Wednesday, 21 March 2012

Besday Boy Dapat Kek Angry Bird

Assalamualaikum,


Besday Boy bersama Kek Angry Bird pujaan hatinya

Suka sangan abang ni dapat kek besday angry bird yang dihajatnya. Besday abang 18hb tapi disebabkan mama belum habis pantang masa tu kena tunda sampai semalam baru dapat raikan. Telinga mama ni dah tak larat nak dengar si abang asyik merengek2 nak kek angry bird sejak dapat call dari peminat2 wish besday dia. Mujur semalam mak langnya dengan berbesar hati tawarkan nak beli kek angry bird dan neneknya sponser KFC. Apa lagi si abang ni selagi mak langnya tak sampai selagi tu la dia asyik cakap lambatnya kek angry birdnya tu nak sampai.



Peace tak tinggal kalau bergambar



kompius betul kalau besday mesti berebut nak tiup lilin walau bukan besday sendiri, anak sapa la ni ya hee.. anak jiran sebelah



potong jangan tak potong

Budak2 memang suka bila nak sambut besday, masa aku kecik2 dulu tak sambut besday pun sebab kurang mampu jadi bila time dah ada anak ni seboleh2nya cuba penuhkan hasrat anak2 yang nak sambut besday dorang. Bukan apa saja seronok tengok dorang happy bila dapat kek besday. Seingat aku dulu2 selalu sambut besday dengan buat pulut kuning, aku buat pulut kuning bila sambut besday anak umur setahun jer bila umur bertambah cuma potong kek je la.

3 comments:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

sy lak kecik dulu mak buatkan bubur putih merah tu (bubur asyura) kalau tiba harijadi


kek angry bird tu auntie lak yg terlior nk ngap!

Acik Erna said...

Happy belated birthday..seronok birthday boy dapat kek idaman..

Cik Ina Do Do Cheng said...

encem anak ko cam org putih.serius ni. ikut muka ko ye. happy besday abang , moga jadi anak yang soleh ye bila besar nanti, dengar cakap ayah ibu, kenang jasa dorang yang besarkan abang dan bagi ilmu kat abang.