Tuesday, 8 May 2012

Apam Polka Dot Yang Takde Dot

Assalamualaikum,


Rasa kelakar je tengok hasil keras tangan aku ni, ada hati nak melorek jadi angry bird la... stoberi la.. udahnya ntah ape2 yang jadi. Aku memang tabik la kat mereka yang mempunyai kepakaran dalam membuat apam polka dot ni wei... aku memang takde kesabaran nak melorek waima nak buat dot dot pun ketaq tangan huaaaa... cer tengok hasilnya




cantik kan... kalernya je cantik coraknya ermm.. cuba lagi. Ingat senang jer nak buat corak tu rupanya susah ha..ha..ha ada hati tu nak design corak angri bird.


yang ni macam mana ha..ha..ha.. siap eja nama lagi, ni along punya tau nak bawak bekal gi sekolah sok pagi.



yang ni design oleh en. suami, dalam demam2 tu sempat lagi mengacau. Yang sebenarnya dia tensen aku sibuk buat kuih... dia sibuk mintak aku picit2 dia hee.. tangan aku penat nak picit2 en. suami tapi tangan aku tak penat nak buat kuih boleh gitu hee..

Kenapa apam polka dot ni orang buat saiz kecik2 gitu? sekali masuk mulut abis, comel sangat bila makan tak sedar abis 10 ketul. Kalau buat saiz besar agak2 orang kata malas ke?





5 comments:

ibh_sue said...

Ok la tu..janji ada juga nampak dot dotnya tu...Tu kira rajin tahap tinggi lg la dr aku. Sbb tu aku sampai la ni x terbuat2 jg apam ni..walaupun nampak senang ja buatnya kan..kui kui kui...
Sedap kan apam ni...tggu lever kerajinan aku tinggi nnti baru buat balik. Lg pun pengukus aku dah siap2 simpan elok dah..heee..dasarrr pemalas lagu ni la..kikikii

Shahriah Abdullah Novelis said...

SAlam.. walaupun tak berdot-dot tapi hasilnya cukup kreatif ala2 HD style lagi heeheeh... yang penting sedap dah.. sedap tuuu

gerhana luka said...

sue pengukus ko mesti dah bungkus ngan kain tu yg malas nak bukak tu hee..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

sy kalau buat kuih ada corak mmg fail..alah boleh kata sy mmg fail la bab masak kuih..masak lauk je ok hehe


samalah..kalau suami suh picit tgn sy cepat je penat..agaknya sbb lemak encik somi tebal wakakaka

Cik Ina Do Do Cheng said...

adalah jugak pandai but ampam polka dot dari cik ina ni tak pernah lagi cuba, takut tak jadi. teringin nak makan bila nampak apam polka dot ko tu.