Thursday 31 May 2012

Beignets Bourguignons : Berbelit Lidah Nak Sebut

Assalamualaikum,



sapa pernah buat kuih yang susah nak sebut ni? alkisahnya kuih ni aku ambik resepinya dari blog Shahriah Abdullah la sape lagi terima kasih ya Kak Sha untuk resepi ni. Aku ni pantang tengok makanan yang sedap2 mesti nak try je membuatnya. Kuih ni bukan baru kubuat tapi dah lama sebelum lappy aku buat hal hari tu sekarang baru sempat nak menayang.



aku cicah kuih ni dengan sos coklat campur cheese pehh sedap



siap je buat kuih ni, anak2 buah aku sampai terus dorang terkam habis licin, Alhamdulillah. Meh aku salin balik resepi untuk rujukan dihari tua hee..

175 g tepung kek
50 g gula castor
2 biji telur - kocok
2 sudu besar paste oren
75 g butter

cara2
campur semua bahan dan gaulkan
balut dalam plastik wrap simpan dalam esbox 2 jam
keluar dari esbok dan terap, potong dan goreng
goreng guna api slow nanti cepat hangus kalau api kuat.

Wednesday 30 May 2012

Menu Nak Senang

Assalamualaikum,

Hari ni nak senag jer kerja kat dapur lagipun malas nak ke kedai membeli ikan, capai je apa yang ada kat dapur. Pendek kata menu orang malas2 la ni tapi sedap tau.



telur masak kicap je, tapi ada lagi ikan yang orang tak makan sekor



ikan bilis goreng pedas mesti orang makan banyak ekor hee..

Dalam kepala aku ni penuh memikirkan apa nak dimasak bila tengah bosan2 ni. Nak buat kek dah kehabisan stok pulak aduyai bosannya bila takde apa nak masak ni.

Sunday 27 May 2012

Rainbow Cake : Wah Teruja Tau

Assalamualaikum,

Lama tak dapat nak berinternet sakan sebab lappy dah jem teruk sampai kena tukar hard disk, sakit jiwa rasanya. Apa yang membuatkan aku tambah geram banyak benda2 kesayangan aku dah takde termasuk resepi2 yang aku simpan semua tak dapat diselamatkan. Mujur jugak gambar yang aku sayang masih ada. Okey la terus je ke tajuk utama yang sebenarnya, aku nak tayang rainbow kek yang aku usahakan hee... best giler.


teruja tau walau tak secantik yang kat kedai kek tapi ni la kek pertama yang berjaya aku deko
kelakar dekonya, anak aku boleh kata macam bawang



anak2 turut teruja dengan kek rainbow ni tau, cantik sangat katanya hee...



biarlah macam bawang sekalipun yang penting rasanya superb!
sempat buat 4 lapis je, asalnya 5 lapis tapi disebabkan anak2 tak sabar nak makan maka ku beri la satu untuk dorang rasa.
ok gak 4 lapis je kalau 5 lapis mau lagi tinggi kek ni


nak sepotong?


kek ni cantik sebab warna2nya penuh keceriaan maklumlah pelangi, tapi tak cukup kaler pelanginya.
entah apa ke sawannya takde besday takde anniversary tetiba aku membuat kek, pulak tu takde orang pun yang datang rumah hentam la aku anak beranak makan kek ni. aku call jugak adik aku tapi dia plak pegi perhimpunan belia kat putrajaya jawabnya kami anak beranak je makan.
mujur gak along ada kawan2 kat sini maka ku hulur sepotong dua buat kawan-kawannya merasa kek yang superb ni.
sedap tau kalau rajin cer korang buat sendiri bila besday korang ke anak2 korang ke tak yah beli kat kedai lagi.

resepi kek ni aku intai2 kat MyResepi, thanks buat pemilik resepi aku salin balik untuk rujukan dihari tua ha.ha.ha..

