Friday, 13 April 2012

Gulai Tulang ke Kari Tulang Ke Masak Cara Sendiri Dah Tentu Mabelles hee...

Assalamualaikum,

Apa tebiat tajuk N3 pepanjang camni hee... saje je tau
Tiap2 minggu aku mesti masak kari sebab tu la menu kegemaran en.suami so kenala masak betul tak. 
Walau hati teringin nak masak sup tulang tapi terpaksa pendam je sebab masak sup tulang tak menjadi mabelles.
Masak kari dah tentu2 mabelles dan en.suami makan sampai senyum2 sampai telinga.

Resepi Gulai Tulang Mabelles
tulang belakang atau tulang rusuk anggaran 10 ketul
bawang besar sebiji
bawang merah 5 ulas
bawang putih 3 ulas
cili kering 5 tangkai
halia seinci
lengkuas seinci
daun kari
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
rempah kari babas 2 pek kecik
air asam jawa
garam
kiub lembu knorr
santan

Cara masak
blend semua bawang, cili, halia dan lengkuas
panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari



Tumis dulu bahan2 yang di blend sampai pecah minyak. 
Masukkan pes kari dan tumis sampai pecah minyak kemudian masukkan air asam jawa  
Masukkan tulang dan kacau sebati
Tutup periuk supaya proses memasak jadi cepat dan daging2 kat tulang tu senang lembut
Tak payah buh air sebab air dari daging tulang akan keluar.



Bila dah agak kering baru tambah air dan reneh lagi sampai dagingnya empuk dan masukkan kentang.


 
Tambah santan dan nak power lagi kena buh kerisik sikit 
Dah agak2 masak buh le garam dan perasa. Kali ni aku buh kiub lembu knorr.
 
 
 
Mabellessss
Menu tambahan kena ada ikan kering ngan sambal belacan dan ulam kacang.

5 comments:

Acik Erna said...

gl betul ke da kiub perasa lembu..

gerhana luka said...

Acik Erna ada kiub lembu knorr ari tu saya beli kat tesco

Cik Ina Do Do Cheng said...

guna kiub buat dalam gulai ngan sup keja jadi senangkan, kadang-kadang tu tak payah buh garam pun, dah cukup rasa. terliur nengok ko punya gulai tulang lembu tu, dah lama tak beli tulang.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

sy x penah masak kari kalau tulang salu masak sup jerr..nmpk cedap leh try arr

haniza hassan said...

Nak cuba la hari ni.