Assalamualaikum,
"Bukan bodoh dan mudah ditipu tapi mudah mempercayai lebih-lebih lagi dari orang yang kita sayang" macam biasa dengar je ayat ni kan... kalau tak sama tapi lebih kurang la macam dialog Istanbul Aku Datang.
Kalau orang yang kita sayang tipu kita, kita percaya kerana kita percaya pada kejujuran yang telah kita bina. Kita tidak sedar bahawa kita telah ditipu sehinggalah bila suatu hari segala-galanya terbongkar. Apa yang kita harus lakukan? adakah kita akan terus mempercayai atau kepercayaan yang ada selama ini terus hilang begitu saja seiring dengan hati yang terluka.
Memang mudah untuk kita percaya dan mudah juga untuk kita mencurigai.
Ada pasangan yang bercinta sanggup berkongsi password facebook semata-mata untuk membuktikan kejujuran agar pasangannya tahu dengan siapa mereka berkawan tapi ada juga pasangan bercinta ni tak tahu bahawa pasangan mereka sebenarnya ada akaun facebook kedua. Konon-konon bila share password facebook untuk membuktikan kejujuran, tapi pasangan yang mudah mempercayai ni tak tahu sebenarnya ini adalah langkah untuk mengawal pasangan ha.ha.ha... Boleh ke nak kawal pasangan? takde maknanya... yang dikawal ni la yang lebih mudah untuk berlaku curang.
Bagi pasangan yang sudah berkahwin pula bagaimana agaknya ya? adakah boleh percaya pada pasangan masing-masing? jawapanya tepuk dada tanya la hati masing-masing. Ada isteri yang suka mengawal suami dan ada juga suami yang mengawal isteri, semuanya kerana kepercayaan tidak diberi 100%. Nak mampus percaya 100% nanti kalau tertipu sakitnya hati hanya yang pernah mengalaminya saja yang tahu.
Sedar atau tidak semakin bertambah usia rumahtangga semakin bertambah kasih sayang antara suami dan isteri. Contoh paling mudah bila suami mula jeling-jeling wanita lain si isteri mula tak senang duduk sebab cemburu. Terbuktikan dah bertambah kasih sayang sebab cemburu kan tandanya sayang. Untuk suami pula terbukti la yang kasih sayangnya bertambah tapi bukan bertambah pada isteri... tapi bertambah satu lagi ha.ha.ha... Mamposs lepas ni ada yang kena pelangkung kik.kik.kik
*nota kaki : jangan le serius sangat sekadar memanaskan suasana yang sejuk dimusim hujan
3 comments:
mmg sukar nk percaya wlupun dh berpuluh thun kita kawin kan..h ehhehe ..tp kkdang mmg kena ada rasa x percaya jgk..tkut klu apa2 brlaku sedeyy amat:)
Hehehehe..siyes plak n3 ko kali ni weh..
Apa pun, memang jgn letak 100% kepercayaan pd suami. Sayang pun jgn bg sepenuhnya. Apa yg penting kita simpan skit utk sayangkan diri sendiri dulu,.;)
hehehe..jangan cuba-cuba tambah menabah ye..
kalau kepercayaan tidak 100% memang akan timbulla rasa curiga..maka timbul la rasa cemburu..
(follow awak sini)
Post a Comment