Rainbow Cake

bahan2
2 cawan tepung naik sendiri + baking powder
1 1/2 cawan gula pasir dikisar halus (kurangkan)
5 biji telur ayam gred B
250g butter
2 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan susu pekat di campur air menjadi 1 cawan susu
pewarna
buttercream readymade atau buat sendiri krim icing

cara2
pukul butter dan gula sampai kembang selama 15 minit
masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus memukul adunan
masukkan esen vanila diikuti dengan tepung yang telah diayak
gaul sebati
masukkan bancuhan susu dan gaul sekata
bahagikan adunan dan warnakan dengan warna pilihan
masukkan adunan dalam loyang dan bakar dengan suhu 140 selama 15 minit
bakar sampai habis dan biarkan kek sejuk sebelum mendeko kek

cara2 mendeko
sabu butter cream lapis demi lapis dan hias ikut kreativiti masing2

Friday 18 May 2012

Ketam Masak Telur Masin

Assalamualaikum,


ni la ketam paling besar aku pernah dapat, dapat free ni tau. 
ketam ni baru mati kalau simpan esok tak boleh jual so si penjual ketam tu bagi free kat en.suami yang beli ketam sekilo, regular customer la katakan.



ketam yang sekilo ni jenuh aku nak mengerjakannya mau taknya hidup lagi tu.
anak aku terjerit2 geli tengok ketam ni merayap, abahnya saja menyakat anak2 dengan ketam hidup ni.
aku geli + takut kena sepit masa nak siang ketam ni



tengok sepit dia je dah sebesar tapak tangan, ni berat kulit ke berat isi?
berbaloi dengan sepit ni sebab isinya banyak tau.



ketam tu masak telur masin plak ermmm mabelless... 
biasa masak cili jer kali ni try masak telur masin plak.

mari masak ketam
ketam sekilo di siang dan bersihkan
kukus ketam

5 biji cili merah besar
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
kisar semuanya

1 batang serai diketuk
1 inci halia diketuk
3 tangkai daun kari lurut ambil daunnya

5 biji telur masin dihancurkan
3 sudu makan susu cair
1 sudu tepung beras
campur semua

cara2 masak
celup ketam yang dah dikukus dalam campuran telur masin dan goreng sebentar
buat sampai habis dan ketepikan

tumis serai dan halia, masukkan bahan kisar tumis sampai garing
masukkan daun kari
masukkan lebihan bancuhan telur masin kacau rata
masuk perasa dan sedikit gula, jangan berani2 tambah garam kang masin
 masukkan ketam yang digoreng tadi dan gaul rata dengan bahan tumisan
kalau kering sangat boleh tambah air
dah masak hidangkan dan makan

Ketam ni en.suami beli masa balik kerja semalam, sampai rumah dah pukul 7 kelam kabut aku masak. Asalnya aku nak masak nasi goreng je untuk makan malam tapi dah en. suami bawak ketam kena la terus masak kalau simpan nanti ketam dah tak fresh lagi. Makanya malam tadi makan la kami anak beranak dengan lauk ketam. Ni rahsia tau aku tak reti makan nasi dengan ketam sebab leceh nak mengopak kulitnya jadi ketam tu kuratah-ratah je jawabnya.

Wednesday 16 May 2012

Apam Indon

Assalamualaikum,

Bila orang ramai dok buat apam indon aku pun teringin gak nak merasa kesedapan dan kegebuan apam indon seperti yang diperkatakan. Hasilnya memang tak mengecewakan cuma pada aku la dari segi manisnya tu memang manis so lepas ni kalau meng'apam' lagi kena kurangkan gula. MIL aku komplen apam ni manis kena kurangkan gula dan aku bersetuju dengan pendapat MIL aku. Meh kita makan apam sambil minum teh atau kopi petang2 ni sedap tau tapi kurangkan gula dalam air sebab apam dah manis, sila la ya.



apam indon saja aku marblekan lapisan atas



dua lapis jer yang termampu aku buat



dua lapis bahagian atas yang kaler pink ngan kuning nampak cantik jer



balancenya aku dot dot kan jadi cantik la pulak, dot dot tu guna picagari baru cantik skit.

Apam indon ni macam aku pernah makan je masa aku kecik kecik dulu. Tekak aku ni macam terasa yang sama dengan yang mak aku pernah buat masa dulu-dulu. Seingat aku la masa mak aku buat apam macam ni dulu takde plak buh ovallete, tu la zaman dah berubah kan macam2 benda boleh wujud.

Tuesday 15 May 2012

Edisi Menayang Plate Baru Nak Dirasmi

Assalamualaikum,

Tau tak kalau aku dah masuk kedai 2Ply mesti aku terasa nak membeli semua benda yang ada kat situ, kira bajet banyak sangat la duit dalam beg duit hee.. padahal ada la sekeping dua not merah. Semalam kengkonon nak gi 2Ply sekalinya kena bawak baby gi cucuk dos kat klinik rupa2nya dah 3 bulan baby. Maka tak de la can aku nak ikut MIL pegi 2ply so pegi la dia berdua dengan adik aku jer. Aku ni sempat lagi mengirim tau, kirim beli acuan kuih lompang nak buat kuihnya tak tau la bila.



