Thursday, 12 January 2012

Syukur!

Assalamualaikum,

Syukur akhirnya dapat gak aku bersiaran semula setelah lama tak dapat nak berblog gara2 bil b/band tertunggak sampai kena cantas. Susah hati aku tak dapat nak online, tu ar suami aku ni suka sangat nak tangguh2 bayar bil sedar2 dah kena cantas.

Bila dah clear ni dapat ar aku nak menghapdate apa yang patut. Jom tengok makanan kesukaan aku yang paling aku suka nak makan tapi tak boleh ar nak makan sokmo sebab bajet ciput.




Ketam Nipah masak cili dengan daun kari
 
ketam nipah 1kg
cili kering yang dikisar bersama bawang putih dan bawang merah
serai sebatang
daun kari setangkai atau lebih
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
 
siang dan bersihkan ketam
kalau nak isi ketam cantik kukus dulu ketam
tumis serai dan daun kari
masukkan bahan kisar tumis sampai garing
bubuh sikit air kemudian masukkan ketam yang sudah dikukus
masukkan garam secukup rasa
gaul rata supaya cili sebati dengan ketam
bila dah masak boleh tutup api dan hidangkan

*boleh juga masukkan sedikit serbuk kari masa menumis cili untuk mendapatkan aroma dan rasa yang lebih power

7 comments:

Irfa said...

sbb mahai smpi sy lupa camner rasa ketam :)

gerhana luka said...

sesekali boleh makan kalau selalu2 tak leh la hee..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

percaya x sy x penah beli ketam..tula psl rege dia mahal hihi


suami sy pon suka tangguh byr bil..geram jerkk rs hihi

POSH76 said...

sedapnyer ketam!!

Rinna said...

Wow menyala merah ketam tuh kalau dah di masak.. suka gak makan ketam.. nie..:)

ibh said...

Aku dah lama tak makan ketam..hehehehee..ko buat aku teringin ja

Cik Ina Do Do Cheng said...

ketam ni sedap, selalu cik ina makan kat restoran seafood, adajugak suami beli dari kawan,cik ina masak black pepper. ketam ni puas sikit nak makan dari ketam bunga tu.