Thursday, 6 October 2011

Kek Batik

Assalamualaikum,

Semalam seharian aku tak bukak lappy sebab kepenatan gara2 disuruh berpuasa sebab nak minum air gula. Ingatkan pegi klinik semalam boleh terus minum sekali kena pulak menunggu sampai pukul 9 lebih gara2 drakula yang nak ambik darah datang lambat. Hampeh betul perut aku yang berbunyi2 ni nak naik pedih cam nak gastrik kena plak menunggu lebih pukul 11 baru boleh makan. Haru betul aku kena tahan lapar lebih 12 jam kalah puasa di bulan Ramadan. Disebabkan perut dah masuk angin aku pun naik angin sama, semua kerja aku malas nak buat nasib ar rumah sendiri kan kalau duk ngan mak mentua mati aku kena keji hee...



Bila angin dah ok baru aku buat kek batik sebab aku rasa teringin sangat nak makan kek batik. Punya la banyak aku bubuh coklat sampai aku pening coklat plak bila makan kek batik ni. Mujur la kek batik aku buat ni menjadi dulu buat tak boleh nak potong sebab terlebih lembik. Resepi kek batik main campak2 ikut suka nasib menjadi kalau tak campak2 dalam tong hee.. Suka makan manis2 masa mengandung ni mujur tak de kencing manis, moga anak dalam perut ni nanti manis je orangnya.

3 comments:

LIPISLADY said...

Sallam GL,

OOO tengah mengandung yee..Tahniahlah nak dapat baby baru...dah berapa bulan? Seronoknya, bagi saya masa mengandunglah masa yang paling seronok dalam hidup.....

Hemmm...sesdap tu kek batik, saya suka makan yang masih suam2 kuku.

gerhana luka said...

Thans LL, tahun depan dijangka lahir. Mengandung mmg seronok nanti dalam pantang yang tak seronok heee.. masa mengandung macam2 nak makan bila dalam pantang banyak benda tak boleh makan.

Cik Ina Do Do Cheng said...

dah lama tak buat kek batik,kalau masuk dalam esbok ni sedap.makan sejuk-sejuk.