monday 17 September 2012

Kampung Sini Ada Sawah, Kampung Sana Ada Pantai, MyHomeTown!

Assalamualaikum,

Kampung Sini


inilah kampungku yang indah terbentang




jauhnya "ghima" ni 



uiii kalau dapat bawak "ghima" ni syok betul la...



Abang : bila boleh makan buah ni ya along? kalau kita petik nenek marah tak ya?
Along : buah ni kecik lagi la, jangan usik nanti nenek marah.




along cepat "ghima" tu dah nak pegi



lepas la along, pusat nak turun ni nak tengok "ghima" ngan abang


Kampung Sana


syoknya dapat main pasir



ala.. dari main pasir baik main air lagi best



elehh.. tak rock la main pasir ngan main air tu, mandi lagi la best tau! jom la along... abang kita mandi heh.heh.hehhh..



tak boleh jadi ni, mandi jugak la... wei ke laut kita wehh...



apa la makcik-makcik ni takmo mandi laut ke... budak-budak dah menggigil nunggu ni.



ya.. uwangnya udah dikirim.. aku mau makan angin sama bos kecik nih nanti nelfon lagi ya... keh.keh.keh jangan mare ya maklong.

sekian kampungku yang indah dan permai "MyHomeTown"

Wednesday 12 September 2012

Memang Mudah Untuk Memutuskan Tali Persaudaraan

Assalamualaikum,

(١) عَنْ أَبِى أَيُّوبِ رَضِى اللهُ عَنْهُ أنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَ يُحِلُّ لِمُسْلِمٍٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلاَثِ لَيَالٍ، يَلْتَقِيَانِ فَيُعرِصُ هَـٰذا وَيُعْرِصُ هَـٰذا وَخَيْرُهُمَا الَّذِي يَبْدَأ بِالسَّلاَمِ
(رواه البخارى ومسلم)

(٢) قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَمَنْ هِجَرَ فَوقَ ثَلاَثٍ فَمَاتُ دَخَلَ النَّارَ

(٣) قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ هِجَرَ أخَاهُ سَنَة كَسَفْكِ دَمِهِ

Terjemahan:

(1) Daripada Abi Ayyub (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: “Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegoran dengan saudaranya (seagama) lebih dari tiga malam; mereka bertemu lalu yang ini berpaling dan yang itu juga berpaling, dan yang paling baik di antara mereka berdua ialah siapa yang memulai salam”.

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]



(2) Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): “Barangsiapa yang tidak bertegoran lebih daripada tiga (hari), lalu ia mati, maka ia masuk neraka”.

[Hadis Sahih Riwayat Abu Daud]



(3) Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): “Barangsiapa yang tidak bertegoran dengan saudaranya (seagama) selama setahun maka (dosanya) seperti membunuhnya”.

[Menurut Imam An-Nawawy Hadis ini sanadnya sahih riwayat Abu Daud]

Tetiba je terasa nak jadi ustazah pilihan, kesemua yang diatas adalah status copy paste. 

Sebenarnya aku terpanggil untuk menulis tentang realiti kehidupan duniawi seorang insan yang pada aku teramatlah sombong sehingga dengan angkuh memutuskan hubungan persaudaraan dan menafikan pertalian yang wujud. Seandainya dia sedar siapa dirinya pasti dia tidak akan semudah-mudahnya untuk memutuskan tali persaudaraan. Ingatlah wahai insan yang bernama manusia sesungguhnya engkau hidup didunia ini bukan hanya untuk menongkat dunia, sedarlah bahawa bumi yang engkau pijak ini milik Yang Maha Berkuasa. Tidak akan wujud engkau tanpa kedua ibu bapamu dan tidak akan lengkap engkau tanpa saudara-saudaramu. Jangan engkau nafikan saudaramu kerana suatu hari nanti saudaramulah yang akan menolong engkau. Tidakkah engkau sedar bahawa tidak semua orang suka padamu? tidak semua orang senang dengan sikapmu? dan tidak semua orang jujur denganmu.

*susah-susah aku tulis macam la orang tu baca blog aku tapi kalau baca pun bagus jugak semoga dia mendapat petunjuk dari Allah S.W.T