Saturday, 8 October 2011

Akhirnya Rahsia Terbongkar!

Assalamualaikum,

Selamat berhujung minggu, hari2 cuti ni mesti banyak rancangan bersama keluarga nak dilaksanakan betul tak. Anak2 aku misalnya time cuti hujung minggu ni sibuk merengek ajak dibawak berjalan, pegi main kat taman pun jadilah. Tapi hari sabtu camni abahnya tetap gak kerja, aku je la yang melayan anak2 yang pepagi lagi dah bangun.

Rahsia apa agaknya yang terbongkar tu ya? sebenarnya dek kerana ketulusan hati sang suami yang membawa bekalan "Daging Kuda" yang aku masak tempoh hari untuk diberi kepada tokey kanten, akhirnya si tokey kanten tak tergamak nak menyimpan rahsia lagi, Sebenarnya tokey kanten tu cuma mempermainkan suami aku Daging Kuda tu adalah daging biasa sebenarnya cuma gred yang agak bagus. Berhari2 dia menyimpan rahsia akhirnya disebabkan dah tak tergamak terus bergurau melampau macam tu dia berterus terang pada suami aku. Ambik ko tipu lagi bab2 makanan ni tak baik tau, sendiri yang rasa bersalah. Dia berterus terang sebab tau yang aku tengah mengandung takut aku ni berharap sangat agaknya, takde maknanya aku belum la desperet sangat nak makan daging kuda kalau ikan baung tu tak pe la jugak.

Walau dah dipermainkan oleh si tokey kanten tu hubungan suami aku ngan orang2 kanten tu masih cam biasa takde pulak dia nak bermasam muka atau berperang. Katanya biasa la tu gurau2 manja hee.. lepas ni boleh makan free selalu kat kanten.

Resepi Daging Goreng Kunyit


Setengah kilo daging dibahagi dua bersihkan dan rebus bersama hirisan halia
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci hali
1 inci kunyit hidup
cili api ikut suka
sedikit serbuk kunyit kalau suka
garam

Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit
hiris nipis daging
cili api di hiris

tumis bahan yang ditumbuk sampai agak2 garing
masukkan hirisan daging dan masak sekejap
masukkan sedikit air rebusan daging
masukkan cili yang dihiris
kalau suka tambah serbuk kunyit
perasakan dengan garam dan perasa

4 comments:

Rina Rahamat said...

hahaha! yg haritu bukan daging kudalah maknanya!

gerhana luka said...

ye la jahat tau kena mainkan heee... sambil nyanyi lagu jahat

Cik Ina Do Do Cheng said...

biasalah tu nak bergurau manja, yang cik ina pun mengomen "sedap ye daging kuda tu".keh keh kelakau plak , bila dingat. cik ina memang suka sangat makan daging.sedap goreng daging kau tu.

Irfa said...

tak baik gurau camtu.sib baik tak kempunan sungguh.sedap ke daging kuda?tak penah rasa