Monday, 14 May 2012

Along Masuk Wad Lagi.... Baby Pun Ikut Masuk Wad... Mama Letih

Assalamualaikum,

Lama aku tak menjengah blog kesayangan aku ni dan tak sempat nak menulis apa2 N3 mesti ada yang rindu aku kan... kan... kan... ciss bajet femes giler. Biasa la mesti nak berangan femes dulu hee.. sebenarnya hampeh! syok sendiri ajer, bior le dilantak kan aje udah gitu gayanya.

Sila bersabar membaca kisah aku kali ni ya, panjang lebo ceritanya ni macam takde penghujungnya hee.. sila bersiap sedia ya.

Sepanjang ketiadaan aku ni bukan aku pegi makan angin atau balik ke kampung tapi aku bizi menjaga anak2 yang terpaksa dimasukkan ke hospital. Sebelum ni en.suami yang di suspek denggi dan abang deman tapi dua2 dah sihat cuma en.suami masih sakit2 manja lagi, pegi kerja pun masih tak larat. 
      
Minggu lepas sambung plak dengan along batuk2 diikuti dengan demam tinggi yang tak turun2. Balik sekolah hari selasa tu along terus tertidur sampai membawa ke malam tak makan2 apa lagi bila batuk muntah le jawabnya bila perut kosong.

Hari rabu along start demam tapi bila dah makan ubat segar sikit. Menjelang malam sambung balik demam tak turun2 walau dah masuk ubat vontot. Sepanjang malam aku tak tidur dibuatnya.

Pagi khamis en.asben bawak along gi klinik anika dan along terus kena tahan, doktor masukkan air dan hantar hospital dengan ambulan. Aku kat rumah ni dah lemah lutut bila en.asben kata along ada jangkitan kuman dalam darahnya. Masa tu terpaksa minta tolong sepupu temankan along naik ambulan dan en.asben ambik aku kat rumah, apalagi angkut semua anak2 pegi hospital jawabnya.

Sampai spital along masih kat bahagian kecemasan di zon kuning sementara menunggu nak masuk wad. Lega sikit aku bila sepupu bagi tau yang along kena jangkitan paru2 sebab batuk tak keluar kahak. Masa tu tengok along dah segar sikit sebab dah masuk air.

Selesai semua urusan masuk wad hampir pukul 3 petang la jugak, en.asben dah terketar2 sebab sakitnya pun belum pulih sepenuhnya. Aku suruh dia balik dulu bawak abang dan hantar sepupu  balik sebab sepupu aku pun tak sempat lagi berehat nak kerja shif malam. Baby tinggal kat spital sementara menunggu kakak ipar aku datang ambik, ya la sapa nak jaga dia bila aku kena tunggu along kat spital. Terpaksa la aku bagi kakak ipar aku tolong jaga baby dan maknanya kena la bagi baby minum susu formula. Tawakal aje la bagi baby kat kakak ipar aku lagi pun MIL dalam perjalanan dari Terengganu nak datang tolong jaga baby.

Pukul 6 petang kakak ipar aku datang ambik baby, kesian jugak baby lama2 kat spital bukannya elok sangat maklumla tempat banyak penyakit. Ingat kakak ipar aku tolong jaga baby kat rumah aku rupa2nya dia angkut sekali dengan abang bawak pegi rumah dia kat Shah Alam. En. asben duk sorang2 kat rumah, itu pun dah kena demam semula tapi pandai2 la dia jaga diri sendiri.

Pukul 12 malam kakak ipar aku call bagi tau aku baby gatal2 macam ada ruam, aku ingat biasa la sebab memang kalau panas baby akan ada ruam kat leher maklumla budak bambambam. Tetiba masa aku baru nak terlelap pukul 4 pagi kakak ipar aku call suh aku turun bawah ingat nak suh aku hantar susu yang aku perah. Bila turun aku tengok baby dah merah satu badan, lain macam warnanya. Kulit baby rasa panas tapi tak demam, mungkin sebab gatal.

Bila dah bincang2 ngan kakak ipar dan MIL aku kami sepakat terus bawak baby kat kecemasan dan terus kena hantar kat zon kuning dan baby pun kena tahan kat wad sekali. Sebenarnya kami tak tau kenapa tetiba baby jadi gitu, kemungkinan alah dengan susu formula. Doktor cuma pantau je baby dan tak bagi apa2 ubat maklumlah masih bayi takkan nak bagi ubat gatal plak kang lain jadinya.

Dekat subuh jugak la baru baby masuk wad yang sama dengan along. Masa aku turun pukul 4 pagi tu along tengah tido dia tak sedar pun aku turun, sedar tak sedar pun masa MIL aku naik ganti aku tunggu dia pukul 4.30 pagi. Sedang elok je dua2 anak masuk wad, memang penat aku terkejar2 jaga dua anak kat spital.

Cukup sebulan lepas along masuk wad pengasingan dulu dah kena demam balik. Lepas kena hari tu dah ambik insuran untuk along tapi insuran masih tak boleh guna sebab nak tunggu sampai 4 bulan baru boleh guna. Jawabnya memang kena duk kat spital gomen la jawabnya. Duk kat spital gomen ni bukan apa satu je yang tak syoknya, penuh sesak tak kira mana2 wad. Dari segi layanan ok dah sekarang ni tak macam zaman dulu2. Zaman dulu2 kakitangan spital suka marah2 pesakit tapi zaman sekarang pesakit plak yang banyak songeh boleh marah2 kakitangan spital jangan main2. 

Yang bestnya bayaran spital gomen ni murah je tak macam spital swasta beribu riban semalaman. Tapi kalau duk spital swasta insuran yang bayar apa ada kisah duduk sebulan pun takde hal punya. Bawak la berapa ramai pun yang tunggu pesakit kat spital swasta takde sapa nak marah tapi kalau kat spital gomen, laki teman bini nak tunggu anak pun dah kena halau ngan JAGATIDUR.

-
-
-
-

>>>>BERSAMBUNG DALAM EPISOD BERGAMBAR AKAN DATANG>>>>

3 comments:

ibh_sue said...

Dugaan betul lah ya. X pa lah. . Hope semuanya selamat ya. Ko pun x update kat fb jg. Bb ok ka dah? Along?

gerhana luka said...

Alhamdulillah dua dua dah ok. Kalau ikut along kena duduk wad lagi tapi doktor bagi balik tapi kena ambik ubat dos tinggi pastu kena datang ambik darah minggu depan plak. kalau tak ok kena continue ubat.

Acik Erna said...

assalam GL..memang dugaan..suami dan anak sama2 tak sihat..