Saturday, 10 September 2011

Fuhh Lamanya...

Assalamualaikum,

Salam syawal, sedar2 dah berminggu2 tak terusik blog ni sejak n3 raya pertama hari tu. Fuhh nampak sangat bznya heee... Bukan apa seminggu beraya kat kampung suami ditambah xtra separuh minggu lagi kat kampung sendiri memang raya sakan aku sampai tak terusik blog. Bukan sebab apa kat kampung memang susah nak online nak baca blog berjam2 baru habis baca 1 n3 jawabnya simpan je laptop kat bilik. Bila dah balik rumah sendiri ni baru la berkesempatan menjengok blog dan melawat blog2 pilihan hati baru terasa bahagia dapat melepas rindu heee... alamak kekeringan idea plak nak menulis bila dah lama sangat tak de N3 nikan, nak kena asah balik ni bagi berkilat otak hee...

Hari ni ada jemputan open house esok lagi la melambak2 jemputan sampai ke malam, jawabnya dapur aku memang tak berasap la cuma sediakan perut kosong untuk bertandang ke majlis open house. Tahun  ni suami aku tak nak buat open house sebab kesiankan aku yang sarat ni hee... sapa yang nak datang beraya datang je katanya tapi kena bagi tau awal2 katanya takut nanti aku tak bersedia kesian tetamu terpaksa minum air kosong aje. Macam semalam sepupu suami datang mengejut tapi mujur memang dah ada stok bahan mee dalam peti ais dapat gak jamu mee goreng untuk diorang. Kalau tak malu gak aku tetamu makan biskut kering je. Nampak gayanya aku memang kena sediakan bahan masakan secukupnya dalam peti ais untuk bersiap sedia menanti tetamu yang tak dijangka macam ni.

1 comment:

Cik Ina Do Do Cheng said...

ooo dah lamanya tak update.bizi ke? banyak open house tengah musim raya ni.sedia bahan kering je cam bihun, udang kering atau ikan bilis. kalau dah terdesak sangat goreng bihun je.