Wednesday, 13 July 2011

Kari Daging Cincang

Menu untuk makan malam ni aku masak kari daging cincang. Ni lah pertama kali aku beli daging cincang, biasa aku beli daging batang pinang sebab daging ni lembut dan cepat sikit nak masak. Daging cincang ni ada banyak urat dan lemak2 yang boleh dimakan. Dah namanya daging cincang maka tak perlulah aku nak potong2 lagi daging cincang ni cuma perlu bersihkan dan buang mana2 yang rasa tak perlu je.

 Kononnya nak buat stew daging cincang tapi disebabkan aku ni malas maka jadilah kari jer dan yang pasti jadi peberet suami aku bila aku masak daging ni.

Jom tengok resepi kari daging cincang.

Daging cincang RM10 aku masak separuh je
1 peket serbuk kari babas peket kecik
bawang putih seulas
bawang merah 2 biji
halia seinci
daun kari
bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
2 sudu cili blend
2 biji kentang
air asam jawa
santan kelapa
kerisik
garam dan perasa
air secukupnya

Cara2 memasak
tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
masukkan bawang merah, bawang putih, dan halia yang dihiris
masuk daun kari
tumis sampai garing
masukkan cili blend (tah bubuh pun tak apa)
tumis sampai masak
masukkan serbuk kari yang dijadikan pes
tumis sampai terbit minyak
masukkan air asam jawa dan kacau sekejap
masukkan daging cincang dan gaul sebati dengan bahan tumisan
tutup periuk atau kuali dan biar daging mengeluarkan airnya (mati air)
tambah air kalau daging belum cukup empuk
masukkan kentang
bila kentang sudah empuk masukkan santan dan kerisik
perasakan dengan garam dan serbuk perasa
tutup api bila sudah masak



Kari daging cincang yang belum ditambah santan



Dah siap pun kari daging cincang

Suami aku kalau masak kari memang dah jadi peberet dia tapi kari mesti pekat kalau cair kompem mulutnya bising. Bila masak kari kena ada sambal belacan dan ulam, kacang panjang pun jadi makan mesti berselera. Nak lagi best kena pulak bila goreng ikan kering fuhh... sedap tu. AWAS kolestrol pun tinggi heee...

2 comments:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

daging ni tetel tu kan? sy pon suka part ni..

Cik Ina Do do Cheng said...

kari daging mestilah pekat dan bertetel. apa barang daging tanpa lemakkan.memang kena sangat kalau makan kari ngan sambal belacan. baru ngam..samalah ngan akak judukan ngan ikan masin dapatlah ikan masin gelama masam.tak nak cakaplah meleleh air liur.