Thursday, 29 March 2012

Wad Pengasingan

Assalamualaikum,

Aku dah tak tahan tengok along terus merengek2 sakit perut, makan ubat pun terus muntah. Bagi air garam 3 sudu dah tak nak lagi, yang dia mintak air suam tapi lepas tu sakit perut dan terus muntah lagi. Hati mana yang tak gundah gulana melihat anak sakit. Along dah la kurus bila muntah2 ni tambah cengkung sampai mata dah lebam pastu melepek terbaring merengek2 sampai tetido bila tersedar je panggil mama kata sakit perut.

pukul 5 petang bila asben aku balik kerja aku ajak dia pegi klinik anika, aku nak minta masuk air. Atas nasihat doktor yang hantar anak kat depan rumah aku memang dia suruh pegi klinik anika supaya senang nak refer ke HTAR. Tup tap tup tap maghrib baru siap pegi klinik anika. Mula doktor kat situ sengal je nak bagi ubat lagi, aku dengan nada hangin mula la mengajar doktor tu minta masuk air, lastnya baru la dia tulis surat refer ke HTAR. Doktor kerajaan ni kengkadang sengal gak, bukan aku nak mengutuk tapi tu la selalu main tanya je sakit apa pastu tulis ubat bukan nak check pun, dah kena ajar baru nak buat.

Kat HTAR tu berejam nak boleh masuk wad, aku awal2 lagi dah bagi tau along tak cirit birit cuma muntah. Entah apa ke sengal doktor tu boleh admit anak aku masuk wad pengasingan. Aku dah terkena dulu masa along umur 7 bulan masuk wad tu sekali ni terkena lagi. Aku tak perasan masa daftar tu sebab asben aku yang uruskan maklumlah aku nak menguruskan lagi 2 orang anak ni. Bila dah daftar terpaksa la jugak masuk wad tu. Doktor2 kat kecemasan ni sensitif dengan perkataan berak cair terus je nak masukkan orang ke wad pengasingan. Walau aku dah menegaskan bukan cirit birit doktor cayanunalif ni memang jidin sengal. Jawabnya dua tiga kerja la jawabnya bila dah masuk wad pengasingan ni.

En. Asben terpaksa bersengkang mata menjaga along kat wad pengasingan tu sebab aku ada baby kecil nak dijaga. Merasa la en.asben jaga anak sakit kat sepital selalu aku je yang bersengkang mata jaga anak sakit kali ni aku bagi peluang plak en.asben merasa susah payah jaga anak heee... bukan senang nak dapat peluang. Aku dah nasihat beli takaful untuk anak en.asben takmo kalau tak boleh aku angkut semua anak2 duk hospital mahal takde la en.asben susah2 kena duduk kat wad tu. Tak pe la ni la peluang en.asben nak cuci mata tengok misi misi yang comel kat sepital kerajaan (saja nak sedapkan hati en.asben yang susah hati kena jaga anak kat sepital

Bila dah masuk air nampak along cam dah segar sikit, dia dah boleh senyum dan mintak makan, baru dia kata lapar tapi yang di mintaknya gula2 kapas, pop corn ngan air rebina. Masa aku nak balik tadi siap suruh aku bawakkan bantal peluk dia, tak boleh tido katanya kalau takde bantal peluk. Along kata cepat datang dia takut sorang2 kat sepital. Mau dia tak takut masa kat rumah aku ugut kalau dia tak nak makan ubat aku hantar dia duk sepital sorang2 kejam betul aku. Bukan aku saja2 nak ugut tapi tu la cara supaya dia makan ubat. Yang sebenarnya aku sangat2 sayangkan anak2 aku walau kadang2 aku bertindak garang macam harimau.

*tak de sapa boleh melawat pesakit kat wad pengasingan cuma ibu bapa dan penjaga aje, sepi la along...rindu la dia kat abang ngan baby... semuanya disebabkan kesengalan cayanunalif tu tak paham bahasa melayu*

5 comments:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

risya penah kena muntah-muntah camni..sy pon cam awak..kalau degil x nk mkn ubat anta sepital duk sorang..kita samalah garang cam rimau tp sbnrnya sayang HEHE


risya dulu penah masuk wad..ms tu masuk mengejut jd sy balik rumah utk ambil brg suh asben jaga risya kejap..tu pon dia asyik call je bila sy nk smpi spital sbb bosan..


mlm tu smpi besok sy jaga anak asben sy pegi bantai tido kt rumah..geram jerk rs..mmglah camtu org lelaki kan..sbb tu tugas jaga anak nih allah dedikasikan kt org pompuan..

Cik Ina Do Do Cheng said...

la ingatkan dah sembuh, rupanya makin melarat. chayanunalif memang sengal, merasalah suami ko duk hospital jaga anak sakit: ) biasalah dorang tu tanya kita sakit apa, lepas tu dorang main tulis je.alah cik ina pun selalu ugut anak-anak bila dorang tak nak makan ubat, demi kebaikkan dorang jugak, bukan kita mengarang tak tentu pasal.

moga budak encem cepat sembuh ye.

Cik Ina Do Do Cheng said...

cik ina rasa ko kena bagi dia vitamin c supaya antibodi dia kuat sikit, InsyaAllah, sebab masa Firdaus kecik pun cam tu sebulan sekali mesti demam. Kalau ko bagi dia scot emulsion pun okey gak, tak nak bagi yg putih bagi scott yang perasa oren.

Acik Erna said...

GL..semoga along cepat sihat

gerhana luka said...

cik ina bukan si encem yg sakit tapi kakaknya yg sakit