Plate ni belinya dari tahun lepas lagi, hari ahad tadi baru aku rasmikan. Tu la dia masa membelinya bukan main lagi macam nak terus guna je.. haa kau setahun baru ku gunakan. Asalnya nak buat sizzling mee bagai tapi disebabkan mencari mee untuk masak sizzling tu tak de makan hentam je guna mee segera boleh gitu. MIL aku memang suka makan sizzling mee, hot plate mee ngan clay pot mee. Sementara MIL masih ada kat  rumah aku ni aku masakkan dia hot plate mee atas permintaan dia katanya dah lama tak makan. Tapi tu la puas meronda dari Meru sampai ke The Store Klang mee yang diperlukan takde. Malas nak masuk kat Mydin sebab sesak sangat ngan warga asing kat Klang ni maklumlah internasional area (indon + bangla + myanmar + nepal) kalau korea takpe la juga sedap mata memandang.

Hot Plate Mee

 dada ayam direbus kemudian carik2 kan
air rebusan guna untuk kuah

bawang putih ditumbuk
bawang besar didadu
lada hitam ditumbuk halus
sos tiram
kicap pekat
kiub ayam
tepung jagung untuk pekatkan kuah

baby carrot
baby jagung
kobis bunga
cendawan shitake
cili api kalau suka
telur

tumis bawang putih, bawang merah dan lada hitam sampai wangi
masukkan sos tiram dan di kacau2
masukkan air rebusan ayam
masukkan kicap pekat sampai agak2 gelap kuahnya.
masukkan kiub ayam dan biar mendidih
masukan sayur sayuran
pekatkan kuah dengan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air
kalau tak masin tambah garam

panaskan plate
buh kuah sikit
pecahkan telur dalam plate, biar telur separuh masak
buh mee
siram kuah atas mee
letak isi ayam yang dicarik2
hidang dan makan panas2

*nota noti
kuah untuk hot plate mee boleh buat banyak2, kalau takde plate tu masukkan terus mee dalam kuah dan hidang terus begitu saja dalam bekas ikut suka hati sendiri.
resipi ni aku belajar dari mak sedara yang meniaga makanan panas tapi dia buh halia cuma aku tak buh halia sebab aku tak suka hee... 

segala bahan2 tu agak2 je la ya banyak mana nak buat kalau nak buat sikit jangan le buh bawang dan segalanya tu sampai banyak benor. ehh ada sesapa nak try masak ke cuba la ya. MIL aku lebih suka aku yang masak walau dia boleh buat sendiri, dia cuma tolong potong2 sayur sedap sangat kot aku masak hee... terperasan kejap.

Monday 14 May 2012

Edisi Bergambar Di Hospital

Assalamualaikum,

Mari layan gambar2 waktu dua orang anak aku masuk spital. Nanti bila dorang dah besar boleh tengok ni la dorang masa kecik pernah sakit sampai kena masuk spital. Semoga dorang akan menghargai kesihatan dan sentiasa menjaga kesihatan diri bila besar nanti.



memula masuk wad lemah longlai tapi ada hati lagi nak merayap sana sini



tengok la muka dak bambambam ni merah semacam, sampai naik takut aku tengok



merah dah berkurangan, kena bedung sebab bila tangan bebas dak bambambam asyik nak menggaru jer



bila dah rasa segar sikit along pun melawat dak bambambam yang dah tak gatal lagi



dak bambambam dah mula main dengan kaki bila dah hilang gatal.



selit gambar abang satu dengan wajah baru, rambut pacak ala2 botak... lain muka abang bila rambut dah botak. yang pasti makin ligat bila rambut dah botak

Along Masuk Wad Lagi.... Baby Pun Ikut Masuk Wad... Mama Letih

Assalamualaikum,

Lama aku tak menjengah blog kesayangan aku ni dan tak sempat nak menulis apa2 N3 mesti ada yang rindu aku kan... kan... kan... ciss bajet femes giler. Biasa la mesti nak berangan femes dulu hee.. sebenarnya hampeh! syok sendiri ajer, bior le dilantak kan aje udah gitu gayanya.

Sila bersabar membaca kisah aku kali ni ya, panjang lebo ceritanya ni macam takde penghujungnya hee.. sila bersiap sedia ya.

Sepanjang ketiadaan aku ni bukan aku pegi makan angin atau balik ke kampung tapi aku bizi menjaga anak2 yang terpaksa dimasukkan ke hospital. Sebelum ni en.suami yang di suspek denggi dan abang deman tapi dua2 dah sihat cuma en.suami masih sakit2 manja lagi, pegi kerja pun masih tak larat. 
      
