Monday 1 August 2011

Selamat Berpuasa! : masih belum terlambat kan!

Assalamualaikum,

Dah berhari2 tak sempat nak berblog sebab aku balik ke kampung suami di Kuala Terengganu kerana melawat datuk saudara suami yang koma di HSNZ Kuala Terengganu akibat kegagalan jantung. Perjalanan yang jauh membuatkan badan terasa letih ditambah lagi terpaksa berhimpit2 dua keluarga dalam kenderaan. Malam tadi sampai semula kat rumah sendiri jam dah satu pagi memang letih cuma sempat sahur nasi goreng je la.

Pagi tadi dapat panggilan dari Terengganu datuk saudara suami yang kami panggil walid telah pun kembali ke rahmatullah. Hanya doa yang dapat kami utuskan dari jauh kerana untuk balik semula ke Terengganu memang tidak dapat kami lakukan. Semoga keluarga walid tabah menghadapi dugaan di awal ramadan ini.

Untuk semua selamat berpuasa dan selamat menyediaka juadah berbuka untuk para suri rumah tangga semua. Sediakan juadah berbuka dengan penuh kasih sayang dan besederhana semasa membeli belah di pasar ramadan, semoga puasa semua diberkati amin!

3 comments:

Rina Rahamat said...

al-fatihah..takziah ya..

selamat berpuasa utk awak juga..:)

sy sahur mmg salu mkn nasik goreng hehe

Cik Ina Do Do Cheng said...

Al-Fatihah tuk arwah

ini ke yang ko cakap sama ICU ngan arwah Asraf ye.

Selamat berpuasa tuk ko sekeluarga.

gerhana luka said...

Terima kasih kawan2 semua! haah cik ina ni la tuk sedara yang sama ICU ngan aruah Ashraf tu, sama2 dah meninggal cuma beza 2 hari je perginya.