Wednesday 26 December 2012

Nota Panas!

Assalamualaikum,

"Bukan bodoh dan mudah ditipu tapi mudah mempercayai lebih-lebih lagi dari orang yang kita sayang" macam biasa dengar je ayat ni kan... kalau tak sama tapi lebih kurang la macam dialog Istanbul Aku Datang.

Kalau orang yang kita sayang tipu kita, kita percaya kerana kita percaya pada kejujuran yang telah kita bina. Kita tidak sedar bahawa kita telah ditipu sehinggalah bila suatu hari segala-galanya terbongkar. Apa yang kita harus lakukan? adakah kita akan terus mempercayai atau kepercayaan yang ada selama ini terus hilang begitu saja seiring dengan hati yang terluka.

Memang mudah untuk kita percaya dan mudah juga untuk kita mencurigai.

Ada pasangan yang bercinta sanggup berkongsi password facebook semata-mata untuk membuktikan kejujuran agar pasangannya tahu dengan siapa mereka berkawan tapi ada juga pasangan bercinta ni tak tahu bahawa pasangan mereka sebenarnya ada akaun facebook kedua. Konon-konon bila share password facebook untuk membuktikan kejujuran, tapi pasangan yang mudah mempercayai ni tak tahu sebenarnya ini adalah langkah untuk mengawal pasangan ha.ha.ha... Boleh ke nak kawal pasangan? takde maknanya... yang dikawal ni la yang lebih mudah untuk berlaku curang.

Bagi pasangan yang sudah berkahwin pula bagaimana agaknya ya? adakah boleh percaya pada pasangan masing-masing? jawapanya tepuk dada tanya la hati masing-masing. Ada isteri yang suka mengawal suami dan ada juga suami yang mengawal isteri, semuanya kerana kepercayaan tidak diberi 100%. Nak mampus percaya 100% nanti kalau tertipu sakitnya hati hanya yang pernah mengalaminya saja yang tahu.

Sedar atau tidak semakin bertambah usia rumahtangga semakin bertambah kasih sayang antara suami dan isteri. Contoh paling mudah bila suami mula jeling-jeling wanita lain si isteri mula tak senang duduk sebab cemburu. Terbuktikan dah bertambah kasih sayang sebab cemburu kan tandanya sayang. Untuk suami pula terbukti la yang kasih sayangnya bertambah tapi bukan bertambah pada isteri... tapi bertambah satu lagi ha.ha.ha... Mamposs lepas ni ada yang kena pelangkung kik.kik.kik

*nota kaki : jangan le serius sangat sekadar memanaskan suasana yang sejuk dimusim hujan

Thursday 20 December 2012

Durian Crepe Juga Kita...

Assalamualaikum,

Sana sini sibuk ngan DC kan so aku pun tak lepas peluang juga nak buat walaupun dah tau permintaan tak memberangsangkan. Saja buat disebabkan dah ada raja buah yang macam dah dipandang sayu oleh orang2 rumah ni.


bentuk DC aku ni tak sekata hee...  boleh la tu.


amik ko fillingnya mewah dengan doyan..


yang ni simpan dalam bekas boleh bagi kat jiran merasa, budak-budak ni tak layan sangat DC so aku ada cara lain nak bagi layan...


tau apa intinya tu?
aku buh eskrim vanila pastu siram madu...


baru la layan sampai comot molot....

so sapa2 nak cuba tu gi la gugel resepi ya, rasa malas nak menaip resepinya heee... ok tata titu...

Tuesday 18 December 2012

Pavlova... Yum..Yum..

Assalamualaikum,

Sungguh gembira rasanya bila dapat makan pavlova sendiri punya puas-puas. Maklum saja la yang beli punya tu reganya mahal ha.ha.ha bila buat sendiri baru puas hati.


Ohsemm.. Cik Ted n Tool ngadap Miss Pavlova


tayang sikit yang dah dipotong ni..
rasa kagum je walaupun creamnya tu guna yang spray jer... kik.kik.kik.. maklum la takmo ambik risiko memukul cream


Abang tak lepas peluang nak tumpang glamer Cik Ted n Miss Pavlova, tu pun lepas nangis berebut ngan Along nak bergambar. Keputusannya Abang menang Along merajuk terus takmo bergambar. Macam-macam dorang ni, nak susun buah atas pavlova pun boleh berebut.


Friday 14 December 2012

Cheese Kek Bertabur Lagi...

Assalamualaikum,

Tetiba tekak aku ni nak makan kek dan yang terbayang cheese kek bertabur, apa lagi petang tadi godek-godek bahan2 la nak membuatnya. Aku suka kek ni sebab lemak berkrim dan disukai seisi keluarga yang penting tak susah-susah nak mendeco cuma tabur-tabur je parutan cheese.


ni betul-betul bertabur cheesenya, yang sebetulnya nak mengetes pemarut baru beli hee...


yum.. yum.. yum... sedap tau sapa nak meh la jamu mata hee...

Thursday 6 December 2012

Monsun Cup & Bot Penambang Free

Assalamualaikum,

Sempena cuti-cuti ni menyempat la juga melayan monsun cup kat Pulau Duyung tu, tambah pula boleh naik bot penambang free apa lagi moh le kita gi pulau. 


Dari 3 - 8 Dec boleh naik bot penambang free nak gi pulau duyung, tak jauh pun kejap je naik bot tak sempat panas vontot dah sampai.


tunggu bot penambang sampai


jangan rebut-rebut naik bot tu kang ada plak yang jatuh dalam laut


dah sampai pulau pun


alamak rupanya saya dah tembam dah lama tak ambik gambar baru perasan berat dah bertambah


kalau ada dia ni, retis pun kalah... tak caya


tengok je la semua serbu badut ni... tak sombong punya semua dapat layanan

bye monsun cup... tahun depan jumpa lagi tak larat nak tengok panas sangat

Sunday 2 December 2012

Cuti - Cuti Di Kampung! Makan Ikan Celop Tepung Pok Nong!

Assalamualaikum,

Sempena musim cuti sekolah ni dapat la bercuti bersama keluarga walaupun cuti - cuti tu cuma balik kampung sahaja. Kira ok juga la dari memerap kat rumah jer, dapat jugak bergarther-gether dengan kaum keluarga. Agenda becuti kalau dah balik Terengganu ni apa lagi gi makan ikan celop tepung la kat tepi pantai.


ni makan ikan setalam ni, makan ke mentekedarah... ha. ha.ha. kalau orang luar terengganu memang rasa pelik la bila makan lauk je takde nasi.


udang celop tepung, udang ni aku tak berapa berkenan sebab malas nak buang kulit susah nak makan.


Sotong bapak ni pun tak syok nak makan sebab liat pada aku, orang lain kira ok jer


Along : Mama kenapa makan fish aje?
Mama : saja je kan Along suka makan fish hari ni Along ratah la fish puas2...
Along : kenyang ker?
Mama : ??????


kusyuk betul makan lauk...

kesimpulannya makan lauk banyak-banyak ni bagus jugak sekali sekala, tapi tu la tak kenyang pun walaupun order ikan, udang dan sotong bagai nak rak. jangan tak caya total cost untuk lauk-lauk hari tu RM 250. lepas makan tu mula la pikir tu makan lauk je kalau makan kat seafood kat bagan bukan ke lagi kenyang. ha.ha.ha dasar!! apapun TQ pada yang sudi belanja hari tu.