Thursday, 22 September 2011

Hari Bebas Kenderaan

Assalamualaikum,

Hari ni merupakan hari bebas kenderaan sedunia so selamat membebaskan kenderaan anda dari bergerak hari ni ya. Bercakap pasal kenderaan ni aku nak jugak memberikan pendapat aku pasal kereta yang terlalu banyak kat atas jalan raya kita ni. Macam mana jalan tak sesak kalau satu rumah ada dua tiga buah kereta sampai nak parking je dah tak muat garaj. Contoh yang paling aku nampak kat taman perumahan yang aku duduk ni sebuah rumah paling sikit mesti ada dua buah kereta kecuali rumah aku ada sebijik kereta je heee... Dari pengamatan aku la sebuah kereta untuk si suami, sebuah untuk si isteri dan kalau yang agak banyak duit tu ada sebuah kereta lagi yang orang panggil MPV untuk perjalanan jauh yang boleh muat seisi rumah. Fuhh tu sebab la banyak sangat kereta kat atas jalan raya yang duduk dalam kereta tu seorang manusia je. Cuba tumpangkan jiran2 sekali pegi kerja kan kurang sikit kereta atas jalan raya.

Kereta yang banyak atas jalan raya kita ni dah jadi perkara biasa buat orang2 yang pergi dan balik kerja mesti kena hadap jalan yang sesak sebelum sampai kat tempat kerja. Rasanya bergunung2 maki hamun keluar kat mulut bila jalan jem tapi tetap gak jalan jem nak buat camana dah semua mampu guna kereta terima ajela. Nak naik kenderaan awam pun sama gak kena berhimpit2 gak, bukan setakat berhimpit2 je kena pulak hidu bau2 yang sedap waktu pagi dan bau hapak dan hangit waktu balik kerja, sapa sanggup naik la kenderaan awam. Aku rasa ramai lagi orang pilih untuk bersesak atas jalan raya dari bersesak dalam kenderaan awam sebab kalau bersesak atas jalan raya boleh pasang air-cond dan dengar lagu bau pun sedap tapi kalau bersesak dalam kenderaan awam udah la panas bau busuk lagi maunya nak terpitam sebelum sampai rumah.

Satu benda je yang aku tak suka bila banyak sangat kereta ni bila time nak parking je dah jadi satu masalah cam kat kawasan perumahan aku ni. Ada jiran yang bangang dah ada garaj sendiri tapi tak reti2 nak parking kereta dalam garaj sendiri tapi sanggup parking kat depan rumah aku, tak ke bangang namanya parking la depan rumah sendiri bengong betul. Aku tau la dia banyak kereta tak payah nak tunjuk2 pun aku dah tau tapi melampau la kalau sampai tuan rumah nak keluar masuk pun susah disebabkan kereta yang tak diparking elok2 sampai menghalang laluan orang, kang kalau kena langgar ke tergesel ke baru nak salahkan orang bukan nak salahkan diri sendiri. Satu je nasihat aku untuk orang yang dah terlebih kereta ni simpan la kereta tu elok2 dalam garaj jangan nak parking ikut suka hati sendiri je tanpa pikir perasaan jiran2 dan driver lori sampah kang lori sampah tu langgar kereta korang baru nangis.

1 comment:

Cik Ina Do Do Cheng said...

cik ina nak komen cerita yang paling last bersangkut ngan jiran depan rumah, buat rumah kemain gah, kita pun tak dengki, kereta dekat 3 biji kita tak dengki, alih-alih nak parking depan rumah orang kalau time ko buat kenduri kendara boleh lah maaf, tapi sampai kita pulak tak de tempat parking, memang dah lebihkan.