Wednesday, 28 March 2012

Bila Anak Diserang Demam Dan Muntah

Assalamualaikum,

Hari ni dah masuk 4 hari along demam dan muntah. Hari ahad pegi kat Salam sebab kebetulan tido kat rumah kakak ipar kat Shah Alam ambik ubat dan neb sekali. Hari isnin along cam ok sikit tapi start malam melepek semula muntah2. Pagi selasa pukul 5 subuh aku tak tahan tengok dia merengek2 terus ajak suami pegi HTAR. Kat sana kena test darah ok tak de denggi dan bukan kena asma, doktor bagi ubat ngan air garam je. Geram gak aku sepanjang hari semalam along masih muntah2. Disebabkan doktor kata keadaan dia ok aku bertahan je dan kakak ipar aku pun kata ok. Apa yang membuatkan aku naik geram bila semua benda yang masuk mulut semua keluar balik. Mata along dah naik cengkung, hati aku ni panas je bila tengok keadaan anak aku jadi camni. Sakitnya hati bila anak sakit tapi doktor kata ok, adui aku tak tahan tengok anak sakit.

Sambil aku menaip N3 ni sambil suap bubur kosong kat along, dia pun sambil tertido2. Tak sampai hati tengok perut dia takde makanan, macam dah takde tenaga. Bagi segala macam air garam, 100plus, air masak, air sirap semuanya keluar balik. Aku tengok kalau siang nanti masih sama keadaannya aku nak bawak pegi klinik anika plak kalau doktor masih kata ok siap la mak aji jenab ni siap sedia nak mengamok. Bukan apa sampai tahap pegi buang duit kat hospital yang mahal pun, doktor kat HTAR tu cam memperlekehkan aku mula nak hangin.



tetido sementara menunggu  keputusan ujian darah.



budak ni memang tak tau tido



macam2 aksi dia buat, bukan aku tak larang tapi dah tak larat nak larang



bertahan duduk tak sampai seminit



bila dah tak de apa nak buat baby yg elok tido pun dia nak kacau sampai terjaga

Along ni tiap2 bulan mesti akan demam, macam tu la sejak dia lahir lagi. Aku tak tau nak buat macam mana. Kesabaran aku memang teruji bila anak aku yang sorang ni selalu jatuh sakit. Entah la kengkadang aku rasa macam aku dah mengabaikan anak2 aku je bila dorang jatuh sakit. Tu la along ni ketahanan dia cam kurang sikit, mudah sangat kena penyakit. Demam, batuk ngan selsema dah sebati dengan dia.




7 comments:

ibh_sue said...

Kdg2 aku pun x bp puas hati dgn sesetegh doktor ni. Ada tu bkn nak buat pemeriksaan betul2. Nasib la ko duk rmh ja kan. Klu ko keja lg serabut fikiran nnti bila anak sakit. Dgn nak piki keja lg,familly lg. Huuu

Cik Ina Do Do Cheng said...

nasihat cik ina kalau anak tengah muntah jangan bagi makan apa-apa, terutama barang yang mentah cam buah-buahan. Bagi dia makan roti cicah milo kosong. semoga anak ko cepat sembuh ye, banyakkan minum air suam dan hundred plus, takut dia kekurangan air dalam badan.

Rina Rahamat said...

emm..sy ada suggestion utk awak since sy bergiat dlm bidang supplemen nih..mcm sy bg anak-anak sy mkn i-kids..colustrum utk antibodi..mcm ibu kan ada colustrum bg kat anak tp ini colustrum lembu..


alhamdulillah anak-anak sy sejak ambil i-kids ni secara teratur jaranglah demam..kalau x tiap bulan jugak..


muntah agaknya perut dia ada angin tak? tak pon usus dia kotor ke? cis cam doktor lak sy ni

Unknown said...

salam ukhuwah..
boleh kongsi bersama pengalaman sila follow blog saya

Anonymous said...

ank sy pun sama.. dh seminggu cirit skrg plk demam panas... dh le asma... sakit kepala betul... dh le sy ni keje... bape lamela nk sakut ni... kesian sh kurus sgt ni...

anah said...

Try shaklee supplement for kids. Blg whatsapp 0122195919 or vitamincerdik.blogspot.com

Ibu Mardhiah said...

Salam ukhuwah. Perkongsian bersama.

Sedang mencari maklumat sebab anak saya sedang demam dan muntah melebihi 24 jam. Terjumpa blog cik siti ni, dan kemudian terjumpa link di bawah. Semoga berguna untuk dijadikan panduan oleh ibu-ibu yang sedang risau macam kita.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/493-pemakanan-betul-atasi-masalah-muntah.html