Thursday, 28 July 2011

Daging Masak Merah

Assalamualaikum,

Masak daging lagi aku, kali ni masak daging merah pulak. Resepi takde ikut sapa2 aku main hentam je dari dulu lagi aku masak camni dan jadi kegemaran famili aku. Daging merah ni guna daging batang pinang sebab lembut dan cepat sikit nak masak, yang pasti tuan rumah tak sakit gusi nak kunyah2 daging.

Rebus dulu daging yang dah dibersihkan, masukkan halia yang diketuk dalam rebusan daging. Kalau nak cantik merah buh pewarna merah sikit tapi aku tak suka sebab suami komplen warnanya pelik. Bila daging dah masak sejukkan dan hiris daging nipis2. Jangan buang air rebusan daging.


Tumis serai sebatang, sedikit lengkuas yang diketuk, sedikit halia yang diketuk, bawang putih ketuk dan sebiji bawang besar yang dihiris kasar. Bila agak layu masukkan daging yang dihiris tadi dan tumis sekejap.



Ketepikan daging dan masukkan dua sudu cili blend. Tumis cili dengan api sedikit besar dan sebatikan dengan daging. Kacau rata2.



Masukkan sesudu sos tiram dan dua sudu sos cili, kacau rata biar sebati dengan daging. Kemudian masukkan air rebusan daging tadi. Ikut la kalau nak banyak kuahnya lebihkan air rebusan kalau suka pekat buh sikit je. Masak sekejap dan perasakan dengan garam dan sesudu madu. Kalau suka pedas boleh ketuk cili api dan masuk dalam daging yang dah hampir nak masak. Tutup api dan sedia dihidang.



Dah siap daging masak merah cara aku. Tabur cili merah untuk hiasan (cili merah tak cukup utk hiasan hee.. bab2 hias masakan ni mmg aku fail)

2 comments:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

makanan peberet sy dan hubby..tp x reti buat..order je kat kedai..nk salin resipi skang!

Cik Ina Do do Cheng said...

cik ina boleh makan daging masak merah ni kat kedai je, kalau pegi rumah anak nanti nak try resepi nilah, sebab anak suka.