Tuesday, 15 May 2012

Edisi Menayang Plate Baru Nak Dirasmi

Assalamualaikum,

Tau tak kalau aku dah masuk kedai 2Ply mesti aku terasa nak membeli semua benda yang ada kat situ, kira bajet banyak sangat la duit dalam beg duit hee.. padahal ada la sekeping dua not merah. Semalam kengkonon nak gi 2Ply sekalinya kena bawak baby gi cucuk dos kat klinik rupa2nya dah 3 bulan baby. Maka tak de la can aku nak ikut MIL pegi 2ply so pegi la dia berdua dengan adik aku jer. Aku ni sempat lagi mengirim tau, kirim beli acuan kuih lompang nak buat kuihnya tak tau la bila.



Plate ni belinya dari tahun lepas lagi, hari ahad tadi baru aku rasmikan. Tu la dia masa membelinya bukan main lagi macam nak terus guna je.. haa kau setahun baru ku gunakan. Asalnya nak buat sizzling mee bagai tapi disebabkan mencari mee untuk masak sizzling tu tak de makan hentam je guna mee segera boleh gitu. MIL aku memang suka makan sizzling mee, hot plate mee ngan clay pot mee. Sementara MIL masih ada kat  rumah aku ni aku masakkan dia hot plate mee atas permintaan dia katanya dah lama tak makan. Tapi tu la puas meronda dari Meru sampai ke The Store Klang mee yang diperlukan takde. Malas nak masuk kat Mydin sebab sesak sangat ngan warga asing kat Klang ni maklumlah internasional area (indon + bangla + myanmar + nepal) kalau korea takpe la juga sedap mata memandang.

Hot Plate Mee

 dada ayam direbus kemudian carik2 kan
air rebusan guna untuk kuah

bawang putih ditumbuk
bawang besar didadu
lada hitam ditumbuk halus
sos tiram
kicap pekat
kiub ayam
tepung jagung untuk pekatkan kuah

baby carrot
baby jagung
kobis bunga
cendawan shitake
cili api kalau suka
telur

tumis bawang putih, bawang merah dan lada hitam sampai wangi
masukkan sos tiram dan di kacau2
masukkan air rebusan ayam
masukkan kicap pekat sampai agak2 gelap kuahnya.
masukkan kiub ayam dan biar mendidih
masukan sayur sayuran
pekatkan kuah dengan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air
kalau tak masin tambah garam

panaskan plate
buh kuah sikit
pecahkan telur dalam plate, biar telur separuh masak
buh mee
siram kuah atas mee
letak isi ayam yang dicarik2
hidang dan makan panas2

*nota noti
kuah untuk hot plate mee boleh buat banyak2, kalau takde plate tu masukkan terus mee dalam kuah dan hidang terus begitu saja dalam bekas ikut suka hati sendiri.
resipi ni aku belajar dari mak sedara yang meniaga makanan panas tapi dia buh halia cuma aku tak buh halia sebab aku tak suka hee... 

segala bahan2 tu agak2 je la ya banyak mana nak buat kalau nak buat sikit jangan le buh bawang dan segalanya tu sampai banyak benor. ehh ada sesapa nak try masak ke cuba la ya. MIL aku lebih suka aku yang masak walau dia boleh buat sendiri, dia cuma tolong potong2 sayur sedap sangat kot aku masak hee... terperasan kejap.

4 comments:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

slrpppp...nak try walaupon takda pinggan hotplate..2ply tu kedai apa?

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam dear.. wahh ni bukan lagi menayang ni.. yang melihat ni macam nak mengoder lah pulak hahhaa.a.

wahh lepas ni rajin ler buat hot plate mee kan.. bak sini sepinggan.. :))

Cik Ina Do Do Cheng said...

tahniah dah beli plate baru. kat mana kedai tu cam cik ina tak pernah dengar je.cik ina minat ngn plate ngan mee sekali terutama sizzling buatnya belum pernah lagi.

gerhana luka said...

Rina 2Ply tu kedai jual barang2 buat kek dan segala peralatan berkaitan dengan masak2 semua ada.

Cik Ina kedai 2Ply ada kat deretan kedai borong kat pasar meru kalau dari highway nak ke jusco bandar baru nampak la kedai tu.

Kak Sha meh ambik se plate mee ni hee.. :)