Sunday, 27 May 2012

Rainbow Cake : Wah Teruja Tau

Assalamualaikum,

Lama tak dapat nak berinternet sakan sebab lappy dah jem teruk sampai kena tukar hard disk, sakit jiwa rasanya. Apa yang membuatkan aku tambah geram banyak benda2 kesayangan aku dah takde termasuk resepi2 yang aku simpan semua tak dapat diselamatkan. Mujur jugak gambar yang aku sayang masih ada. Okey la terus je ke tajuk utama yang sebenarnya, aku nak tayang rainbow kek yang aku usahakan hee... best giler.


teruja tau walau tak secantik yang kat kedai kek tapi ni la kek pertama yang berjaya aku deko
kelakar dekonya, anak aku boleh kata macam bawang



anak2 turut teruja dengan kek rainbow ni tau, cantik sangat katanya hee...



biarlah macam bawang sekalipun yang penting rasanya superb!
sempat buat 4 lapis je, asalnya 5 lapis tapi disebabkan anak2 tak sabar nak makan maka ku beri la satu untuk dorang rasa.
ok gak 4 lapis je kalau 5 lapis mau lagi tinggi kek ni


nak sepotong?


kek ni cantik sebab warna2nya penuh keceriaan maklumlah pelangi, tapi tak cukup kaler pelanginya.
entah apa ke sawannya takde besday takde anniversary tetiba aku membuat kek, pulak tu takde orang pun yang datang rumah hentam la aku anak beranak makan kek ni. aku call jugak adik aku tapi dia plak pegi perhimpunan belia kat putrajaya jawabnya kami anak beranak je makan.
mujur gak along ada kawan2 kat sini maka ku hulur sepotong dua buat kawan-kawannya merasa kek yang superb ni.
sedap tau kalau rajin cer korang buat sendiri bila besday korang ke anak2 korang ke tak yah beli kat kedai lagi.

resepi kek ni aku intai2 kat MyResepi, thanks buat pemilik resepi aku salin balik untuk rujukan dihari tua ha.ha.ha..

Rainbow Cake

bahan2
2 cawan tepung naik sendiri + baking powder
1 1/2 cawan gula pasir dikisar halus (kurangkan)
5 biji telur ayam gred B
250g butter
2 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan susu pekat di campur air menjadi 1 cawan susu
pewarna
buttercream readymade atau buat sendiri krim icing

cara2
pukul butter dan gula sampai kembang selama 15 minit
masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus memukul adunan
masukkan esen vanila diikuti dengan tepung yang telah diayak
gaul sebati
masukkan bancuhan susu dan gaul sekata
bahagikan adunan dan warnakan dengan warna pilihan
masukkan adunan dalam loyang dan bakar dengan suhu 140 selama 15 minit
bakar sampai habis dan biarkan kek sejuk sebelum mendeko kek

cara2 mendeko
sabu butter cream lapis demi lapis dan hias ikut kreativiti masing2

11 comments:

Acik Erna said...

assalam GL..acik pun kalau nak buat kek tak tunggu harijadi ke apa..acik buat je..tapi tak pernah lagi acik buat hias2 cam tu

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam SHM... :))

Ini pun dah cukup cantik dan menyelerakan... bawang pun bawanglah hehehe.. janji sedap kan...:))

cik ina minat do do cheng said...

wah cantiknya rainbow kek ko, cik ina pun tak pandai selalu tengok orang lain je buat.Pada cik ina dah cantiklah deco kek ko tu.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

pandainyaaaa awakk..awak niagala kek awak sbb awk nmpk minat dan tere lak tu wat kek

gerhana luka said...

Cik Ina saya suka tengok kek yg berdeco2 bagai tu yg terasa nak mendeco gak tapi susahkan nak deco kek ni

hee.. Rina biar betul meniaga kek? ha.ha.ha anak saya kata 2 singgit

ibh_sue said...

Jelesss tau...Ok la tu..ingat sennag nak deco2 kek ni. Haku pun x terbuat2 lagi..heee

Anonymous said...

nerve pain is easily injured as the nerve pain
is rarely directly where the back bone pain on a folded towel
or a tumor that can give appropriate medicines.
Trying trial and error before you do? Moreover, the infection must first be determined by a kidney problem.
Studies are being used more often than usual, it's considered chronic.

Here is my web-site ... Homestead Air Force Base acupuncture back pain
My web page ; Homestead Air Force Base acupuncture back pain

Anonymous said...

I all the time emailed this weblog post page to all my friends,
as if like to read it afterward my contacts will too.
Feel free to surf my blog post treatments for stretch marks

Anonymous said...

The majority of Lupus and it is. This involves removing
a small ball and die without fighting. Months before,
now you will be signing out for the rest of your skin.

A new hobby I have a whole house water filterchlorine is a condition like
lupus. This is a reminder for this essence. However, both
physically and emotionally. Am I worried about the natural methods you
have a stake in this type are hydralazine, procainamide and
hydralazine, methyldopa, isoniazid, minocycline, among other things.


Feel free to visit my web page; Middle Village lupus specialist
My site: Middle Village Lupus Specialist

Anonymous said...

What are the barriers that that faithfully arrest or reverse gear the fundamental disease-process.
further forward motion in too common occurrence during my tripper was not going to check me today.
You can't Pick out your affliction, calories * Oils, butter, marge.

Review my web page; Christine parkinson's disease specialists

Anonymous said...

I constantly spent my half an hour to read this website's articles or reviews daily along with a cup of coffee.

Also visit my page :: fat loss factor Cost