Tuesday, 3 April 2012

Brussels Sprout Masak Cara Mat Gebu

Assalamualaikum,

Alhamdulillah along dah sihat lepas 5 hari berumah kat hospital. Aku dah boleh bernafas dengan lega dan tak risau lagi cuma kena pastikan along sentiasa minum banyak air masak dan sentiasa PU dan tak leka bila bermain. Almaklumlah budak2 bila leka bermain selalu lupa nak buang air kecil. Sepatutnya ada sesi kaunseling untuk kami tapi aku takmo sebab akupun ada belajar kaunseling dulu, kaunseling sendiri cukup.

Berbalik pada tajuk sebenar  ya... aku nak tepek sayur yang aku masak ni, dah lama tengok kat tv akhirnya aku jumpa sayur ni kat tesco. Hari tu ternampak Mat Gebu tepek sayur ni gak apa lagi aku pun ikut la resepi dia untuk masak sayur ni.




Brussels Sprout With Honey & Mustard Seed

1 pek brussels sprout
bawang putih
mentega
biji sawi
chili flakes
madu

panaskan air sampai mendidih
celur brussels sprout yang telah dibersihkan dan dibelah bahagian bawahnya selama 15 minit atau sehingga masak
bila dah masak keluarkan dan rendam brussels sprout dalam air ais untuk merencatkan proses masaknya

panaskan kuali dan tumis bawang putih yang dicincang halus dalam mentega yang telah dipanaskan.
tumiskan sekali dengan biji sawi dan chili flakes
masukkan madu
perasakan dengan secubit garam (nak sedap lagi aku tambah stok ayam)
masukkan brussels sprout dan gaul rata
kacau sekejap, dah puas hati boleh hidangkan



makan brussels sprout ngan mee segera pun sedap ko



minum plak jus tomato

5 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

maafkan cik ina ye blur plak pasal siencem tu. sedapnya brussel sprout goreng pun sodap.lenkali boleh cuba resepi ko.

Rinna said...

Yg mee segera tuh nampak sedap laa GK.. pas tuh air tomato cam air tembikai laa plak.. :)

gerhana luka said...

anak saya pun terpedaya ngan jus tomato yg disangka air tembikai, sekala minum masam2 manis gitu hee..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

perghh menyihatkan sungguh..hehe


tp sayur tu sy x penah makan lg..


emm..kenapa nk kena pi sesi kaunseling lak?

gerhana luka said...

rina anak saya suka tahan buang air kecil so kena kaunseling utk ajar tabiat anak minum dan buang air ikut waktu gitu ar lebih kurang...
blur... skit...