Minggu lepas sambung plak dengan along batuk2 diikuti dengan demam tinggi yang tak turun2. Balik sekolah hari selasa tu along terus tertidur sampai membawa ke malam tak makan2 apa lagi bila batuk muntah le jawabnya bila perut kosong.

Hari rabu along start demam tapi bila dah makan ubat segar sikit. Menjelang malam sambung balik demam tak turun2 walau dah masuk ubat vontot. Sepanjang malam aku tak tidur dibuatnya.

Pagi khamis en.asben bawak along gi klinik anika dan along terus kena tahan, doktor masukkan air dan hantar hospital dengan ambulan. Aku kat rumah ni dah lemah lutut bila en.asben kata along ada jangkitan kuman dalam darahnya. Masa tu terpaksa minta tolong sepupu temankan along naik ambulan dan en.asben ambik aku kat rumah, apalagi angkut semua anak2 pegi hospital jawabnya.

Sampai spital along masih kat bahagian kecemasan di zon kuning sementara menunggu nak masuk wad. Lega sikit aku bila sepupu bagi tau yang along kena jangkitan paru2 sebab batuk tak keluar kahak. Masa tu tengok along dah segar sikit sebab dah masuk air.

Selesai semua urusan masuk wad hampir pukul 3 petang la jugak, en.asben dah terketar2 sebab sakitnya pun belum pulih sepenuhnya. Aku suruh dia balik dulu bawak abang dan hantar sepupu  balik sebab sepupu aku pun tak sempat lagi berehat nak kerja shif malam. Baby tinggal kat spital sementara menunggu kakak ipar aku datang ambik, ya la sapa nak jaga dia bila aku kena tunggu along kat spital. Terpaksa la aku bagi kakak ipar aku tolong jaga baby dan maknanya kena la bagi baby minum susu formula. Tawakal aje la bagi baby kat kakak ipar aku lagi pun MIL dalam perjalanan dari Terengganu nak datang tolong jaga baby.

Pukul 6 petang kakak ipar aku datang ambik baby, kesian jugak baby lama2 kat spital bukannya elok sangat maklumla tempat banyak penyakit. Ingat kakak ipar aku tolong jaga baby kat rumah aku rupa2nya dia angkut sekali dengan abang bawak pegi rumah dia kat Shah Alam. En. asben duk sorang2 kat rumah, itu pun dah kena demam semula tapi pandai2 la dia jaga diri sendiri.

Pukul 12 malam kakak ipar aku call bagi tau aku baby gatal2 macam ada ruam, aku ingat biasa la sebab memang kalau panas baby akan ada ruam kat leher maklumla budak bambambam. Tetiba masa aku baru nak terlelap pukul 4 pagi kakak ipar aku call suh aku turun bawah ingat nak suh aku hantar susu yang aku perah. Bila turun aku tengok baby dah merah satu badan, lain macam warnanya. Kulit baby rasa panas tapi tak demam, mungkin sebab gatal.

Bila dah bincang2 ngan kakak ipar dan MIL aku kami sepakat terus bawak baby kat kecemasan dan terus kena hantar kat zon kuning dan baby pun kena tahan kat wad sekali. Sebenarnya kami tak tau kenapa tetiba baby jadi gitu, kemungkinan alah dengan susu formula. Doktor cuma pantau je baby dan tak bagi apa2 ubat maklumlah masih bayi takkan nak bagi ubat gatal plak kang lain jadinya.

Dekat subuh jugak la baru baby masuk wad yang sama dengan along. Masa aku turun pukul 4 pagi tu along tengah tido dia tak sedar pun aku turun, sedar tak sedar pun masa MIL aku naik ganti aku tunggu dia pukul 4.30 pagi. Sedang elok je dua2 anak masuk wad, memang penat aku terkejar2 jaga dua anak kat spital.

Cukup sebulan lepas along masuk wad pengasingan dulu dah kena demam balik. Lepas kena hari tu dah ambik insuran untuk along tapi insuran masih tak boleh guna sebab nak tunggu sampai 4 bulan baru boleh guna. Jawabnya memang kena duk kat spital gomen la jawabnya. Duk kat spital gomen ni bukan apa satu je yang tak syoknya, penuh sesak tak kira mana2 wad. Dari segi layanan ok dah sekarang ni tak macam zaman dulu2. Zaman dulu2 kakitangan spital suka marah2 pesakit tapi zaman sekarang pesakit plak yang banyak songeh boleh marah2 kakitangan spital jangan main2. 

