Sunday, 2 December 2012

Cuti - Cuti Di Kampung! Makan Ikan Celop Tepung Pok Nong!

Assalamualaikum,

Sempena musim cuti sekolah ni dapat la bercuti bersama keluarga walaupun cuti - cuti tu cuma balik kampung sahaja. Kira ok juga la dari memerap kat rumah jer, dapat jugak bergarther-gether dengan kaum keluarga. Agenda becuti kalau dah balik Terengganu ni apa lagi gi makan ikan celop tepung la kat tepi pantai.


ni makan ikan setalam ni, makan ke mentekedarah... ha. ha.ha. kalau orang luar terengganu memang rasa pelik la bila makan lauk je takde nasi.


udang celop tepung, udang ni aku tak berapa berkenan sebab malas nak buang kulit susah nak makan.


Sotong bapak ni pun tak syok nak makan sebab liat pada aku, orang lain kira ok jer


Along : Mama kenapa makan fish aje?
Mama : saja je kan Along suka makan fish hari ni Along ratah la fish puas2...
Along : kenyang ker?
Mama : ??????


kusyuk betul makan lauk...

kesimpulannya makan lauk banyak-banyak ni bagus jugak sekali sekala, tapi tu la tak kenyang pun walaupun order ikan, udang dan sotong bagai nak rak. jangan tak caya total cost untuk lauk-lauk hari tu RM 250. lepas makan tu mula la pikir tu makan lauk je kalau makan kat seafood kat bagan bukan ke lagi kenyang. ha.ha.ha dasar!! apapun TQ pada yang sudi belanja hari tu.

1 comment:

Rina Rahamat said...

sotong tu makan sekor pon kenyang kan..sy haritu x rasa lagi ikan..ada rejeki lagi gi ganu nk makang ikang pulokk :D