Saturday, 6 October 2012

Kek Batik Lapis Cheese

Assalamualaikum,


Orang lain dah ramai yang buat kek batik lapis cheese ni aku je yang baru terkedek-kedek nak mencuba. Dah lama sekodeng kat blog Hasue versi kek batik yang guna agar-agar macam best je so aku pun mencuba la. memang terbukti betapa mudahnya kek batik yang guna agar-agar ni takde la risau kek batik tu terlembik atau terkeras kira ngam-ngam aje. 

resepi kek batik beragar-agar

sumber : Hasue

bahan-bahan

2/3 cawan air
1 sk serbuk agar-agar
250 g butter
125 g milo
3sb serbuk koko
1/2 sk serbuk nescafe
1/2 tin susu pekat
1 bungkus biskut merie (guna biskut merie timbang dalam RM3)

cara-cara

sediakan loyang yang dilapik dengan plastik atau aluminium foil supaya kek tak melekat dan senang untuk dikeluarkan
masukkan air dan serbuk agar-agar dalam periuk atau kuali dan masak sampai mendidih dan agar-agar larut
kemudian masukkan butter (guna api kecil) bila butter dah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit dan gaul sampai milo sebati.
masukkan serbuk koko dan nescafe, gaul terus sampai halus dan tak berketul
bila sudah agak pekat boleh mula menyusun biskut merie dan tuang adunan coklat berselang seli dengan biskut. lapis sampai habis kemudian sejukkan dan simpan dalam peti ais.

untuk adunan kek batik lapisan cheesenya pula aku gunakan resepi dari blog hanamemories, terima kasih untuk resepi ni dan izinkan untuk dikongsi okey.

resepi biskut merie lapis cheese

Bahan-bahan
  • 500g cream cheese
  • 1 tin susu pekat - hana buh 3/4tin shj. manis ok je..
  • 1 bungkus biskut merie - perisa ikut suka (hana guna yg original)
  • 1sb lemon jus - optional
  • 1 cawan susu segar 
  • Nestum secukupnya
      
    Cara-cara
  • Biarkan cream cheese pada suhu bilik sebentar. Satukan dengan susu pekat dan jus lemon.Putar sehingga sebati.
  • Alas loyang dengan baking paper/plastik/aluminium foil. Celup biskut sesaat dua ke dalam susu segar dan susun ke dalam loyang. Ratakan cheese. Kemudian taburkan nestum. Ulang lagi proses melapis biskut, cheese, nestum sehingga abis. Akhir sekali di atas lapisan cheese tabur nestum. 
  • Sejukkan di dalam peti ais seeloknya semalaman. Potong dan hidangkan.
*Jika inginkan biskut dalam keadaan yang rangup/keras, tak perlu celupkan biskut ke dalam susu segar. Omit step tersebut.

hasil gabungan resepi ni maka jadi la kek batik lapis cheese yang sedap ni. aku buat setengah adunan je untuk lapisan cheese ni sebab cream cheese yang ada tak sampai 500g kira okey la ngam-ngam loyang aku je.


  sedapnya...



Dak Tecik yang baru 7 bulan pun suka makan kek batik lapis cheese ni, maklum la antu cheese dia ni.

6 comments:

ibh_sue said...

Asslmkum.
Aku blum try lg pa. Kira ketinggalan ketapi jg lah ni. Heheheee.. Kek batik opcos la sedap. . :D

Bicara Kak Noor said...

salam GH..
kek batik bial2 pun sedap je akak suka dan suka begitu jugak anak2 tapi jarang buat beli cepat heeee

Marsita yahya said...

Salam kenal,
BW...nak rasa sikit boley?
www.my-mintroom.blogspot.com

cheeze maz said...

salam ziarah,

kek batik mmg sedap. kalau tukar cream cheese dengan serbuk cheese cheeze maz.. lg yummy.. hehehehe jemput ke blog akak, mana tau berkenan nak cuba serbuk cheeze maz yg bila dicampur air panas menjadi sos yg sesedap cheeze wedge, kfc

cheezemaz.blogspot.com

Unknown said...

Salam.saye tumoang mintak resipi nie ye.mintak halalkan.tq.

Unknown said...

Salam.saye tumoang mintak resipi nie ye.mintak halalkan.tq.