Yang bestnya bayaran spital gomen ni murah je tak macam spital swasta beribu riban semalaman. Tapi kalau duk spital swasta insuran yang bayar apa ada kisah duduk sebulan pun takde hal punya. Bawak la berapa ramai pun yang tunggu pesakit kat spital swasta takde sapa nak marah tapi kalau kat spital gomen, laki teman bini nak tunggu anak pun dah kena halau ngan JAGATIDUR.

-
-
-
-

>>>>BERSAMBUNG DALAM EPISOD BERGAMBAR AKAN DATANG>>>>

Tuesday 8 May 2012

Apam Polka Dot Yang Takde Dot

Assalamualaikum,


Rasa kelakar je tengok hasil keras tangan aku ni, ada hati nak melorek jadi angry bird la... stoberi la.. udahnya ntah ape2 yang jadi. Aku memang tabik la kat mereka yang mempunyai kepakaran dalam membuat apam polka dot ni wei... aku memang takde kesabaran nak melorek waima nak buat dot dot pun ketaq tangan huaaaa... cer tengok hasilnya




cantik kan... kalernya je cantik coraknya ermm.. cuba lagi. Ingat senang jer nak buat corak tu rupanya susah ha..ha..ha ada hati tu nak design corak angri bird.


yang ni macam mana ha..ha..ha.. siap eja nama lagi, ni along punya tau nak bawak bekal gi sekolah sok pagi.



yang ni design oleh en. suami, dalam demam2 tu sempat lagi mengacau. Yang sebenarnya dia tensen aku sibuk buat kuih... dia sibuk mintak aku picit2 dia hee.. tangan aku penat nak picit2 en. suami tapi tangan aku tak penat nak buat kuih boleh gitu hee..

Kenapa apam polka dot ni orang buat saiz kecik2 gitu? sekali masuk mulut abis, comel sangat bila makan tak sedar abis 10 ketul. Kalau buat saiz besar agak2 orang kata malas ke?





Friday 4 May 2012

Lala Tumis Pedas

Assalamualaikum,

Hari ni takmo cerita banyak2 taip mana sempat aje. Tau sebab apa, anak I yang boboiboy ni dah demam, tambah plak ngan en.suami yang hampir seminggu demam tak baik2 lagi dah 3 hari berturut2 gi klinik cek darah platlet makin turun suspect denggi, waduhh fenin kepala.

sempat masak lala jer ari ni sambil nyanyi la.la.la.la....

plannya nak membaking pasni nak buat bekalan hari sukan along esok.

Wednesday 2 May 2012

Toys Baru Saya!

Assalamualaikum,


Teruja dengan toy baru ni, panas2 dari Kedai bebas cukai Rantau Panjang. Dah lama teringin nak guna visions ni tau baru ni dapat hee... orang lain dah lama guna aku baru nak merasa, hepiiiinyerrr
ada lagi....



Periuk stainless ni cantik jer berkilat tu yang tergoda tu
dan satu lagi yang pastinya membakar semangat aku...



Pengukus baru you... selalu aku dok mengukus guna rice cooker jer, letih tau dah le kecik sikit je boleh dapat. Ni dengan adanya pengukus baru dapatla aku mengukus apa2 yang patut. Ada orang tu asyik cabar2 aku kukus apam dot dot ermm tengok le kalau rajin. Ni nak masak nasik dagang pun senang le sikit takde la asyik minjam pengukus mak jer.

Macam tamak jer rasanya kan semua nak. I jeles tau kakak ipar I dapat set vantage dengan harga murah, masa I beli dulu mahal giler arghh jeles tau set terakhir vantage tu dijual lebih kurang separuh harga. I punya vantage cuma set minum petang, kakak ipar I dapat complete set dengan harga murahhhh.. okla dah rezeki dia dapat set terakhir tu kan.

Nasib baik la yang pegi Rantau Panjang tu kakak ipar I dengan MIL kalau I yang pegi mau mata I ni pejamcelikpejamcelik ha..ha..ha...



vantage I ni beli tahun lepas belum guna lagi, ada hati plak nak set yang lain nak kena pelangkung dengan kotak set tu boleh le hee... 
masa beli dulu rasa nak jual balik jer sebab apa tau... sebab terasa dah menghabiskan duit dengan sekelip mata aje tetiba menyesal tapi lepas dua tiga hari dah tak menyesal, ntahhapahapantah...